Ahad, 7 Ogos 2011

Sahur Kesaorangan

Baru selesai masak lauk untuk sahur nanti. Idea masak lauk kali ini datangnya dari resepi blogger Mama Moden di FaceBook. Memang lauk kegemaran ibu_suri semenjak 2 menjak ni ialah gulai ikan sardin. Ini dah masuk 3 kali selama 7 hari berpuasa.

Entah apalah rasanya. Aku masak cincai aje. Ala koboi. Esok pagi selalunya aku bangun jam 5. Sempat perangat nasi dan goreng telor separuh masak. Makan berdua dengan ibu_suri bagi aku lebih mudah, tenang dan santai. Tak bergelut semacammana anak-anak masih bersekolah dulu. Nak bangunkan mereka saja jenuh ulang alik ke bilik. Nasib tak baik, komplen pulak sebab lauk yang aku hidangkan tidak menyelerakan. Aku pun naik cemus nak sediakan. Balik-balik ayam..ayam..ayam...

Tak seperti ibu_suri yang setiap kali berbuka dan sahur akan selalu menyebut nama anak-anaknya. Hinggakan aku dah tak ada idea nak memberi jawapan yang bagaimana. Beginilah agaknya perasaan makku dikampung. Yang mempunyai 8 orang anak tetapi di hujung usia, sahurnya kesaorangan adanya...

7 ulasan:

MaMa MoDeN berkata...

salam IM,
Alhamdulillah smoga menu ringkas ni dapat menambah selera ibu_suri dibulan rmadhan ni... thanks, siarkan post menu MM utk anak2 di blog IM...MM amat hargainya, terasa sayu pulak hati ni ada sahabat prihatin macam IM...

Kamsiah berkata...

salam
suami mithali...
begitulah pusingan hidup...dulu kita meninggalkan ibu ayah...bina hidup sendiri...sekarang kita ditinggalkan..mereka bina hidup sendiri

NUR berkata...

Nak cuba jugakle idea IM dan MM ni..
damainya tengok gambar rumah (mak IM ke?)

Temuk berkata...

As-Salam
Insya-Allah, Dia akan beri kita rezeki makanan dan rasa enak makanan itu, khususnya sepanjang Ramadhan yang penuh barakah ini. Semoga ahli keluarga kecil dan keluarga besar kita diberi oleh-Nya kesihatan utk terus menyemarakkan Ramadhan.

Kakzakie berkata...

Sampai masa semua org akan menghadpai situasi begini. Sekarang masa kakak masih kena keju anak-anak lagi IM. Lagi yg kecik hari pertama boleh sahur makan sendiri. Masuk hari ke dua kena suap kalau tak memang tak bersahurlah...

kakcik berkata...

Satu hari nanti, kalau panjang umur, mungkin kakcik juga akan jadi macam IM - tinggal berdua. Setakat hari ini, sahur dan berbuka kami masih meriah.

NzA berkata...

saya sekarang dalam zon IM katakan....ayam..ayam...dan ayam...apa nak buat selera anak2 tidak sama dengan kita.....