Khamis, 1 September 2011

Harta

Esok aku akan kembali bekerja seperti biasa. Cadangnya tu, aku nak mula berpuasa 6. Dicampur kemudiannya dengan 5 hari bekerja minggu depan akan lengkaplah 6 hari. Mudah-mudahan Allah beri kekuatan untuk aku menyempurnakan usaha membina harta akhirat ini.

Sejak 2-3 hari ini mood ibu_suri bertukar. Dia akan berjaga melebihi 24 jam dan kemudian tidur pula boleh mencecah 12 jam. Seperti semalam dia bangun jam 9 pagi dan bersiap untuk balik kampung. Di kampung, meriah melayani kehadiran saudara mara yang lama tidak berjumpa. Rata-rata mereka mengatakan kepada aku bahawa ibu_suri tampak sihat. Aku tidak pula menafikan tetapi aku beritahu mereka bahawa aku lebih tahu sihat ibu_suri itu dari sudut yang mana.




Abah
Balik semula ke Penang jam 2 pagi. Dia tidak tidur sebaliknya aku terus lelap dengan mimpi yang merepek-repek. Tengahari dia minta aku belikan daging untuk dibuat rendang. Selepas makan dan solat Zohor, dia  baru terasa mengantuk dan tidur hingga sekarang. Aku jangka dia akan terus tidur hingga lewat pagi. Begitu pusingan karektornya yang terkini.

Di kampung semalam aku sempat berbincang dengan beberapa orang adik tentang masa depan mak dan rumah dimana kami dibesarkan ini. Semasa ada abah rumah ini sentiasa di selenggara dan kelihatan segar. Namun sejak abah sudah pergi mengadap Tuhan, jelas kelihatan rumah ini semakin kusam.

Benar juga kata orang, seorang abah boleh menjaga harta 10 ahli keluarganya. Tetapi 10 ahli keluarga itu belum tentu boleh menjaga  harta abah yang seorang.

7 ulasan:

IMANSHAH berkata...

Salam

tulah, rumah kampung hanya ada mak seorang,,kalau dah takda mak, taktahulah sapa yang nak duduk

Ros Illiyyuun berkata...

Salam,

semoga kuat semangat berpuasa 6 Syawal...insyaAlah

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum...

Bertambah atau hilangnya salah seorang dari ahli keluarga kita akan dirasai setiap kali tibanya hari raya..

kakcik berkata...

Assalamu'alaikum IM...

samalah dengan pusingan hidup kita nanti. Kita boleh jaga anak2, tapi belum tentu anak2 boleh jaga kita.

hrusli61 berkata...

Skrip kehidupan begitulah dari datuk ke bapa dan turun ke anak kemudian cucu dan seterusnya.

Kita dahulunya cucu dan sekarang akan menjadi datuk.

Kepekaan ini dapat menginsafkan kita dan lebih memahami hakikat kehidupan ini.

Tunaikan tanggung-jawab kita dan hak-hak mereka yang bersama kita.

Tabarakallahu mina waminkum maaf zahir batin IM.

insan_marhaen berkata...

IMANSHAH,
Hal itu dibincangkan juga oleh kami adik beradik bebaru ini. Tapi tidak ada konklusi.

Ros,
Alhamdulillah, hari ini IM mula puasa 6 walaupun tanpa sahur.

Abd Razak,
Memang terasa kerana sudah kurang saudara mara yang hendak di ziarahi. Dan yang adapun, sudah tampak uzurnya.

kak cik,
Mari berdoa muga anak-anak kita tetap boleh menjaga kita. Justeru itu mari kita berusaha untuk menjaga ke2 orang tua kita selagi mereka ada.

rusli,
Betul tu. Kalau kita hendak anak-anak menjaga kita kelak, kita dulu perlu usaha menjaga mak abah kita hari ini.

Muga Allah beri kita kehidupan yang hasanah di dunia dan di akhirat.

hani@debumelukut berkata...

rumah pusaka peninggalan arwah ayah kak hani sekarang tinggal kosong begitu saja..dah 15 tahun tak de siapa pun jenguk. entah apa kesudahan rumah tu. entah menyembah bumi nanti..