Halaman

Sabtu, 10 September 2011

Puasa 6

Seperti selalunya hujung minggu aku akan memandikan ibu_suri secara menyeluruh. Menyampukan rambutnya, memotong kuku dan membasuh telekungnya. Tampak wajah ceria ibu_suri bila terasa lega dan lapang dengan kebersihan yang ada.

  Hari ini puasa 6 nya adalah yang terakhir. Walaupun semalam terlajak dari sahur namun dia tetap mahu teruskan puasa. Aku tahu, dia menumpang semangat aku untuk berpuasa yang sebenarnya lebih mencabar berbanding puasa Ramadhan. Tapi sayangnya, dia tak tahu bahawa puasa 6 aku tamat semalam. Bukan aku tak nak bagitahu tapi aku tak tahu nak bagitahu dia macammana. Bila dia ternampak aku curi-curi minum air, dia pun bertanya;

"Abang tak puasa ka?" Dan aku pun perlu berterus-terang;

"Puasa abang dah cukup semalam."

"Alaaa....."

Hingga sekarang aku terpaksa menahan lapar kerana menghormatinya yang masih ingin meneruskan puasa.

8 ulasan:

aku HIV positif berkata...

begitulah antara beza keindahan cinta org muda berbanding org muda.
org muda selalunya tidak teruji, indah didengar tetapi tak jejak ke dasar hati.

hani@debumelukut berkata...

Cinta sejati tidak perlu kata kata....Ibu Suri seorang wanita, isteri dan ibu yg amat bertuah..

S..U..D..@..I..S berkata...

huh susah dicari, hebat IM bertuah ibusuri

SK Kota Warisan, Sepang Selangor berkata...

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

Aida Ali berkata...

Selamat Beraya lagi

Citarasa Rinduan berkata...

bagusnya IM..
ayu pun kalau puasa sunat, en zalie pasti menghormati..
bukan takat makan, minum pun dia curi2...

insan_marhaen berkata...

AHP,
InsyaAllah, bila orang muda beransur tua, mereka akan berubah sendiri.

hani,
IM pun memang tak pandai nak berbicara secara cinta.

sud@is,
jika kita berpegang pada agama, insyaAllah.. itulah sikapnya.

aida ali,
ingat nak beraya denagn PM di Majlis Rumah Terbuka Malaysia tak jauh dari sini tapi tak jadi sebab bendera yang dikibar sepanjang jalan seperti bukan menjemput kami suami isteri.

CR,
Ayu juga beruntung kerana memiliki Zalie.

NzA berkata...

bahagialah ibu-suri mendapat seorg suami seperti ini...