Halaman

Selasa, 19 Jun 2012

Bila Dah Ada I-Phone

Ntah kenapa aku tak berapa fit hari ini. Pergerakan rukuk dan sujudku semasa solat Dhuha terasa berat.

Bila masuk waktu Zohor, aku yang selalunya diminta mengimami saf-saf jamaah di surau tempat kerja terasa ingin menjadi makmum saja. Aku perhatikan generasi baru yang aku kira ramai yang berkebolehan untuk di kehadapankan. Aku pujuk Farid G. Dan tak banyak menolak pun dia lalu terus menjadi imam.

Aku terasa selesa di belakang. Berat tanggungjawap menjadi imam ni, sebenarnya. Sementelah aku yang sudah berumur hendak menjaga rentak makmum yang berbagai usia dan tenaga. Ada yang perlahan dan ada yang cepat.

Selesai Zohor aku bersalaman dengan Farid G.

" Tadi gambar yang hang hantar dalam emel tu hang ambil dari buku kat surau ke?"

"Ya..ya..."

klik pada imej untuk lebih jelas

"Hmmm... bagus artikel tu. Saya nak ambil bubuh dalam facebook atau blog saya, boleh ke?"

"Eh, silakan... Itu hak kita semua!"

"Inilah bagusnya ya bila ada i-phone yang canggih kameranya ni, ya! Boleh ambil gambar bila-bila masa saja dan hantar ke internet dan dan tu juga."

"Ha...la..."

"Baguslah gitu. Gunakan teknologi secara yang berfaedah. Jangan dok merapu jer..."

Melihat generasi baru yang semakin ramai di lokasi kerja aku memberi petunjuk bahawa akan semakin ramai generasi aku akan tamat tempoh bekerja. Melihat generasi baru ini juga mengingatkan aku pada anak-anakku yang sebenarnya segagan dengan mereka juga. Yang akan menggantikan aku untuk meneruskan kesinambungan perjuanganku hidup di dunia!

Yang lama akan pergi. Yang baru pula mengganti. Begitulah fitrah Alam!

16 ulasan:

Deru Ombak berkata...

Assalamualaikum IM..

Sesungguhnya fitrah alam.

Yang muda Akan jadi jadi tua. **bersara
Yang muda selama ini sebagai pemangkin,biarlah mereka pula mengmbil alih tugas, supaya kita yang tua dapt berehat sambil menambah bekal untuk kesana nanti. :)

kakcik berkata...

Alangkah bagusnya bila semua anak muda tahu menggunakan kemudahan teknologi untuk perkara yang berfaedah saja.

Kunang-Kunang berkata...

IM,

Begitulah putaran hidup. Tak ada yg kekal.

insan_marhaen berkata...

deru ombak,
seperti mak dan bapa kita dulu ya..

kakcik,
sepatutnya begitu. kemodenan tidak salah jika digunakan untuk kebaikan.

kunang-kunang,
bagaimanalah agaknya bila sampai masa kita kena 'pergi' ya!

S..U..D..@..I..S berkata...

patah tumbuh hilang berganti...cuma beri laluan

Dinar berkata...

sungguh indah ciptaanNYA, kita lalui putaran ini smoothly tanpa kita sedari...

pB berkata...

semoga yang muda terus menghormati yang 'veteran'

LadyBird berkata...

nanti generasi kami akan menjadi tunjang belakang negara.. mampukah kami menjadi yg terbaik untuk generasi seterusnya???? :(

Murni Alfathunnisa berkata...

Gunakan teknologi & aplikasi ke jalan yang baik..banyak pahala nya..:) saham yang kita tak nampak bila orang lain turut hebahkan setiap yang kita kongsi..terutama sekali ilmu2 agama ;-)

insan_marhaen berkata...

sud@is,
memang kena beri laluan kerana kita semakin tidak mampu..

dinar,
ya... memang tanpa kita sedari kita semakin tua dan yang kecil semakin dewasa.

pB,
memang pun. mereka amat menghormati IM.

LadyBird,
mau tidak mahu generasi baru mesti pikul amanah dari waris dahulu untuk kesinambungan generasi akan datang pula.

siti murni,
selagi mana ianya diguna untuk kebaikan insyaAllah.. pahala menanti!

AZNI BINTI MAT ISA berkata...

Asalamualaikum IM,
Semakin menginjak usia semakin kecil..dan kecil...dan mengecil perasaan pada dunia. Kita mulai memandang kehidupan dari sudut berbeza dan mudah pula bergenang air mata untuk kehidupan kini dan lalu.

Selamat berikhlas hati. Teruskan ukhwah.

ujang kutik berkata...

Sdr IM,

Kata bijak pandai,"Usia tua adalah penyakit yang tidak dapat diubati."

NzA berkata...

generasi baru amat bruntung krn disekeliling mereka ada berbagai teknologi canggih......bila-bila masa je mereka mampu mendapat maklmat terkini dan dapat menilai sesuatu dengan lebih tepat....

Maiyah berkata...

bila tgk org lain pkai rsa nk bli je tp pikir blik pkai je la apa yg ada hehe

Temuk berkata...

Masalahnya, ada juga golongan "senior" yang beranggapan golongan "junior" tidak cukup pengalaman dan kemampuan. Lalu mereka kata, mereka tak boleh turun. Kalau turun pun mereka tetap mahu mondar mandir di situ, menjadikan golongan muda resah, serba salah, dan payah bergerak mengikut kreativiti mereka sendiri.

makchaq berkata...

Baguslah dah ada pelapis imam...boleh lah orang lama berehat sekali sekala

Teknologi dicipta utk kebaikkan, kena hati2 jgn tersalah arah...