Isnin, 18 Jun 2012

Anak Emas


Itu bukan cek milik aku tapi milik Dhiya Marissa, cucu kesayangan ibu_suri.

Kerajaan Pulau Pinang melalui projek Anak Emas telah menaikkan imbuhan dari RM100 sebelum ini kepada RM200 tahun ini bagi setiap anak yang lahir di tahun tersebut.

Untungkan jika mempunyai kerajaan yang begitu kreatif dalam memberi keselesaan hidup rakyat di bawahnya.

Ada satu lagi program untuk OKU imbuhan RM100 setahun. Semasa singgah di Pusat ADUN Penanti aku sempat bertanyakan hal ini.

"Encik kena bertanya ke Jabatan Kebajikan Masyarakat kerana imbuhan ini disalurkan melalui JKM."

"Saya selalu pergi JKM tapi depa tak pernah beritahu pun. Mereka cuma bagi bantuan bulanan persekutuan RM150 untuk ibu_suri sahaja. Untuk Akhmal hanya akan menerima RM300 jika dia bekerja. Kalau tak bekerja tak dapat apa."

"Cuba encik pergi bertanya sekali lagi. Jika mereka tak beri baru encik datang buat aduan di sini. Sepatutnya mereka bagi."

Rasa seperti ada yang tak kena!

7 ulasan:

kakcik berkata...

Bila kita senyap, apa yang sepatutnya kita dapat mungkin akan lesap. :(

shahirahkhairudin berkata...

tanya dulu IM. kalau ada yang tak kena, laporkan saja. yang jadi hak, tak salah kalau kita nak tuntut kan.

makchaq berkata...

Kalau dapat sekurang2nya dptlah mengurangkan sedikit beban..

Deru Ombak berkata...

Happy for you IM :)

Kunang-Kunang berkata...

Salam IM,

Alhamdulillah ada juga bantuan pada yang memerlukan.

Semoga IM mendapat apa yang sepatutnya dapat.

Maiyah berkata...

salam..
sy dah mls nk ke jkm

ruhayubahuri berkata...

ialah bila dah suka apa orang bagi semua puji walaupun sekali beri, sedangkan ibu suri sentiasa dapat bantuan tak pulak bersyukur ditambahi dengan ubat percuma, cuba pergi swasta tak ke pening nak bayar duit bii.