Halaman

Isnin, 28 Mei 2012

Syukur Sahajalah!

Baru balik dari membawa ibu_suri dan Akhmal bersiar-siar. Kali ini aku bawa mereka ke Kulim dalam hujan lebat. Singgah makan di restoran kari kepala ikan tak jauh dari stesyen Shell. Bernyanyi riang ibu_suri di dalam kereta. Sesekali 'bergaduh' dengan Akhmal yang asyik memegang kakinya yang bersimen. "Lenguh!" rungutnya.

kredit
Terima kasih pada Angah yang sudi membantu aku menyelesaikan sebahagian dari masalah kewanganku walaupun tak seberapa. Pernah aku beritahu blogger JH bahawa alangkah baiknya kalau aku punyai lebih ramai anak daripada sekadar 3 orang ini (aku dulu bercita-cita punyai anak seramai 5 orang). Namun balas JH; "Kalau ada ramai pun tapi menyemak kepala; lebih baiklah yang sikit ini. Tuhan itu lebih tahu apa yang baik untuk kita," pujuk JH.

Ya tak ya! Seperti tidak mahu bersyukur dan redha dengan apa yang Tuhan anugerahkan pada aku ini!

11 ulasan:

Intan SRM berkata...

salam
hanya Allah yang tahu yang terbaik buat kita
mungkin pahit waktu ini
namun manis suatu masa nanti.
Allah juga telah menetapkan setiap anak itu ada rezekinya, kan Saudara IM?

Firman Allah SWT (MAKSUDNYA)

Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana kepapaan, (sebenarnya) Kamilah yang memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka.
(Surah al-An’am: 151)

Deru Ombak berkata...

Assalamualaikum IM

Syukur sahajalah.. :)

kakcik berkata...

Allah sentiasa tahu apa yang terbaik buat kita, IM.

insan_marhaen berkata...

intan SRM,
Tkasih atas nas yang diberikan. Tak semena IM mendapat sedikit motivasi dari situ.

deru ombak,
ya lah... bersyukur atas apa yang Tuhan berikan itu sebahagian dari cara mengurangkan stress juga.

kak cik,
ya.. itulah yang dimaksudkan 'hikmah'. kita hanya merancang, Allah menentukan segalanya.

S..U..D..@..I..S berkata...

plan yg baik utk hamba2nya

makchaq berkata...

Betui IM,
Kita kena selalu bersyukur, redha dan jangan putus asa..

Kalau tak diduga mungkin kita jadi alpa..

salam makchaq untuk ibu_suri, suka menyanyi rupanya dia...

Kamsiah berkata...

ya..semalam hujan lebat..alhamdulillah setelah beberapa hari bagaikan cacing kepanasan...mmg betul2 panas...

bersyukurlah dgn apa yg kita ada,kerana ramai lagi pasangan yg tidak berpeluang menjadi 'ibubapa'...

insan_marhaen berkata...

SUD@IS,
ya... Allah sebaik-baik perancang.

mak chaq,
ibu_suri terikut stail IM..he..he..

kamsiah,
betul tu. malah ada yang lansung belum dapat jodoh walaupun teringin sangat.

IM beberapa kali diminta untuk mencarikan jodoh untuk mereka tapi IM tolak kerana pengalaman mengajar segalanya.

siti murni berkata...

semalam hujan lebat benar..siap angin kuat lagi..nasib baik sampai awal dari SP.

Macammanapun..syukur alhamdulillah kan..setuju jugak kata2 tu..anak2 yg ramai pun belum tentu semuanya dapat menyenangkan hati ibu bapa...

LadyBird berkata...

uncle.. andai anak ramai tp masing2 mengharapkan antr satu sama lain, tp last2 semua x bg.. itu lagi menyedihkan.. baik sikit drp banyak.. wat sakit hati..

insan_marhaen berkata...

sitimurni,
bila hujan lebat IM selalu risau bumbung rumah IM ditiup angin.

ladybird,
berapa dan bagaiman yang tuhan bagi, terima ajelah..