Halaman

Ahad, 19 Februari 2012

Aula

Aku memang tak sedap badan sedari semalam. Tengkuk rasa sakit terutama bila nak beri salam kiri dan kanan selepas sujud akhir sembahyang. 

Aku paksa diri aku untuk bersiap-siap ke Tasik Mengkuang. Aku nak rehatkan minda dan perasaan aku. Bertalu-talu sms datang mengingatkan aku bahawa petang ini ada Majlis Pertemuan JKP IKRAM dengan ahli di RECSAM, Pulau Pinang. Aku tak pasti boleh hadir atau tidak walaupun aku tahu dan faham bahawa kehadiran aku itu perlu. Respon dari ibu_suri bila aku beritahu semalam agak negatif. Aku akan melihat yangmana lebih aula. Memanglah tarbiyah aku menyatakan jamaah lebih utama tetapi adakalanya untuk menjaga jamaah, keluarga perlu didahulukan.

Aku tahu, ibu sedikit emosi bila dapat tahu Marissa terpaksa di rujuk ke doktor pakar jantung. Beriya-iya ibu_suri tanya kenapa tapi aku dan Angah hanya menjawap: tunggu doktor kata apa. Sedangkan sebenarnya doktor khuatir Marissa mengalami jantung berlubang atau ada saluran darah yang terganggu.

"Itu cuma jangkaan doktor. Tak ada apa-apa kut!" pujuk aku kepada Angah.

Kesian aku melihat Ayu yang seharian menunggu Marissa. Dahlah dia sendiri masih dalam pantang, terpaksa pula bersekang mata menunggu Marissa di katil wad yang pastinya amat tidak selesa. Begitulah pengorbanan seorang ibu terhadap anaknya. Aku dapat lihat airmatanya jatuh walaupun Ayu selalu cuba menyorok. Mereka terlalu muda untuk kenal erti jerih perih menjaga anak.

Aku berpesan pada Angah bahawa yang paling utama suami kena kuat semangat kerana isteri bergantung pada semangat suami. Dan isteri pula kerana kuat dan tabah kerana anak bergantung semangat dari ibunya pula. Begitu kitaran saikologi hidup. Tapi aku dapat rasakan Ayu sebenarnya tidak cukup kuat. Tak seperti mak aku yang menjadi idolaku hingga sekarang bila setiap kali ditimpa ujian Tuhan.

Ada biskut, cokelat dan juga Makallah 1su Mutiara

"Kenapa tak mahu makan cokelat ni?" Tanya aku pada Angah bila dia memberi aku beg berwarna pink yang dihadiahkan oleh sekumpulan orang yang membuat ziarah ke pesakit hospital ini pagi semalam. Angah geleng kepala.

"Orang bagi, kita ambillah."

Lepas makan pagi di restoran Sri Semarak dengan Radix O dan roti canai, aku singgah di Masjid Mengkuang untuk solat Dhuha. Ada sekumpulan pelajar; agaknya membuat program Qiamullail. Beberapa orang dari mereka sedang 'berdakwah' kepada beberapa orang remaja di bawah tempat letak motor. Aku memerhati dengan senyum!

12 ulasan:

LadyBird berkata...

lady doakan agar marissa kembali sihat..

semoga ayu tabah lalui kehidupan ini seperti tabahnya bapa mertuanya..

ameeennn..

Deru Ombak berkata...

Assalamualaikum IM..

Semoga perjalanan hidup kita semua di permudahkan.
InsyaAllah ..

iBu...gUru berkata...

berikan semangat pada Ayu........ moga Ayu terus tabah menghadapi situasi ini

Anonymous one berkata...

Allah..marissa, semoga dilindungi Allah dari penyakit jantung berlubang.

AO doakan marissa sihat dan cepat sembuh.

Citarasa Rinduan berkata...

sangat memahami saat ini hati ayu..
kasihannya... moga semangat angah dan ayu lebih kuat untuk menghadapi dugaan dariNya.
doa ayu, moga masrissa cepat sembuh.. jauhkan dr sakit y bukan2..amin

Sham berkata...

Ujian yang datang pasti ada hikmahnya kan...moga semuanya baik2 belaka...

insan_marhaen berkata...

ladybird,
tkasih atas doa.

dm,
muga-muga hidup kita semua juga. kalau adapun dugaan, yang tertanggungkan oleh bahu kita.

ibu_guru,
IM memang selalu berikan semangat buat mereka suami isteri.

ao,
sebenarnya itu cuma suspek. belum tentu lagi. dan IM rasa pun mungkin tidak.

cr,
IM juga memahami. tambahan pula mereka masih hijau dalam kehidupan famili.

sham,
ya.. hikmah itulah yang kekadang kita tidak ketahui.

MulutPayau berkata...

semoga Ayu tabah hadapi semuanya....dan semoga Allah permudahkan segala urusan....

Temuk berkata...

Saya sendiri rasakan anak-anak dan menantu-menantu berbeza kekuatan dan ketabahan mereka. Insya-Allah, semakin menua mereka akan menjadi lebih gagah dan tabah dalam mengharungi hidup. Semoga Marissa sihat semula dan tiada apa-apa masalah pada jantungnya.

Dinar berkata...

moga ayu tabah menerima ujian berat ini...pahala jihad itu sangat besar! kerana mendidik, mengasuh anak itu sebenar salah satu cabang jihad ke jalan NYA..

Kamsiah berkata...

salam IM...
Ayu...pastinya dalam keadaan mcm ni,tanpa pengalaman sbg ibu,perasaannya tentu terganggu...lbh2 lg fizikal masih lemah..

insan_marhaen berkata...

mp,
harap begitulah kepada ayu.

dinar,
satu pengorbanan yang besar dan tiada ternilai.

kamsiah,
insyaAllah, pengalam ini akan ditingkatkan melalui peredaran masa.