Halaman

Ahad, 20 Mei 2012

Di Hurung Semut

Dari semalam aku bercadang untuk pergi kerja demi menghabiskan tugasan yang terbengkalai tapi nampaknya tak jadilah. Akhmal tiba-tiba tadi mengadu hujung jari kakinya yang tercedera itu di hurung semut. 

Sebelum ini pun begitu juga. Semalam saja aku punggah semua tilam dan bantalnya. Basuh dan jemur. Lap katil dan vakum lantai serta karpet. Hari ini semut itu hurung lagi.

Aku teringat pesan Angah beberapa hari lalu supaya meletakkan kaki katil ke dalam bekas berisi air. Hari ini, itulah kerja yang aku buat. Sesekali kedengaran batuk ibu_suri yang berkali-kali. Ajak ke hospital, ibu_suri tak mahu. Takut kena tahan di wad, katanya.

Selang seli dalam menjaga Angah dan ibu_suri aku sempat curi-curi masa membaca blog. Aku amat menunggu berita tentang ceramah Ustaz Azhar Idrus di Padang Kota Lama malam tadi. Kalau di Gurun, Kedah malam sebelum itu dianggar kira-kira 30 ribu yang hadir; di sini aku agak jumlahnya lebihkurang sama..

Aku sendirpun kalau berkesempatan ingin pergi dengar sama. Tapi aku lebih diperlukan di rumah ini. Di sisi mereka ini. Cukuplah sekadar menonton beberapa klip video yang dimuatnaik ke YouTube seperti di sini dan berita bergambar yang dimuatnaik ke blog antaranya di sini


Aku harap suasana ini akan dapat menjawap tanggapan dari beberapa orang rakan sekerjaku yang semasa tiba Di PRU 12 lalu, DAP menang mutlak di Pulau Pinang dan layak menerajui kepimpinan Kerajaan Negeri;  mereka datang berjumpa aku di kafetaria dengan menepuk meja;

" Haa... puas hati hangpa!! Cina kapiaq dah perintah tempat kita. Alamat la sikit hari di surau kita, azan pun tak boleh. Silap haribulan, dengan kita-kita pun hancur!"

Sebenarnya dalam hidup ini yang perlu kuat dan hebat adalah pemikiran kita. Jangan terlalu sangat ikut emosi dan cakap-cakap orang. Berfikir dengan realistik dan terbuka. Pendekata, jangan biarkan minda kita usang  dengan emosi hingga di hurung semut!

12 ulasan:

kakcik berkata...

kakcik malas nak bercakap pasal politik secara terbuka kerana bimbang tercetusnya sengketa...

Kamsiah berkata...

sejuk hati meliaht pemandangan sebegitu....sapa kata ceramah agama tak mendapat sambutan...

NzA berkata...

alangkah bagus jika dimana2 kita melihat situasi ini.....

abu muaz berkata...

maaf sekadar pandangan,
DAP tu kapiaq,
MCA tu kopiah ke?

siti murni berkata...

salam IM,

UAI di Padang Kota Lama semalam. saya pun tak berkesempatan nak pi..keadaan kesihatan tak mengizinkan. Nanti layan clip kat youtube sajalah jawab nya.

insan_marhaen berkata...

kak cik,
betul tu. kat kampung pun IM cuba elak bercakap soal politik sesama adik beradik sebab kebanyakan adik perempuan IM termasuk mak... tak sama bendera dengan IM dan adik-adik lelaki!

kamsiah,
trend generasi muda sekarang ini IM tengok agak positif dengan agama. Kat surau tempat kerja IM sekarang ini ramai anak muda bersembahyang hingga kekadang surau penuh.

NzA,
Sesama kita harmonikan suasana ini. Dan jangan lupa kepada generasi yang bermasalah seperti anak IM>

abu muaz,
he..he..he..

siti murni,
lama tak datang ke blog IM? belum banyak lagi klip video ceramah UAI di youtube.

Granny Hani berkata...

Semoga Tuhan berikan IM kesihatan yg baik untuk teruskan berbakti kepada keluarga..

S..U..D..@..I..S berkata...

ya setuju , pandangan mata yang tidak menipu....

LadyBird berkata...

salam uncle.. kenapa dengan kaki Akhmal?

insan_marhaen berkata...

Hani,
Tkasih atas doa. Muga hani juga tabah dalam mendepani liku liku hidup.

sud@is,
sebenarnya, pandangan hati kecil lebih tulus dan jujur.

Ladybird,
Akhmal kemalangan motor. Pendekata, itulah akibatnya kalau bawa laju.

aku HIV positif berkata...

"Pendekata, jangan biarkan minda kita usang dengan emosi hingga di hurung semut!"
mahal ni IM, t kasih.

walaupun dh lewat, selamat hari lahir yang ke 52.
moga bahagia dunia akhirat

makchaq berkata...

Sekarang ni memang kesedaran agama lebih tinggi kalau dibanding dengan masa kita dulu.... Alhamdulillah

Pujuk la ibu_suri pi klinik, takut melarat nanti...