Halaman

Isnin, 17 Oktober 2011

Terima Kasih!

makan di restoran Emkay Klasik, Pokok Sena.
Tak tahu nak tulis apa untuk entri kali ini. Cuma yang bermain di kepalaku ialah aku perlu kuatkan semangat untuk terus mengurus hidup sendiri dan ibu_suri walaupun aku sebenarnya terasa 'kesaorangan' sejak dia mengalami mood-disorder lebih 4 tahun ini.

Tiada pada siapa boleh aku bergantung selamanya kerana aku tahu orang lain juga punya masalah hidup yang tersendiri. Aku masih sihat dan punya waktu untuk membuat penyusunan semula aktiviti hidup. Lagipun, aku semestinya bersyukur kerana ibu_suri sebenarnya sudah banyak 'sembuh' berbanding 4 tahun lalu.

Walaupun kini ia banyak bergantung kepadaku dalam menguruskan makan, mandi dan terapi jiwanya yang kekadang dihinggapi mood yang tidak menentu, namun aku masih boleh ketawa seperti selalunya. Bila rakan-rakan bertanya; apa khabar ibu_suri? Apa yang boleh aku serikan jawapan melainkan; sihat seperti dialah! Memang, secara fizikalnya orang melihat dia sihat sahaja tapi aku sebagai suaminya tentu tahu lebih jauh dari itu.

Aku beruntung kerana punya anak yang kebanyakannya memahami dan menyejukkan hatiku. Aku juga bersyukur kerana punya kawan-kawan yang sentiasa bersedia membantu bila diperlukan.

Dan sesungguhnya aku bersyukur kepada Tuhan kerana masih sudi mendengar keluhan dan memakbul kebanyakkan doaku!

Juga, buat rakan bloggers. terima kasih kerana selalu singgah sekaligus meninggalkan komen positif sejak dari dulu hingga kini!

23 ulasan:

Itu Aku berkata...

blog IM dan kisah2nya juga mmberikan motivasi tuk sy..

smg ibu suri sihat2 selalu
amin

Citarasa Rinduan berkata...

sentiasa kagum dengan ketabahan IM dengan kehidupan kamu

Ibu suri dan anak2 adalah harta istimewa buat IM..

moga IM diberi kekuatan zahir dan batin.. amin

PS: kasih kembali.

IMANSHAH berkata...

wah ada lagu Amy Search..take care ya

kakcik berkata...

Salam IM... gamabr ibu_suri kah itu? Kelihatan lain dan lebih 'segar'. Alhamdulillah. :)

Temuk berkata...

Salam.
Memang orang boleh melihat dari segi luarannya, yang diselubungi mood disorder sihat sahaja, tapi yang sentiasa di sisi dan menjaganya tahu lebih jauh dari itu. Tidak dinafikan benarnya apa yang IM nyatakan. Pengalaman rakan-rakan saya yang lain juga begitu. Didoakan agar berpanjangan kesihatan dan ketabahan IM dalam melaluinya. Insya-Allah akan tiba saat kebahagiaan.

Ekmi Rabat berkata...

Salam.. semoga sentiasa bersemangat dan tabah menghadapi ujian ini yea.InsyaAllah..ganjaran nya pasti besar.

Kakzakie berkata...

Selagi kita hidup selagi itu ujian akan datang IM. Ketabahan sesekali akan goyah - lumrah manusia yg lemah. Tapi syukur Alhamdulillah IM sentiasa sedar dan masih diberi kekuatan oleNya.

aku HIV positif berkata...

Terima kasih juga kerana saling berkongsi, ingat mengingatkan dan sokong menyokong dalam menuju destinasi hakiki di sana nanti.

semoga kita semua sentiasa dalam inayah, rahmat dan redha-Nya, insya-Allah...

insan_marhaen berkata...

itu aku,
harapan IM juga muga tulisan yang dikongsi di manafaat bersama.

cr,
ya.. IM ingin tetap setia bersama keluarga yang ada.

imanshah,
IM memang suka dengar lagu. mungkin darah seni yang mengalir dari abah IM juga.

kak cik,
itu gambar lama juga kiranya. gambar terbaru ada tapi tak tahu simpan di mana.

temuk,
ialah.. setiap orang mempunyai pengalamannya sendiri. berkongsi pengalaman baik adalah salah satu cara dakwah juga.

ekmi,
memang mengharap ganjaran baik dari Allah. tapi IM juga harap Allah ampunkan dosa-dosa lalu IM.

Izinkan IM link blog ekmi ke bloglist IM nanti, ya.

kak zakie,
kekuatan IM juga bak air laut. selalunya bila IM down, IM dengar lalgu yang berlirik positif!

ahp,
muga tuan juga dirahmati Allah..

NUR (http://nurhafiz2009.blogspot.com) berkata...

semoga ketabahan IM ini dicontohi oleh para pembaca jua..

alongxp berkata...

sabarlah abg im... insyaAllah ada ganjaranya nanti... kalau tak didunia fana ni,balasannya didunia kekal tu nanti...

NzA berkata...

Bila baca kisah IM teringat saya abah di kampung yang terpaksa menjaga mama yg lumpuh hampir 1 thn yang lalu..Mama sy juga pengidap penyakit jantung yg kronik, mata yg rabun dan penyakit2 kronik yg lain..Apakan daya saya jauh begitu adik beradik lain...Hanya Allah yang mampu membalas jasa2 abah saya.....Sebagai anak saya rasa amat2 terkilan kerana tidak mampu berbakti pada mereka disaat mereka memerlukan.....

MulutPayau berkata...

IM...membaca kisah2 IM membuatkan hati saya amat terharu dan kagum...terharu krana IM sanggup berkorban apa saja demi ibu_suri ..dan kagum kerana IM sntiasa tabah dalam mnghadapi apa jua dugaan dan ujian...

S..U..D..@..I..S berkata...

bila kita melihat ketabahan orang lain, kita menajdi lebih bersyukur
tq IM

insan_marhaen berkata...

nur,
ketabahan orang lain juga menjadi pendorong pada IM.

along xp,
ganjaran di dunia dan di akhirat memang diharapkan.

nza,
saya juga terkilan kerana tidak sempat jaga abah dan kini tidak juga dapat jaga mak dengan sempurna sebab jauh.

mp,
sebenarnya ada orang lain yang lebih tabah dan sabar dari IM. IM pun kekadang naik hangin juga.

sud@is,
ya.. melihat orang lain yang lebih malang dari kita, kita terasa lebih bersyukur.

mama maman berkata...

setiap org akan diduga mcm2 dugaan.. tabah la dan bersyukur..

nyanyisunyi berkata...

Allah sentiasa memberi kekuatan pada hambaNYA yg tahu bersykur daripada yg terlalu banyak bersabar dan mengeluh..mudah2an IM sentiasa diberi kekuatan itu

a.samad jaafar berkata...

redha pada ujian Allah..akhirnya kita menjadi kuat..

IMANSHAH berkata...

sama -sama

LadyBird berkata...

smg pakcik terus tabah..
dan semoga Allah terus berikan kekuatan.. ameeennn..

insan_marhaen berkata...

mm,
dugaan jika diterima secara positif akan lebih mematangkan kita.

nyanyisunyi,
adat insan tentunya sesekali mengeluh. tapi ketabahan itu mesti mengatasi segalanya.

a. samad jaafar,
kuat jiwa kerana redha pada allah jua.

imansha,
hik!

ladybird,
muga ketabahan pakcik menjadi inspirasi pada lb juga.

hani@debumelukut berkata...

Baru akak dapat tgok siapa Ibu Suri ni...Alhamdullilah, Bahagia ni IM tak serupa..ada org bahagia begitu begini, tapi kita bahagia cara kita.pucuk pangkal nya bila hati redha, hidup menjadi lebih bahagia.Akak kagum dgn ketabahan Im.

Ann Huda (Ate) berkata...

Allah tidak menjanjikan pelayaran yg indah dlm hidup ini, tapi DIA menjanjikan pelabuhan yg teduh untuk meneguhkan setiap hati yg berharap kepadaNya. Kerana itu...Jika lelah menyinggah di jiwa, merapatlah pada dermaga NYA. Hanya Dia Maha Mengetahui dan hanya Dia sebaik-baik tempat mengadu.