Halaman

Isnin, 19 September 2011

Kerana Tak Endah

Sabtu lalu aku ke Perodua Juru. Kancil aku rupanya sudah pun siap di baikpulih. Mulanya aku tak berniat nak ambil pulang kerana tidak cukup wang. Aku perlukan kira-kira RM1 ribu jika mahu Kancil itu berada di jalanraya.

Pertamanya, aku kena banyar RM400 kepada ETIQA kerana insuran kereta itu atas nama ibu_suri sedangkan semasa kemalangan berlaku, akulah yang memandu. Nama aku tidak disenarai sebagai pengguna kedua. Makanya, aku perlu bayar denda. Sebenarnya aku maklum dah hal itu sebelum ini. Namun dek sikap buat tak endah, bila berlaku hal begini, inilah padahnya.

Keduanya, insuran kereta itu sendiri dah mati semasa ianya di baikpulih. Jadi, aku rileks la daripada memperbaharuinya. Bila tiba-tiba Perodua memberitahu kereta dah siap, baru kelam kabut nak fikir tentang duit untuk buat insuran dan cukai jalan.

Bila Angah tanya; …. Ayah ada duit ke nak ambil Kancil?; … aku cuma diam.

“Nanti Ibu tanya, awat tak bawak balik Kancil, nak jawap macam mana?”

Aku masih juga diam. Tepu pula otak ini memikirkan bagaimana.

Kebetulan, Perodua buat jamuan Hari Raya untuk pelanggannya. Sementara menunggu urusan dokumen oleh Redzuan, staf Perodua; aku, ibu_suri dan Angah menjamu selera. Sedap sungguh roti jala dengan kuah daging, antara menu yang ada di situ. 2 round aku mengadap.

Di situlah Angah berbisik.

“Ayah ambil la Kancil tu balik. Angah ada bawak duit.”

“Banyak duit Angah?”

“Gaji baru dapat kelmarin. Tambah sikit dengan gaji Ayu, cukupla. Tapi ayah kena bayar balik  25hb ni…hek...hek..”

Alahai…..adakalanya, anak aku yang seorang ini, penyejuk jiwa. Tetapi, kekadang yang bagi aku libang-libu pun, dia juga!

17 ulasan:

kakcik berkata...

Itulah yang dikatakan 'anak itu racun, mereka jugalah penawar'. :)

Citarasa Rinduan berkata...

tak apalah Im, sekurangnya ianya penyelamat..

bila dapat gaji, bayar balik.. kan??

Ariff Budiman berkata...

Salam. itulah yang dikatakan anak-anak kita. Penghibur di kala sunyi. ha ha. sabor aje

Kakzakie berkata...

Darah yang mengalir itu adalah genetik dari ayahnya IM kena ingat. Blood is thicker than water...

MulutPayau berkata...

Alhmdulillah....IM bertuah punya anak yg prihatin dan memahami ....

insan_marhaen berkata...

kakcik,
betul tu. ada mereka kita kekadang rimas. tidak ada mereka, kita rasa rindu pula.

CR,
kena tunai janji. kalau tidak mereka tak hormat kita pula.

budiman,
anak cuma 3 orang tu je. penghibur dikala perlu..

kakzakie,
memang, rupa mereka masa kecil-kecil pun lebih kepada keluarga IM..

MP,
tu la... syukur sesangat pada Tuhan!

hrusli61 berkata...

Like father like son.

norh berkata...

anak dah bertambah matang :)

Kunang-Kunang berkata...

Alhamdulillah ada anak penyejuk jiwa.

Kadang2 hati boleh juga lara dengan kerenah anak.

mario berkata...

wah...bagus angah...bole kawtim...bisik2 je...hehe

insan_marhaen berkata...

hrusli61,
Alhamdulillah, dapat anak yang sebegini pun dah syukur..

norh,
dah nak jadi bapa, memang patut matang la tu...

kunang-kunang,
memang betul tu. adat hidup berkeluarga.

mario,
memang boleh kawtim Angah ni. Hari ini Angah tolong Ayah, esok esok Ayah kena tolong Angah la...

aku HIV positif berkata...

tersenyum membacanya :)

S..U..D..@..I..S berkata...

hebat Angah penyelamat abah

Itu Aku berkata...

anak abah, hero :)
25 kn byr blik ye...
saling mmbntu kn:)

Kamsiah berkata...

salam IM...
begitu la yg biasa saya dgr...ada anak2 bila dapat duit bg mak ayah...tp hujung bulan..minta semula hehe..

insan_marhaen berkata...

AHP,
senyum ada maknanya, yer..

sud@is,
bukan penyelamat sesaja tu..

itu aku,
kalau tak dia bantu ayahnya, siapa lagi.

kamsiah,
IM pun faham keadaannya. gajinya pun bukan banyak mana. dia boleh tolong IM di masa terdesak itupun dah kira cukup bagus!

Ibu n Abah berkata...

IM..
akak dah lama tak mengalir air mata.. tapi bila baca sikap angah buat akak terasa sangat sayu dihati...
ALhamdulillah...IM dah berjaya mendidik anak yang memahami kepayahan ayahnya dan dengan mudah memberi bantuan tanpa diminta..
Alhamdulillah....