Isnin, 8 Ogos 2011

Setelah Kenyang

BW pagi ini menemukan aku kepada banyak blog yang bercerita tentang menu berbuka puasa. Ada yang siang-siang lagi merancang untuk membeli di Bazar Ramadhan. Tidak kurang yang memasak sendiri dengan 2-3 resipi yang anggun. Alhamdulillah, waimma cara sekalipun, begitulah rezeki yang Allah tentukan buat hari ini. Syukran!

Ini mengingatkan aku pada kelmarin. Perbualan aku bersama rakan sekerja sementara menunggu masuknya waktu Zohor.

"Apa tujuan kita berpuasa?"

"Untuk sama-sama merasa bagaimana kesusahan orang miskin yang kekadang tiada wang untuk membeli makanan."

"Tapi perasan tak orang kita. Bila berbuka saja penuh makanan di meja. Kekadang, dapat jemputan buffet pulak di hotel. Adakah orang miskin pernah mempunyai harapan untuk hidangan semacam tu? Kemana perginya tujuan asal berpuasa kalau angan-angan kita nanti untuk berbuka dengan bermacam kuih dan lauk? Orang miskin mana merasa yang macam tu."

Ya tak ya juga. Kemudian, selepas kekenyangan dengan pesta hidangan, mata mula rasa mengantuk. Akhirnya, ketika bersolat terawih pun boleh tersengguk.

Sebenarnya, kekenyangan adalah antara 10 faktor yang boleh menumpulkan minda.

9 ulasan:

nur berkata...

Betul tu IM.. kata org ngantuk sbb ada syaitan gayut kat mata.. Tapi bulan puasa ni syaitan kan diikat.. Ngantuk teeetap ada..

Bersederhana lah.

ibuintan berkata...

betul sangat tu IM... kalau hari biasa hanya sejenis dua saja lauknya tapi bila puasa penuh semeja


tak cukup dimasak, dibeli pula

Ann Huda (Ate) berkata...

Terimakasih kerana mengingatkan. Ternyata kita lupa akan tujuan asal berpuasa...:(

kakcik berkata...

Akhirnya puasa kita bukanlah puasa yang memberikan keinsafan. :(

insan_marhaen berkata...

nur,
syaitan dirantai sebulan je. tapi lagi 11 bulan dia dah merasuk nafsu manusia.

ibuintan,
itu maknanya nafsu dah memperdaya minda dan rohani.

ate,
takpa. berbuka hari ini kita cuba beringat-ingat semula.

kakcik,
ya... silap haribulan puasa kita puasa pembaziran dan rasa riak.

Citarasa Rinduan berkata...

setuju sangat2 dgn entry nie.

IM, cantik header diatas, teratak IM ker?

S..U..D..@..I..S berkata...

makanan brlebihan dh tentu membazir. dan itu godaan syaitan ,,,best n3

insan_marhaen berkata...

CR,
Itu rumah IM di kampung. Tempat IM dibesarkan.

sud@is,
Kekadang kerana tak mahu membazir, kita makan sehingga sendat perut.

NzA berkata...

itulah, apa-apa yang kita lakukan biar serba sederhana dan tidak membazir. Saya menyediakan juadah ala kadar dan macam hari-hari biasa. tidak ada lebih dan kurangnya...Alhamdulillah anak2 dan suami tidak cerewet....