Halaman

Ahad, 24 Jun 2012

Aku HIV Positif

Sewaktu dalam perjalanan balik dari mengambil stok baru ubat psikiatrik untuk ibu_suri Khamis lepas, aku terpandang nombor plet kereta ini;


Ingatan aku segera sampai kepada blog Aku HIV Positif (AHP). Aku kurang ingat sejak bila aku mengikuti blog beliau tapi sejak pertemuan pertama itu aku memang tidak lepas peluang dari menziarahi beliau bila saja ada peluang.

Isinya memang berat dan aku selalunya tak mampu untuk membaca semua isi penulisan beliau namun atas nama sokongan moral, aku tetap beri komen semampu boleh.

Aku tabik pada usaha gigih beliau. Sekarang ini beliau giat menggembeling tenaga untuk mengaktifkan POSITIVE WARRIORS SUPPORTER GROUP. Bersama beliau adalah anaknya Anonymous One (AO) yang selalu membantunya dalam penulisan.

Kalian boleh ikuti tulisan beliau yang aku pautkan di ruang sisipan Blog Istimewa ini. Muga-muga usaha-usaha beliau menjadi pemangkin kepada kita yang masih sempurna kesihatan tubuh ini tetapi masih sikit dalam memberi sumbangan kepada beruntungan masyarakat.

8 ulasan:

kakcik berkata...

Sesekali kakcik singgah juga ke blog itu. :)

Murni Alfathunnisa berkata...

Nanti nak pergi blog tu..

LadyBird berkata...

dlu2 lady pergi jugak kat blog tu uncle im.. tp skrg dh lama x pergi.. huhuhu.. jap gi lady gi.. insyaAllah..

Kunang-Kunang berkata...

Salam IM,

Saya selalu perasan tajuk blog ni, tapi tak tergerak dihati untuk singgah sebab saya sangka ianya hanyalah sebuah tajuk.

InsyaAllah nanti nak singgah juga rasanya.

insan_marhaen berkata...

kakcik,
baguslah. kita patut sokong orang-orang yang gigih seperti beliau.

murni,
IM amat alu-alukan. jangan lupa tinggal komen.

ladybird,
AHP memang jarang-jarang ziarah blog orang lain dan beri komen. dia sibuk dengan kesihatan dirinya dan orang lain juga.

kunang-kunang,
elok singgah demi mendapatkan semangat dari kesungguhan beliau, memahami masaalah HIV dan yang lenih utama memberinya peransang.

NoorVictory berkata...

Saya sangat respect org yg memikirkan kebajikan org lain.;)

Semoga Allah permudahkan urusan beliau dunia akhirat.

ummu berkata...

salam saudara IM
he he ni memang ingatan kuat kepada shaabt blogger ni.kat pahang ni takde jumpa lagi Plat AHP.

aku HIV positif berkata...

Hanya doa kesejahteraan dunia akhirat untuk IM sekeluarga yang mampu saya berikan.

sangat terharu. saya akui jarang berkesempatan ziarah blog-blog lain atas faktor masa.