Halaman

Rabu, 7 September 2011

Sebuah Persahabatan

Keadaan Kancil milik ibu_suri
Sejak sebulan ini aku selalu menumpang blogger JH untuk ke tempat kerja. Walaupun keluar lewat jam 7 namun sampai ke tempat kerja jam 8. Kira, awal juga. Kalau dengan Kancil ibu_suri dulu aku keluar jam 6.45 dan sampai hampir jam 8. Begitulah hebatnya kalau menaiki kereta berjenama dan mahal ini - Honda Accord. Tidak terasa lajunya dia menjalar di jalan raya. Tak terasa hinggutnya tatkala melanggar lopak atau bonggol.

Namun entah kenapa  aku tetap teringat Kancil yang masih di Perodua Juru. Lama sungguhnya rasanya kereta sekecil itu hendak di baikpulih. Dah masuk 2 bulan lebih. Khabarnya baru nak mula pembaikian. Agaknya kalau kereta besar, lagi lama kan? Ataupun terbalik kot. Kereta mahal lagi cepat berbanding kereta murah. Huuuh..

Apa-apa pun, terima kasih buat blogger JH yang sudah terlalu banyak menolong aku sejak dari kami mula berkawan sebelum kahwin lagi hinggalah kini anak kami sudah teruna trang tang tang!. Muga persahabatan ini berpanjangan...

12 ulasan:

Citarasa Rinduan berkata...

hampir menangis ayu dengan kisah IM dan persahabatan JH

YA ALLAH, kau berikanlah jodoh dan usia yang panjang pada ke2,2 sahabat ini..
moga mereka kekal hingga hujung nyawa~ amin

Abd Razak berkata...

Salam...

Sukar mencari teman sebegitu..

kakcik berkata...

Ramai orang boleh menjadi kawan, tapi hanya beberapa orang yang boleh menjadi sahabat. :)

nur berkata...

mengaminkan doa kak ayu..
:)

NzA berkata...

depa lengah2kan tu kot IM...mungkin juga kerana bulan puasa, banyak orang hantar servis kereta.

insan_marhaen berkata...

CR,
Ada banyak kisah lagi mengena persahabatan kami ini yang lebih menyayukan.

Abd Razak,
Dalam setiap fasa hidup IM sejak bangku sekolah rendah memang ada teman baik. Dan fasa ini IM temui teman paling baik.

kakcik,
betul tu. kalau kawan itu umpama pasir-pasir dipantai, sahabat paling baik umpama mutiara di celah-celah pasir itu.

nur,
tkasih. muga Allah berkati persahabatan kami dan persahabatan kita semua.

NzA,
IM tak fikir begitu sebab cara kerja mereka nampak profesional. Cumanya insuran dan sparepart yang agak lambat.

Mario berkata...

klu dlm muvie... biasa sahabat2 camni suka nak jadi besan ni...hehe

nyanyisunyi berkata...

sahabat masa menangis memang sukar dicari IM..
Saya pun ada sorg sahabat yg biasa dengan sy bila sy susah...yg lain hanya memandang dan mengata saja...

KELI OH KELI berkata...

alangkah indahnya dikurniakan sahabat yg ikhlas....

insan_marhaen berkata...

Mario,
Tak sanggup le teman berbesankan kawan karib. Payah weh...

nyanyisunyi,
kawan begitulah yang perlu kita jaga kerana keakraban itu adakalanya mudah berderai seperti kaca.

keli oh keli,
kami akrab dan lebih akrab kerana diikat dengan hubungan jamaah.

LadyBird berkata...

itulah gunenya kawan kan.. :)..
saling bantu membantu..
bila kite mudahkan org lain..insyaLAlah Allah akan mudahkan kite :)

Itu Aku berkata...

sahabat waktu susah dan senang
ketawa dan nangis
:)
smg ukhwah berpanjangan
amin