Halaman

Jumaat, 14 Oktober 2011

Aku Sudah Hampir Lewat

Sebenarnya aku bukanlah pandai sangat tentang hal-hal pelaburan dana ni. Tapi bila sahabatku Abdul Wahab Yahya perkenalkan aku kepada skim pengeluaran KWSP untuk di laburkan ke dana Public Mutual, aku mula belajar sikit-sikit. Dialah yang jadi agen antara aku dengan Public Mutual. Banyak belajar dari dia.

Tapi bila dia mengambil keputusan untuk mengikuti misi bantuan ke Gaza dengan menaiki Mavi Malvara tak lama dulu, dia telah melepaskan dirinya dari menjadi agen. Maklumlah, ke Gaza adalah penentuan antara hidup dengan mati. Jadinya, sejak hari itu pelaburan aku diselia terus oleh Public mutual.

Kelmarin aku berbual dengan sahabat tempat kerjaku yang juga seorang ahli Jamaah Tabligh. Terus menyebut hal-hal pelaburan; rupanya dia baru sahaja lulus dari ujian untuk menjadi agen Public Mutual. Wah, panjang lebar dia menceritakan kepada aku pasal peluang pelaburan dan jika mahu menjadi agen Public Mutual ni. Katanya, semasa dia mengambil ujian dulu ada 24 orang peserta. 23 darinya adalah Cina. Dia seorang saja Melayu.

Hmmm… Aku sudah hampir lewat. Tempoh masa yang masih ada untuk melabur semakin sedikit. Kenapa tidak aku menyuruh Angah untuk melabur kerana dia sudah bekerja tetapi masih muda?

Malam tadi aku berbual dengan Angah dan menggalakkan untuk dia membuat pelaburan.

“Angah boleh buat pelaburan secara tunai. Simpan di sini lebih baik kerana duit kita akan berkembang dan insyaAllah dengan pelaburan yang bersih. Nanti, bila Angah ada cukup simpanan KWSP, boleh buat pelaburan KWSP juga macam ayah sekarang ni.”

Aku bagi pamplet untuk dia baca. Nampaknya dia berminat!

“Melabur dalam KWSP terus terang ayah bagi tahu, ada keraguan di dalam pelaburannya. Jadi, ayah galakkan Angah melabur di sini. Public Muatual baru ni ayah dapat tahu mendapat anugerah Pelaburan Syariah Terbaik.”

“Kenapa tak melabur dalam ASB, ayah! Kan di jamin kerajaan?”

“Ayah dah lama tak melabur dalam ASB. Ianya macam KWSP juga!”

15 ulasan:

Ros Illiyyuun berkata...

Salam...

Semoga lebih ramai memahami tentang pelaburan yang patuh syariah. Begitu juga dengan urusan kewangan yang lain.

Alhamdulillah, saya juga sudah 'join' Public Mutual sejak tahun lepas. Diharap banyak lagi pelaburan yang patuh syariah muncul di Malaysia.

kakcik berkata...

Banyak keraguan yang sengaja disembunyikan. Yang menjadi mangsa? Kita yang tahu apa2 ini lah juga...

Mario berkata...

kalau dpt jadi agen pun baik jugak tu bro im...bole tmbh pendapatan jugak tu...

insan_marhaen berkata...

Ros,
Ya, kita harap perlahan-lahan negara kita akan menuju ke arah syariah compliance...

kakcik,
tak tahu itu tak mengapa. tapi bila dah tahu, wajib kita menjauhinya.

mario,
sesekali IM teringat juga nak jadi agen. tapi IM ni tak pandai bercakap. tulis sajak boleh la..hik!hik!

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum...

Saya pun ada juga mendengar taklimat mengenai Public Mutual ni. Ianya lebih tulus dan bersih.

IMANSHAH berkata...

saya berminat juga dengan pelaburan

Citarasa Rinduan berkata...

kita kalau tak tahu semestinya sering tertipu kan..

ibuintan berkata...

okey ke PUblic Mutual ni, saya tak melabur di mana2 pun, ragu dengan statusnya

insan_marhaen berkata...

abd razak,
walaupun terlewat, peluang tidak dilepaskan. semua ini kerana dakwah.

imanshah,
dari minat lahirlah tindakan. jangan lengah.

cr,
ya.. sebab itu kena tahu. untuk tahu yang baik kita perlu juga tahu yang tidak baik.

ibuintan,
insyaAllah ok. ramai dah saya temui melabur ke sana.

a.samad jaafar berkata...

alangkah baiknya kalau ASB itu tiada keraguan di dalamnya.. kerajaan sepatutnya memastikan ASB mengikut lunas syariat sepenuhnya..mcm buta..rakyat bukan hanya melayu..tetapi juga ISLAM.. saya agak kecewa ni bang hihihi...

Temuk berkata...

Assalamualaikum IM
Syukurlah sekarang ini telah ada beberapa jenis pelaburan yang tidak meragukan kita. Semoga skim-skim demikian mendapat keredhaan Allah dan memberi pulangan yang baik kepada para pelabur.

Kunang-Kunang berkata...

Saya masa bekerja dulu ada juga melabur dgn public mutual dan satu dua bank lagi yg berasaskan pelaburan islam. Bila bersara saya jual semua pelaburan tu. Alhamdulillah pulangannya memuaskan.

MulutPayau berkata...

Ramai jugak kawan Mp yg melabur dalam public mutual ni...

insan_marhaen berkata...

a. samad,
kekadang kerajaan di kekang oleh sesuatu yang sukar untuk dielakkan.

temuk,
ini yang dinamakan persaingan sihat dalam ekonomi.

kunang-kunang,
IM berhasrat untuk terus melabur walaupun selepas pencen dengan harapan keuntungan dari pelaburan dapat dikeluarkan setiap bulan sebagai duit poket.

mp,
mp bila lagi?

NUR (http://nurhafiz2009.blogspot.com) berkata...

nak melabur juge la..