Isnin, 4 Jun 2012

Bahrulmazi

Tahu Bahrul Mazi? Aku pun hanya biasa dengar sejak mengikuti ceramah Ustaz Shamsuri satu ketika dulu. Dengar saja, tak pernah baca apatah lagi memiliki kitab itu.

Aku agak dari situlah ilham sipemilik ini menamakan bangunannya. Tentu sekali tuanpunya bangunan ini seorang yang hebat. 


Aku terserempak ketika balik dari kedai TM bersebelahan Restoran Kapitan, Bandar Perda. Wisma Bahrulmazi ini terletak di seberang jalan. Yang lebih menarik perhatianku ialah kata-kata yang tertulis di bawah papantanda;

"Kucari damai di Baitullah."

Sekali imbas macam sajak ciptaan Tun Abdullah Ahmad Badawi semasa dia membawa konsep Islam Hadari di zamannya sebagai PM.

Sekarang ini aku semakin kerap melihat orang-orang Islam mampu menyewa bangunan besar seperti ini untuk perniagaan. Dan tak ketinggalan sesetengahnya membeli bangunan seluruh tingkat seperti Wisma Bahrulmazi ini. 

Di Pekan Penanti tak jauh dari rumahku juga begitu. Tak kiralah samada dia itu Melayu, Mamak atau Benggali Karpet asalkan Islam, aku tumpang berbangga!

7 ulasan:

shahirahkhairudin berkata...

seronok tengok saudara kita berjaya kan IM.

hrusli61 berkata...

Kitab بحر الماذي “ Bahrul Madzi “ adalah merupakan salah-satu kitab hadis yang terulung di dalam bahasa Melayu kita. Ianya merupakan ringkasan kepada kitab hadis yang terkenal SUNAN TURMUDZI ataupun nama lengkapnya “ AL-JAMI’ AL-MUKHTASAR MIN SUNAN ‘AN RASULILLAH SAW “ yang diusahakan oleh Al-Imam Al-Kabir Al-Muhaddis Muhammad ‘Isa At-Turmudzi (rh).

Werdah berkata...

Assalamu'alaikum IM

Kak juga belum pernah melihat kitab tu, cuma dengar daripada ceramah ustaz-ustaz je.

Kunang-Kunang berkata...

Salam IM

Bahrulmazi sebuah syarikat pelancongan rasaya. Tak taulah kalau2 mereka ada perniagaan lain.

Ketika kak ani sekeluarga menunaikan umrah 2 tahun lepas kak ani pergi melalui syarikat Bahrulmazi ni. Alhamdulillah semua berjalan sebagaimana dirancang. Hotel pun kira2 80 meter saja dari Masjidilharam (cerita 2 tahun lalu).

S..U..D..@..I..S berkata...

Bahrulmahzi, ingat ustaz shmsuri dengan kaset dalm kereta....

siti murni berkata...

Owh..Bahrulmazi ni kat Bandar Perda. Syarikat travel & tours ni, IM kan..?
Mesti diorang buat pakej umrah & ziarah ni...sesuai dengan ayat kat papan tanda yang IM bagitau tu..

Temuk berkata...

As-salam IM
Yang dipaparkan itu syarikat pelancongankah, IM? Kali pertama mendengar nama kitab Bahrulmazi tu. Kalau tunggu inisiatif sendiri, entah bilalah boleh membacanya untuk nak tahu isinya. Harapkan ceramah-ceramah para ustaz sajalah nampaknya.