Ahad, 3 Jun 2012

Dhuha

Selepas hantar Wira untuk servis, aku ke pekan Bukit Mertajam. Terasa ingin rileks sekejap sambil makan roti canai dan minum Radik di Restoran Nasi Kandar Popular. Dekat situ ada kedai cuci kereta. Boleh lah sesambil itu hantar kereta untuk cuci luar, dalam dan enjin.

Seperti kereta, hidup ini juga kena selalu di servis. Paling mustahak di servis ialah jiwa nurani. Jika jiwa kita kuat, insyaAllah jasad juga akan kuat. Jika jiwa kita pengecut, badan besar mana pun; tenaga segagah mana pun; duit setinggi gunung pun akan terjun bangunan juga jika jiwa terlalu tertekan.

Aku mutakhir ini kerap melakukan solat Dhuha. Aku percaya solat Dhuha mampu memberi ketenangan hati dan jiwa yang akhirnya akan dapat membina cara fikir yang baik dan tahan lasak. Solat Dhuha juga akan mampu mengubah cara hidup dan melapangkan rezeki dan lorong kehidupan.

ihsan dari facebooker  Rusli Hashim
Cumanya mutakhir ini pula aku jarang pergi riadah di tasik Mengkuang seperti selalu. Yalah... sejak kena hantar Akhmal ke klinik untuk dressing; masa santai aku menjadi pendek. Alhamdulillah, luka di kaki Akhmal semakin baik. Cuma tulang jarinya yang patah masih belum menampakkan perkembangan positif.

Kata Dr Hafiz Abdul Mayar di Kinik Ortho, Hospital Seberang Jaya; " Orang muda biasanya cepat sembuh luka mereka. Tapi lebih cepat sembuh jika tidak merokok. Awak merokok?"

Akhmal tersengih.

"Tulang yang patah memang lambat bercantum. Paling awal 6 bulan. Ada yang bertahun-tahun..."

Fuhh....!

9 ulasan:

Kunang-Kunang berkata...

Semoga istiqamah dlm apa saja yg dilakukan

ctpayong berkata...

dan Dhuha 2 rakaat itu juga mampu menjana qalbu yang kuat, insyaAllah.

siti murni berkata...

Moga Akhmal cepat sembuh. Insyaallah.

insan_marhaen berkata...

kunang-kunang,
muga-muga begitulah. bukan mudah untuk istiqamah, ya!

ctpayong,tepat. lebih hebat kalau ditambah dengan qiamullail. itu yang belum IM mampu lakukan.

siti murni,
insyaAllah, rasanya kan pulih bagai dulu.

aku HIV positif berkata...

saya mengaku mutakhir ini sgt culas solat dhuha sedangfkan jika diamalkan memang sgt terasa kelebihannya.
betapalah lemahnya iman...

jazakallah khier atas ingatan ini.moga akhmal segera sembuh.

ummu berkata...

assalamualaikum saudara
menatapi renteten perjalanan kehidupan saudara sejak pertama kali menemui blog saudara sekitar raya 2011,saya bagai memahami meski tidak seratus peratus.

saya cuba bayangkan coretan saudara dan kemudian kehidupan realiti suami saya yang menjaga saya yang bed ridden dan bayi yang baru saya lahirkan ketika itu.letih sebenarnya menjaga orang sakit ini kan.namun letih itu hilang kalau pesakit memberi senyuman kpd si penjaga,kan..

namun saya percaya, Allah tidak pernah menzalimi kita. Allah terlalu kasih dan sayang kepada hambaNya.ops panjang berjela pula saya menulis komen.saya dah delet sebahagian komen saya.sesekali dapat tinggalkan komen dek masa yang sedikit ini..

jom kita solat sunat dhuha selalu.inshaallah bukankah Allah telah berfirman yang maksudnya di dalam surah Al- Baqarah ayat 45 & 46.

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk; (Iaitu) mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka, dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya.

Syahazli berkata...

IM, mungkin ini masanya untuk Akhmal merenung masa lepasnya dan juga masa depan yang igin dipilihnya, apa yang terjadi dan masa yang diberi mungkin satu petunjuk dari Nya............

insan_marhaen berkata...

ahp,
sesama kita saling ingat memperingati.

ummu,
memang betul. hilang rasa letih jika yang dijaga menghargai dan memahami keletihan yang menjaga.

tyerima kasih kerana menjadi silent readee IM selama ini.

syahzli,
lama tak dengar berita. tk atas doa kepada akhmal.

aznimatisa berkata...

Assalamualaikum IM,

Setuju dengan kata-kata mu itu ><