Halaman

Selasa, 1 Mei 2012

Tanpa Nama


Dalam-banyak entri yang telah aku muatkan ke dalam blog bilis aku ini, posting Alahai PTPTN mendapat respon paling ramai dari Tanpa Nama. Kegembiraan pertama aku bila merasai suasana begini ialah entri aku kali ini berjaya menarik komen yang sedikit kontra. Yang mengemukakan identiti diri selalunya memberi pandangan berpihak pada entri dan yang bersembunyi di sebalik Tanpa Nama selalunya memiliki pandangan yang agak opposisi tetapi masih cuba menulis tanpa pengaruh emosi. 

Aku menanti suasana begini sebenarnya. Aku menghormati pandangan orang lain disamping berharap orang lain juga menghormati pandangan aku. Dengan wacana begini kita akan dapat mengembangluaskan lagi skop pemikiran kita.

Sebelum ini bukan tidak ada entriku yang diterjah secara negatif oleh Tanpa Nama. Malah pernah satu masa itu kerana keras terjahannya membuat aku fobia untuk mengetuk papan kekunci selama seminggu. Beberapa orang kawan memberi cadangan apabila aku melahirkan perasaan aku itu; Hang delete ajelah komen dia.

"Tidak," jawapku, "Aku seboleh-bolehnya tidak mahu memadam apa saja jenis komen terhadap tulisan aku kecuali yang menempek iklan merapu. Aku memegang prinsip adab-adab berblogging yakni kita perlu bertanggungjawap atas apa yang  kita tulis. Mendengar apa saja komen balas dari pembaca dan seboleh-bolehnya menjawap secara rasional dan fakta jika mampu. Kalau tak mampu, diam lebih baik!"

Tapi itu sebenarnya bergantung juga setahap mana kekuatan mental dan rohani seseorang penulis juga. Pada aku yang dah biasa disindir depan orang ramai, dimarah oleh boss, berdepan dengan SB dan mahkamah malah di sembur dengan gas pemedih mata; mempunyai sedikit kekuatan dalaman untuk mengharungi itu semua.

Yang penting ialah hati kita ikhlas, terbuka dan kuat pergantungan pada Allah. Alah... sikit je. Baru takat di komen secara kontra takkan nak melatah, betul dak?

12 ulasan:

kakcik berkata...

Mereka yang meninggalkan komen dengan tidak meletakkan identiti adalah mereka yang berani. Berani melontar batu tapi kemudian cepat2 menyembunyikan tangan. :)

nyanyisunyi berkata...

Assalamualikum IM..
apakhabar..lama sungguh sy tak kesini...banyak sgt hal yg berlaku...

mungkin ada sebab yg buat mereka tidak meletak nama bila meninggalkan komen..tapi yg penting mereka mahu juga beri komen walaupun tak berani meninggalkan jejak..

Anonymous berkata...

Tak pelah tak letak nama. Bukan komen yang negatif pun. Bahasa pun molek molek belaka.

S..U..D..@..I..S berkata...

Biarlah nak letak nama ke tak yg penting IM tetap menulis dengan gaya sendiri

shahirahkhairudin berkata...

setuju dengan IM. sebagai blogger kita perlu bertanggungjawab dengan apa yang kita tulis.

dan juga berani menerima kecaman dari readers. bukan sepanjang masa orang akan sependapat dan sealiran dengan kita kan. bosan juga hidup kalau macam tu.

amboi IM. dalam usia semacam ini masih gigih ber-rally. hihi.

insan_marhaen berkata...

kakcik,
It is ok to IM.

nyanyisunyi,
Memang benar komen mereka juga amat berguna walaupun kita tidak tahu siapa.

Melalui Tanpa Nama, mereka boleh meluahkan pandangan mereka secara lebih jujur dari hati mereka.

Tanpa Nama,
SO far memang ok. Dan IM pun menghargai pandangan mereka. Singgah dan komenlah lagi ye..

Sud@is,
Memang gaya sendiri. Tak reti nak ciplak gaya orang lain.

shahirahkhairudin,
Ada yang lagi tua dari IM dan perempuan pula tu. Yang berkerusi roda dan berkaki satu pun ada.

Itu semua kerana memikir nasib generasi kita akan datang. Macam tok nenek kita dulu demo untuk tentang Malayan Union!

Dinar berkata...

Kagum...pada orang yang rela turun padang menyatakan kebenaran. Entri IM yang ni mengingatkan saya kepada ceramah mubaligh dari khasmir yang menceritakan jihad yang ditempuhi orang muslim di sana...intinya: "Berjihad dari bilik berhawa dingin tidak pernah akan sama dengan perjuangan/jihad di medan realiti"

Anonymous berkata...

salam,
tak letak namapun takpa,janji tak guna bahasa yang kesat dan menuduh sesama islam anjingkan..sebenarnya dua2 pun tak menang tp orang luar yg suka melihat negara kita hura-hara yg menang....saya rasa negara jiran kita singapura pun tak sebebas ini nak meluahkan perasaan marah kepada pemimpin mereka...

Kamsiah berkata...

salam
bg saya pulak,anoy tu 'penakut,pengecut'....kenapa mesti sembunyikan identiti...pro atau kontra pendapat dlm sesuatu isu adalah normal...adakah takut dihentam oleh blogger lain yg tak sependapat...bg saya,kalau berani meluahkan pendapat,beranilah pualk menangungnya

akak roosni berkata...

salam,
bahasa jiwa bangsa....gunakan bahasa yang lemah lembut utk memberi komen...

insan_marhaen berkata...

Dinar,
Kita boleh memberi sumbangan dalam pelbagai bentuk mengikut kemampuan. Kalau dari dalam bilik berhawadingin tetapi untuk menulis memberi semangat dan info, pun boleh kira bersama juga.

Tanpa Nama,
Bukan saja sesama Islam malah menuduh orang bukan Islam itu anjing juga tak boleh kecuali jika terbukti perangainya itu lebih rendah martabatnya.

Dan lagi, jika sampai menggunakan kata-kata kesat, IM bimbang itu sudah terikut nafsu amarah.

Kamsiah,
Bagi IM, tak mengapa jika sipolan menggunakan Anoy. Terpulang pada individu itu sendiri. Asalkan jangan isi komennya itu mengikut perasaan yang keterlaluan.

kita berdebat atas fakta dan realiti.

akak roosni,
Macam A Samad Said, ya...

Mohd Sukur Ibrahim berkata...

pertama sekali...terima kasih IM rasa satu penghargaan, IM letak blog saya di side....
ttg entry ini saya rasa semua yang nak luahkan pendapat perlu secara bertamadun hahahaha...tetttttt...