Halaman

Sabtu, 11 September 2010

Hari Rayaku

Aku cuba membuatkan suasana Hari Raya ceria demi anak-anak. Berhempas pula mengemas rumah yang natijahnya boleh siap hingga takat ruang makan. Dapur tetap berselerak.

Tak apa kut. Tetamu takkan nak ziarah sampai ke dapur, fikirku.

Aku suruh Angah beli 3 batang lemang dan rendang. Selalunya, tepi jalan dekat UiTM ada banyak penjual. Tapi bila dikopek untuk hidangan, aduh... separuh mentah. Rasa marah aku. Kalau 3 batang harga RM9, 3 batang? Rendang pulak entah apa-apa. Macam tak rasa ada dagingnya. Satu bekas harganya RM10. Uhh... masa inilah aku teringat lemang yang abah masak. Memang tak sama. Masa inilah aku teringat rendang yang mak masak. Jauh beza.

Paling ramai datang ziarah ialah budak-budak yang seperti selalu berkeliaran serata Taman. Suasana begini kurang baik. Anak-anak aku aku tak biarkan begitu, dulu.

"Masuk..masuk..."

"Kami dah kenyang, pak cik.Cuma nak beraya."

"Hah, kalau nak beraya kena makan kuih rayalah. Lepas tu kena salam pak cik dan abang-abang ni."

Mau tak mau bebudak tu masuk dan minum. Seperti biasa kalau dah kenyang, kacang sajalah yang depa tuju.

Aku curi masa lepas solat Sunat Aidil Fitri, singgah di rumah kakak ipar yang tinggal tak jauh dari rumah. Ramai sungguh jamaah hari ini. Melimpah ruah.

"Kalau solat 5 waktu seramai ini tiap hari... wah... agaknya mau kiamat dunia ni."

Tidak menggembirakan ialah ibu_suri. Hari Raya baginya seperti hari biasa. Lebih banyak memerap dalam bilik. Dan aku terpaksa selalu memujuknya daripada mengalirkan airmata.

Hari Raya kali ini aku tidak seperti kebiasaan dahulu. Dulu aku gemar pergi ziarah adik-beradik dan rakan taulan. Namun hari ini aku cuma menunggu dengan harapan adalah adik-beradik atau rakan taulan yang datang.

Tapi tiada siapa!

10 ulasan:

al-lavendari berkata...

salam raya.

jangan sedih2 .. dia orang belum sampai lagi tu. kejap lagi sampailah !

kakcik berkata...

SalaM IM..

InsyaAllah mereka akan datang nanti...

Hari ini, kakcik belum ke mana2 lagi.. mungkin sebentar lagi akan bergerak ke Selatan, semalam dah ke Teluk Intan menziarahi ibumertuaku.. :)

hrusli61 berkata...

Selamat Aidil Fitri. Aik IM raya kat taman rumah sendiri tentu special.

JH belum pernah raya di rumah kecuali mungkin Raya Haji.

Yang penting kita ada sebab dan musababnya tersendiri.

Semoga Allah berkati kerja buat kita.

luahfikiran berkata...

SALAM,
LF DAPAT FAHAMI MENGAPA DULU KITA ZIARAH SANA ZIARAH SINI. SEKARANG NI KITA MENUNGGU SAUDARA MARA DAN KENALAN DATANG KE RUMAH KITA. SEMAKIN USIA MENINGKAT, KEADAAB KESIHATAN KITA TAK BERAPA MENGIZINKAN. APAPUN KITA TEAP BERSYUKUR DENGAN KEADAAN KITA. MOGA SAUDARA MARA DAN KAWAN2 KITA FAHAM. HARI INI, LF NAK KUBUR SEKEJAP, KEMUDIAN NAK DUDUK DI RUMAH. TUNGGU KALAU ADA SE SIAPA DATANG.

ibuintan berkata...

Salam IM,
insyaallah mereka akan sampai juga, sperti kata anak buah semalam kebanyakan menziarah yang basic dulu pada hari pertama ini

CgMas berkata...

Raya pertama untuk family, raya kedua untuk kawan/jiran, raya ketiga untuk yg jauh2. Tp semua tu teori je, x ke mana n x siapa dtg. Nak meriah, balik rumah mak... ramainya anak cucu mak! Jam 10 mlm baru tamu balik. Terkilan satu jer.. broadband anak sedara semput..

maiyah berkata...

saya pun x kemana-mana.. tgk je org lain sronok sana sini.. sy x tahu nk kemana bukannya ada kawan pun.. terperap kat bilik je

Acik Erna berkata...

salam IM..semoga ada yang datang menziarah..
melihat keadaan..dan membantu menghiburkan ibu suri..

ahmad humairi berkata...

salam aidilfitri,

jangan hampa IM....aku dah datang dan aku doakan agar Allah memberikan hati yang lapang buatmu.

hentian berkata...

tkasih semua ataas komen +ve. IM akhirnya balik kg di pagi raya ke 2.

yelah, buat apa pandang -ve, ye. masing-masing ada program yang lebih aula...