Halaman

Ahad, 9 Oktober 2011

Dulu Perasaan Mak, Sekarang Perasaan Aku


Dah 2-3 minggu desktop aku problem. Terpaksa curi-curi guna pc ofis untuk update blog. Dan tak berpeluanglah nak layari blog politik untuk ketahui perkembangan terkini Malaysiaku kini.

Aku minta Along balik seawal mungkin jika ada budget.  Tup! tup! Semalam dia terjengul depan pintu. Bawa desktop. Baru nampaknya.

" PC ayah Along nak amik bawa balik KL. Ayah guna yang ni la. Bagus sikit. Along pasang dan setup sendiri."

"Along dah habis praktikal ke?"

"Haah... Ni tengah sibuk buat report."

"Along minta kerja kat sini la. Kerja 7E ke, Mc donald ke sementara dapat kerja baru?"

Diam. Hmm... Aku tahulah anak aku yang sorang ni. Memang dah jatuh cinta kat KL. Mungkin hidup dan matinya di KL la. Nak bising-bising pun tak ada gunanya.

Aku sendiripun habis je belajar di IKM, KL terus datang ke Penang tanpa sempat balik kampung. Berkahwin dan agaknya akan mati di sini. Bagaimana perasaan aku sekarang terhadap Along begitulah agaknya perasaan mak terhadap aku.... 30 tahun dulu.

Redhai sahajalah. kalau dah Allah tetapkan rezekinya di KL, tiada siapa boleh menahan. Asalkan sempurna perjalanan hidupnya ke masa hadapan, itu sudah Alhamdulillah bagiku.

13 ulasan:

Ros Illiyyuun berkata...

Assalamualaikum

Begitulah putaran hidup kita,hendak tak hendak wajib menerimanya :)

Kakzakie berkata...

Betul IM... janji ingatan terpahat di hati masing-masing. Kasih pada ayah kejap hingga sanggup bagi pc baru dia ambil yg lama. Bagus kan.:)

Ariff Budiman berkata...

Dulu masa depa kecik sering berada di sekeliling kita. Kini tiba masanya kita terpaksa berpisah demi kasih kita terhadap mereka.

aku HIV positif berkata...

termenung sendiri seketika...

NzA berkata...

itulah putaran hidup yang perlu kita lalui...

patutlah IM menyepi..rupanya PC rosak ....

Citarasa Rinduan berkata...

lama tak singgah sini, rupanya IM ada masalah tersendiri..

IM...
moga2 destop yang baru nie tak buat hal ya,
along mmg pandai berdikari

##ayu nak minta maaf tth entry semalam.. moga IM tak terasa, ayu sangat2 sedih bila baca entry IM##
maafkan ayu

Itu Aku berkata...

salam
IM dapat desktop baru...
cinta along di KL ye..
xmengapa..d ttp pulang juga nnt
:)

abu muaz berkata...

kita hanya mampu berdoa supaya hidupnya selamat dan mendapat rahmat.

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum IM...

Kadangkali kita berhajat begini tapi lain pulak jadinya...semuanya mengikut peraturan Allah bukan kita..

LadyBird berkata...

:).. mungkin rezeki pakcik Im dan keluarga di KL.

S..U..D..@..I..S berkata...

redho dengan ketentuannya...

Temuk berkata...

Assalamualaikum IM
Syukurlah dapat komputer baru dari anak yg sudah tentu mengingati ayahnya selalu.

Nampaknya hari ni, anak-anak generasi kita bukan sahaja berhijrah ke bandar dan ke negeri lain (spt juga kita), malah ke negara lain. Yg penting, semoga mereka tak lupakan agama, budaya & asal usul. Insya-Allah.

a.samad jaafar berkata...

sebagai ibu bapa, apabila anak mula membawa haluan sendiri..kita hanya mampu berdoa dan mengharapkan semoga Allah yang menjaga dan melindungi mereka..