Halaman

Rabu, 31 Ogos 2011

Berlapang Dada

Alhamdulillah, blog aku dapat di selamatkan. Ianya berpunca dari entri Balik Kampung yang aku tulis di dalam Microsft Word kemudian salin ke kotak entri dalam blog. Rupanya format HTML semasa proses penyalinan itu dibuat tidak sempurna hingga merosakkan imej template sidebar di blog.

InsyaAllah, perlahan-lahan nanti aku akan bina semula template IM ini. Yang tentunya aku belajar satu perkara dalam hal ini. Selalunya, belajar melalui kesilapan lebih kuat kita ingat. Dan lagi, belajar melalui kesilapan akan mendidik hati kita untuk menerima hakikat kelemahan diri dan berlapang dada.

Apa-apapun, sebenarnya aku sedang bersiap nak balik kampung di Ipoh sekarang ni. Bersama aku selain ibu_suri adalah Along, Akhmal dan CT. Aku harap perjalanan aku ini selamat dan diberkati Allah kerana niatku untuk balik tiada lain hanya kerana ingin menziarahi mak. Walaupun cuma balik hari, aku cuba penuhkan ruang waktu yang ada untuk duduk dan dengar suara mak.

Dan seperti selalunya, melalui pengalaman aku di jalanraya, memandu jangan berada di bawah pengaruh waktu. Maksud aku, jangan hendak cepat sampai. Memandu dengan santai, berlapang dada dengan orang yang ada di dalam kereta maupun di luar kereta dan jangan makan berat semasa singgah di RnR.

Tips:
"...Dan perbuatan kamu bermaaf-maafan (halal menghalalkan) itu lebih hampir kepada taqwa. Dan janganlah pula kamu lupa berbuat baik dan berbudi sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu kerjakan. " (Al-Baqarah : 237) - sumber di sini.

7 ulasan:

abu muaz berkata...

Salam syawal buat tuan dan family.

IMANSHAH berkata...

raya ke mana hari ni

izman berkata...

salam aidilfitri buat abang sekeluarga.

kakcik berkata...

Assalamu'alaikum IM...

semalam kakcik pun beraya ke Ipoh dan balik hari juga. Rupanya lebuhraya agak sesak di hari raya kedua.

insan_marhaen berkata...

abu muaz,
salam Syawal juga buatmu. Muga Syawal ini adalah yang manis untuk diingati selepas ini.

IMANSHAH,
Selain ziarah mak, IM juga sempat ziarah jiran IM yang walaupun sudah tua tetapi masih sihat. Dan seperti selalunya dia akan bercerita tentang hakikat diri ini adalah di bawah kekuasaanNya.

izman,
Salam Aidil Fitri kembali.

kakcik,
Ipoh beRaya di mana? OTW ke Ipoh, IM lihat jem berlaku sepanjang jalan Ipoh ke Kukala Kangsar. Jadi, IM ambil keputusan balik semula ke Penang pada hampir tengahmalam.

aku HIV positif berkata...

selamat pergi dan balik dan selamat hari raya kepada IM sekeluarga.
semoga berbahagia dunia akhirat.
ampun maaf jika terdpat kesalahan yang tidak disengajakan.

al-lavendari berkata...

belajar dari kesilapan sendiri kadang2 menyakitkan .. yang seronoknya kalau dapat belajar dari kesilapan orang.