Isnin, 13 September 2010

Kalaulah Setiap Hari Adalah Ramadhan

Ini Raya ke 5. Aku dah kembali bekerja. Dah memulakan kehidupan seperti hari-hari biasa. Tak ambil cutir extra kerana dah habis digunakan untuk urusan keluarga terutama ibu_suri sebelum ini. Jadinya, aku bekerja hari ini sedangkan orang lain masih bercuti. Sunyi pulak rasanya tanpa kawan-kawan...

Tamat Ramadhan maknanya sudah tak perlu bangun seawal 4.30 pagi untuk sediakan juadah Sahur. Makanya susah jugalah untuk bangun seawal azan Subuh untuk solat.

Dah tak perlu pening kepala fikirkan juadah apa mahu dibeli untuk berbuka. Tidak lagi berasak-asak di jalanraya untuk cepat sampai ke rumah.

Terasa rindu pula untuk kecapi semula suasana begitu. Suasana yang setiap hari penuh agenda yang mesti ditunaikan tepat pada waktu. Sahur mesti siap sebelum azan Subuh. Berbuka mesti siap sebelum azan maghrib. Penuh disiplin. Tak membazir waktu walau seminit. ada program Terawih. Ada Witir. Solat Dhuha tidak disia-siakan.

Hari ini dan esok, aku mula berhadapan dengan realiti hidup. Realiti mencari kebahagian, kedamaian dan ketenteraman.

Aku harap aku masih berpeluang bertemu dengan hari seperti hari-hari Ramadhan.

Kalaulah setiap 365 hari ini adalah hari-hari Ramadhan alangkah damainya dunia. Semua orang akan berbuat kebaikan. Semua orang akan meninggalkan kejahatan. Dan semua orang akan bermurah hati mengambil peduli mereka yang tidak berkemampuan.

Alangkah damainya kalau hari-hari adalah hari Ramadhan. Setiap amal yang kita buat, berlipat ganda pahala yang Allah berikan!

8 ulasan:

kakcik berkata...

Salam IM...

ada juga peristiwa menyayat hati berlaku dalam bulan Ramadhan!

Kakcik dah mula masuk pejabat dari semalam. Pagi ini, tak sempat beli sarapan dan perut dah mula berbunyi. Alangkah bagusnya kalau masih Ramadhan, kan? Tak perlu fikir fasal makan. Pagi tadi tidur jam 3.30 sebab melayan sibongsu yang tak tidur dan minta disuap makan pada jam 1.30!

hrusli61 berkata...

Sebenarnya Ramadan cuma satu bulan yang Allah beri kepada kita. Tetapi perlu diingatkan yang megimarahkannya ialah kita manusia bukan bulan.

Maka dengan itu kita yang patut meneruskan amalan-amalan baik di bulan tersebut dan bukan bulan-bulan lain ditukar menjadi bulan Ramadan

Jangan ditangguh-tangguhkan puasa sunat Syawal kepada pahalanya seumpama puasa sunat sepanjang tahun.

ibuintan berkata...

salam IM,
kalau puasa Ramadhan sepanjang tahun, takde peluang pula kita nak puasa sunat Syawal dan puasa sunat yang lain.. dan takde juga peluang orang perempuan nak qada' puasa yang tertinggal tu...

Kamsiah berkata...

salam
terbiasa bgn pukul 4 pg masa bln posa,sekarang pun terjaga pukul 4 pg..dmata terkebil2 tak mau pejam dah..

aby berkata...

salam syawal IM,
lucu juge bace komen ibuintan tu ..

antara di jadikan ibadah mcm solat dan puase ramadan adalan utk kite membawe nilai2 ibadah tu kedalam kehidupan seharian kite ..

contoh mcm solat,
kite jujur dgn allah,
klu org tk tengok tk pernah kite short cut dr 4 rakaat ke 2 rakaat, curik n tinggal rukun2 sbb org tk nampak, tp kite tetap jujur dgn allah dgn tidak menipu mase bersolat, persoalan nye nape lps solat kite blh tk jujur dgn allah,
gitu juge dgn puase,
mase puase kite boleh menahan lapar dan minum, bukan takat tu, kite jage percakapan, perdengaran, penglihatan dan beberape yg lain utk yg baik2 jer ..
nape lps syawal ..boleh hilang sifat2 tu dari kite ..
insyallah klu boleh kekalkan sifat penglihatan, pendengaran dan percakapan kite , seolah2 kite masih dalam ramadan . dan kite mampu lakukan yg sedikit dr amalan ramadan tu dah satu kemenangan

al-lavendari berkata...

salam.

tak juga. banyak juga tangakapan khalwat dilaporkan dalam akhbar dalam bualan puasa. bahkan peristiwa pembunuhan jutawan kosmetik dan 3 orang lagi itu pun berlaku dalam bulan puasa.

hentian berkata...

betul juga pandangan kalian semua tu ya...

beribadahlah seolah-olah semua bulan adalah Ramadhan.

bergembiralah seolah-olah semua bulan adalah Syawal.

cuma bersederhanalah dalam bermakan-makan...

takut nanti berat badan naik semula!

ainnoraini berkata...

salam IM...
saye masih lagi bercuti...mmg terasa rindu saat2 dibulan ramadhan...
insya' allah nak buat puasa sunat syawal...