Jumaat, 22 Jun 2012

Kuih Bom

Stok ubat Psikiatrik untuk ibu_suri dah nak habis. Aku minta permisi dari bos di waktu rehat makan tengahari untuk pergi Hospital Besar Pulau Pinang. Itu yang bestnya kerja kat Renesas ni. Keluar 2-3 jam untuk urus hal-hal peribadi dibolehkan.

Parkir tak sesendat selalu. Sampai saja dah ada parkir kosong. Macam tak percaya pula.


Kat lobi hospital, seperti selalunya ada pameran kesihatan. Tapi aku tak perasan tema apa pula kali ni. Aku terus aje ke bilik Farmasi.


Beratur untuk ambil nombor giliran juga tak lama. Yang lama ialah menunggu ubat disediakan. 16 orang lagi tu... Ting! tong! nombor aku tak juga naik naik. Mengantuk pula rasanya.


walaupun tak ramai orang hari ni tapi masih ada macam-macam pesen orang yang datang. Yang ni, nak ambil ubat pun pakai seksi! Hu... tapi jangan cepat buat telahan. Pernah semasa bawa ibu_suri berjumpa doktor pakar, aku terjumpa perempuan yang lawa dan lebih seksi pakaiannya. Rupanya dia itu punyai sindrom macam ibu_suri juga.


Terasa nak buang air. Elok juga tu sementara menunggu. Balik nanti tak perlu singgah dah. Aku suka guna tandas mangkuk tapi tu dialah.... pintu tandas pun tak ada. Beginilah budaya vandalisma masyarakat kita.


Aku masih ingat pesan ibu_suri suruh beli kuih bom. Macam mana rupa kuih bom ni..jenuh aku fikirkan. Macam bom tangan ke? Atau macam bom meriam? Setahu aku tempat yang ada banyak kedai makan ada di tepi jalan depan hospital ni.


Aku agak di sini mungkin ada kuih bom. Ushar punya ushar... teringat aku dan ibu_suri pernah singgah beli kuih di sini. Tapi tak nampak pun kuih yang ala-ala bom!


Last-last aku beli yang ni. Aku memang dah biasa makan tengahari dengan kuih aje.


Dan tengok ni. Aku pesan kopi Radik tarik, dia bagi teh tarik. Apa punya turrr....



 "Abang, sori bang. Nak tukar ke?"

Aku bagi isyarat tangan yang bermaksud tak apa. Aku malas nak banyak ragam. Pada aku, kita ni biarlah hidup simple je. Tak perlu marah-marah. Tak perlu banyak kerenah. Teh tarik pun ok perr.... Cuma selalunya kalau minum di kedai aku suka beli minuman paket je sebab rasanya standard. Teh tarik atau kopi buatan kedai ni selalunya tak tentu rasa. Kekadang terlalu manis. Kekadang kelat. 

Semasa balik semula ke kereta, terpandang pula papan iklan ni. Senyum sendirian aku bila mula memahami kenapa ada beza harga sewanya.


Dah 2.30 petang. Aku perlu balik semula ke tempat kerja. OTW balik, tertanya-tanya pula dalam hati, bila masa bangunan di sebelah kanan KOMTAR ni ni siap dibina?


Itu maknanya aku dah lama tak ronda-ronda dalam Bandaraya George atau Georgetown ni. Bandaraya yang baru diisytihar oleh UNESCO sebagai bandaraya bersejarah.

Sesekali terdetik di hatiku; begitu kuat pengaruh peninggalan penjajah hinggakan nama bandaraya pun masih belum ditukar walaupun sudah lebih 50 tahun merdeka. Ape cerrr.....?


12 ulasan:

Abd Razak berkata...

Subhanallah ramainya nak ambil ubat...

kakcik berkata...

Assalamu'alaikum IM.

Semoga kesihatan ibu_suri baik2 saja. Akhmal apa khabar?

Deru Ombak berkata...

Assalamualaikum IM

Yes! Hidup yang sempoi, xbanyak nak pikir yang bukan2,
Lalui hari2 dengan peka dan tenang.
Banyak bunyik pun perkara rutin tu tetap sama, lebih kurang. :)

faizah berkata...

kuih bom = cucur badak?

iBu...gUru berkata...

Assalamualaikum IM .....
saya pun malas nak ronda2 pulau. Last weekend teringin nak pekena beriani kapitan p juga. masa atas jambatan bangunan komtar hilang dari pandangan ........ penang jerebu...

S..U..D..@..I..S berkata...

mungkin pengurusan kat kaunter ubat dah sistematik kot....esok lusa kena kesana juga nmpaknya...

Red Panda berkata...

Sempat lagi IM ambik gambar ya hihihi.

AZNI BINTI MAT ISA berkata...

salam IM,
masa remaja dekni tolong arwah abah berniaga kuih Bom di jalan Cheras. Kuih Bom ni ialah cucur pisang yang di sukat guna senduk bulat besar,garing diluar, lembut halus tekstur pisang di dalam sebab guna potash.

Ibu n Abah berkata...

IM..
dengar paparan gambar belakang hospital Penang... hilang rindu akak sebab dulu mmg selalu cari sarapan pagi disini... ada macam2 makanan yang menepati selera...

Itu Aku berkata...

kadang2 tak larat menunggu,..
lama sangat

Murni Alfathunnisa berkata...

Kuih bom...erm, pada saya yang cekodok besar tu kot yang dipanggil kuih bom..tak pun onde-onde tak..?hehe...tau makan je saya ni...

IM, bangunan sebelah kanan komtar? Penang times square kot...shopping complex dan kondo kat atas..kalau tak silap lah.

LadyBird berkata...

dah lama x pergi hospital penang.. sgt2 lama..