Halaman

Isnin, 23 April 2012

Alahai, PTPTN........!

Di ketika tv sibuk bercakap tentang PTPTN, aku teringat pengajian Along dan Angah sebelum ini. Aku sms pada mereka tadi tentang pinjaman PTPTN yang mereka kena bayar bila kerjaya mereka agak selesa kelak.

Terkejut juga aku bila Along beritahu pinjaman PTPTN semasa Diploma di Kolej Islam Antarabangsa ( IIC ) adalah RM15K dan kena bayar RM18K.  Ijazah di Kuala Lumpur Metropolitan Universiti ( KLMU ) pula adalah RM48.5K dan berapa kena bayar masih belum tahu.

Angah yang tidak sempat menghabiskan pengajian di Politeknik Ungku Omar, Kulim pula masih perlu melunaskan pinjaman sekitar RM3.5K.

 Hurrmmm… Semasa aku belajar di sekolah rendah dulu, adik-adik aku mendapat biasiswa dari kerajaan atas nama sekolah luar Bandar. Semasa aku belajar di Institut Kemahiran MARA, Kuala Lumpur ( IKM ) pula bukan sekadar dapat belajar dengan percuma, dapat duit poket lagi sekitar RM200 sebulan.

Tak faham aku; dulu Negara kita tergolong dalam kategori negara membangun masih mampu memberi pendidikan percuma kepada rakyatnya hingga ke peringkat universiti tapi sekarang bilamana misi ke WAWASAN 2020 semakin hampir anak aku yang baru tamat belajar dan masih terkial-kial mencari kerja sudah pun ada hutang di bahunya sekitar RM60K.

Adakah ini salah aku sebagai bapa yang tidak pernah bersedia untuk menyimpan demi kepentingan pembelajaran anak-anakku hingga sanggup membiarkan anak-anakku menanggung hutang yang berpanjangan…?

Aku balas sms Along dan Angah tadi;

"Jangan lupa simpan resit pembayaran PTPTN tu. Mana tahu kalau ada rezeki nanti kita boleh klem duit kita bayaran balik tu dari kerajaan baru yang lebih prihatin, insyaAllah!”

Aku menyimpan azam untuk membantu mereka membayar semula hutang pinjaman itu bila aku sudah berada dalam zon 'free finacial'. Terasa bersalah aku membiarkan mereka terjebak dalam hutang yang aku kira akan menjadi beban seumur hidup mereka!

23 ulasan:

Mario berkata...

erkkk...tula...muda2 lg dah hutang puluh2 ribu...tu pun org tak nmpk lg...ntahlah....

S..U..D..@..I..S berkata...

moga ada perubahan nasib2 anak2 kita pada masa akan datang, doa rakyat msia..

Kamsiah berkata...

PTPTN ni kan dah lama...
yg membantah tu..kenapa tak bantah masa mula2 diperkenalkan dulu..
atau kalau tak mau,jgn sign,jgn amik...cari biasiswa sendiri...

insan_marhaen berkata...

mario,
yang kesian ialah anak cucu kita kelak.

sudais,
perubahan masa akan datang bermula pada masa kita hari ini.

kamsiah,
itulah silapnya. dah terantuk baru terngadah. IM tak ada pilihan sebab semua U meminta kita membuat pinjaman. kalau tak ambil, anak IM tak dapat terus belajar.

nak biaya sendiri, yuran sekolah agama pun anak IM sebelum ini pun IM hampir tak mampu nak bayar.

kakcik berkata...

kakcik sekarang pun menanggung hutang anak2 ...

makchaq berkata...

Niat untuk membayar hutang tu sifat mulia..

Mudah- mudahan IM, along, angah sekeluarga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan..

Ada ketika kita perlu meminjam dan berhutang kerana terpaksa..

pB berkata...

belum bekerja dah ada hutang

insan_marhaen berkata...

kakcik,
sementara kita masih ada dan mampu membayar, ok lah. bila kita dah 'takada' depa kena tanggung sendiri.

IM pesan pada anak-anak IM supaya menabung untuk pendidikan anak dari sekarang. dan berdasarkan pengalaman, IM menyarankan pada anak-anak IM supaya menghantar cucu IM kelak ke sekolah agama yang jitu pengajian Islamnya.

mak chaq,
betul sesangat tu. misi pertama IM sekarang ini sebelum berakhir kemampuan bekerja ialah melunaskan semua jenis hutang yang IM tanggung sejak dari anak bersekolah.

IM dapat rasakan kehidupan IM yang berselerak sekarang ini antara sebabnya ialah kerana banyak berhutang.

Anonymous berkata...

Hmm.. sekadar terfikir.. bagaimana wang ptptn itu digunakan oleh anak-anak kita? Unt makan minum, hal2 pelajaran etc.. atau turut digunakan unt beli hp baru, rokok, belanja gf/bf, enjoy2... etc... Maka, bg sy.. mereka mesti bertanggungjwb untuk membayarnya, bukan ibubapa yang mengambil alih tugas ini. Sekurang2nya mereka menjadi lebih bertanggungjwb. Sekadar pendapat shj.

insan_marhaen berkata...

pB,
Itulah realitinya yang terpaksa difikirkan oleh kita sebagai ibu bapa!

Tanpa nama,
Setahu IM, wang saku selepas ditolak dari kos pelajaran, tidak seberapa. Belanja harian makan dan sewa rumah di KL tidak cukup sebenarnya.

IM sedar sendiri bila IM ziarah Along di sana. Along tidak hisap rokok, tidak pandai gf, tidak pandai tengok wayang etc. Dia indoor person. IM percaya sebenarnya RM48K dari PTPTN itu disapu bersih oleh pihak atasan sebelum sampai ke tangan anak IM. IM tahu sebab buku akaun Along, IM boleh akses.

Inilah akbibatnya kalau pelajaran di perniagakan.

Red Panda berkata...

Coursemate saya dulu majoritinya chinese. Cuma ada sorang dua saja yang ambik pinjaman pelajaran. Yang lainnya ibu bapa yang tanggung walaupun depa cuma keja biasa-biasa. Kata kawan-kawan chinese saya, ibu bapa depa dah menabung atau ambik insurans sejak depa lahir.

Kunang-Kunang berkata...

Tak aper, adat berhutang kena bayar.

Anonymous berkata...

sepatutnya IM bearsyukur kerana anak dapat pinjaman penuh sedangkan kami hanya dapat sedikit sebab kononnya gaji banyak, oleh itu janganlah nak menyalahkan pihak atasan sapu bersih, berdosa jika tidak betul.Tengoklah krusus yang anak Im ambil mungkin menggunakan wang banyak sebab lebih kepada praktikal, Apa yang hairan bila pinjam bank dan beli benda lain tidak pula komplein. Moga2 bila tukar pemerintahan termakbullah PPTN dihapuskan tapi takut benda lain pula yang kena dibayar

Dinar berkata...

Harap PTPTN tak dijadikan sebagai biz...yang menangguk di air keruh..

insan_marhaen berkata...

red panda,
kawan Cina IM di sini pun ramai yang sara anak-anak mereka dengan duit sendiri. sanggup jual harta mereka semata kerana masa depan anak mereka.

kunang-kunang,
betul tu. sebab itu IM menanam azam untuk melunaskan semua hutang IM sebelum bersara dan membantu pula melunas seberapa banyak hutang ptptn anak-anak IM.

Tanpa nama,
betul tu. berdosa besar jika kita bercakap tanpa bukti yang sahih.

anak IM ambil kursus IT saja.

dan memang betul juga, kita sanggup berhabis wang untuk buat pinjaman kenderaan dan rumah mahal berbanding untuk anak.

merungut ti merungut juga tapi siapa yang mau dengar rungutan kita!

dinar,
itu yang IM perhatikan selama mengurus pengajian Along di IPTA!

Anonymous berkata...

Teringat kisah adik yang ada anak lima dan seorang darinya cacat. Dgn gaji yg tak seberapa itu dihantar juga anak2 ke ipta dgn wang sendiri. Sbnya x mau ank terhutang. Tidak mewah tapi alhamdulillah berkat kerana dlm serba kekurangan, anak2 di ipta tu semuanya mendapat anugerah dekan. Itulah rahsia berkat. Saya sering ambil kisah ini sbg iktibar.

Anonymous berkata...

salam.
hutang mesti bayar,bila anak dah sign kita dah tahu peraturannya kenapa bila dah habis belajar dah kerja baru fikir bebannya..kita patutnya ajar anak kita dari segi islam bila berhutang wajib bayar..s

insan_marhaen berkata...

Tanpa Nama,
Memang, apapun yang terbaik ialah jangan berhutang sekalipun hutang budi.

Tanpa nama,
Betul tu. Bila berhutang, kena bayar. IM selalu peringat anak IM begitu. kalau tidak hidup tidak berkat.

Sekarang ini yang baru fikir beban ini bukan anak IM tapi saya sendiri. Dan rasa bersalah itu adalah diri IM sendiri!

Anak IM tak tahu apa-apa kerana dia belum tempuh apa yang IM tempuh.

Hebat ya kalau ada satu kerajaan yang boleh memikirkan untuk memberi pendidikan dan kesihatan yang percuma atau setidaknya yang berpatutan untuk rakyatnya, kan!

Anonymous berkata...

Kalau nak tau, Kanada merupakan negara yang menydiakan kemudahan kesihatan percuma serta yuran pendidikan universiti yang paling minima. Org tua tua pula kalau tak mau duduk di rumah boleh duduk di kediaman org2 tua yang sangat selesa. Percuma dan ada kakitangan kesihatan yang memantau kesihatan mereka. Muga muga Malaysia begitu satu hari nanti. Tapi cukai pendapatan mereka sangat tinggi dan tak ada subsidi.

najwamz berkata...

assalam IM.. nice entry :)
semoga Allah mendengar doa rakyat Malaysia yg sudah lama tertindas atas segala penipuan selama lebih 50 thn ini.. This is the time to change!
Kerajaan mampu tangung pembiayaan peruntukan pendidikan percuma jika tidak membazir :) keterangan tntg peruntukan tambahan pendidikan percuma di sini :)
http://shamsuliskandar.wordpress.com/2012/04/22/5-rangka-dasar-pendidikan-percuma-pengarah-strategi-keadilan/

:)

n@jwamz berkata...

this my link, sori typo error
http://najwamz.blogspot.com

Anonymous berkata...

Hi, was just going through the google looking for good info and stumbled across your website. I am stunned at the design that you've on this site. It shows how you appreciate this subject.
HTTP://www.KneeNeckBackPain.com/

Anonymous berkata...

It was a excitement locating your site yesterday. I came here right hoping to learn something new. And I was not dissatisfied. Your well thought out ideas for new events like this. Thank you for this idea and sharing your knowledge.