Rabu, 21 September 2011

Indahnya Bersama jamaah

Malam tadi aku hadiri usrah mingguan selepas tertangguh selama lebih sebulan Ramadhan. Terasa seronok kerana berada di dalam majlis ilmu yang pastinya mendapat keberkatan dari Allah dan dinaungi oleh sayap para malaikat.

Walaupun di awalnya aku agak ragu-ragu samada ibu_suri akan bising-bising kerana kerap keluar malam namun rupanya tidaklah dia merungut sangat. Itupun setelah aku selesaikan dulu urusan makan minumnya serta seperti selalunya mendengar cerita dan aduannya selama aku pergi bekerja di siang tadinya. Dan lagi, aku udah janji dengan ibu_suri untuk bawa dia jalan-jalan selepas selesai usrah.

Malam sebelumnya aku hadiri mesyuarat pertama JIM Seberang Perai Tengah. Selaku Setiausaha yang baru dilantik untuk sesi 2011/2013, aku perlu menghantar Laporan Tahunan ke JIM Pusat dan seterusnya ke Pejabat Pendaftaran Pertubuhan (ROS). Dah 90% siap. Cuma menunggu beberapa sentuhan terakhir.

Indahnya hidup berjamaah ini, rupanya. Setelah 4 tahun aku mempasifkan diriku dari aktiviti jamaah kini rasanya adalah masa yang terbaik untuk aku membuat come back. Bagi aku, teramat rugi jika seumur hidup kita tidak diikat dengan jamaah Islami dan di isi dengan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan. Aku percaya jika kita aktif dengan kerja amal, Allah akan bantu kita dalam menyelesaikan masalah peribadi kita. Dan aku percaya, melalui kerja amal kita yang ikhlas ini juga, Allah akan limpahkan Rahmat dan Rahimnya kepada kita dan keturunan kita.

Habis usrah, aku bawa ibu_suri bersiaran dengan Kancil yang baru saja diperbaharui cukai jalan. Terasa kekok dan serba tak kena dengan Kancil aku ni. Agaknya, masih fobia dengan sindrom kemalangan sebelum ini.

7 ulasan:

Kakzakie berkata...

Syukur IM dpt kembali semula bersama jammaah. Jiwa yg kusut sesekali bila bersama teman akan ada sedikit kelegaan...

Ibu_suri suka jenjalan sebab seharian dirumah sendirian...

kakcik berkata...

Jangankan ibu_suri yang sehariannya duduk di rumah sahaja, kakcik yang kalau sehari tak keluar bekerja pun rasa macam terperap sangat. Mujur juga dapat suami yang mengerti. Walaupun tidak diminta, dia akan bawa kakcik keluar apabila dia balik dari pejabat. :)

hrusli61 berkata...

Work as in a team will make you feel together.

All lonelyness will disapear.

Most important you are allway happy.

insan_marhaen berkata...

Kak zakie,
ya... lagipun ibu_suri kini agak ok. tak lagi sensitif atau marah tak tentu pasal macam dulu.

kak cik,
kerana fikir begitu. justeru, IM ikhlas hati membawanya bersiar-siar. muga hatinya lapang bila di bawa berjalan sekaligus boleh membantu mententeramkan jiwanya juga. sambil memandu sambil mendengar isihatinya..

hrusli,
ya... happy can make us looks young!

Citarasa Rinduan berkata...

alhamdullilah..
rasa tenang bila baca entry ini..

IM, part kancil tu.. biasalah..
benda pernah ter`lari`.. mmg dah rasa ala2 ngeri....

S..U..D..@..I..S berkata...

wauu best lagu.....

LadyBird berkata...

dah lama lady x join usrah.. :( huhuhu.. kuliah agama je sebulan sekali.. tupun anjuran office.. :(