Halaman

Ahad, 17 Jun 2012

Lelaki Berbaju Putih

Melibatkan diri di dalam proses memulihkan sesuatu tempat dari gangguan makhluk halus adalah pengalaman tambahan dalam hidup aku. Walaupun sebelum ini aku pernah melihat 'bomoh' yang mengubat ibu_suri atau Akhmal menyeru atau bercakap-cakap dengan 'perantara' tetapi yang ini lain sikit.


Sebaik saja sampai ke muka pintu lokasi, bulu roma aku terus terpacak. Di celah-celah kolar baju dan tepi telinga aku juga bukan main lagi ianya tegak berdiri. Mulanya aku ingatkan aku nak demam. Atau mungkin kerana kesan dari tekanan kerja. Tapi kemudiannya aku akui ini berkemungkinan kerana ransangan semulajadi bila sistem dalam badan aku dapat mengesan kehadiran 'benda' itu di situ.

Sebelum ini ramai yang mengadu selalu mendengar suara perempuan menangis dari bilik ini. Ada pula yang melihat kelibat lelaki yang memakai kemeja putih. Jadinya, masing-masing takut hendak ke bilik ini. Paling terbaru ianya berlaku pada jam 8 pagi. Siang dah kiranya tu...!

Hampir sejam juga mereka yang kami panggil untuk memulihkan bilik ini melaksanakan tugas mereka. Sekejap-sekejap mereka azan dan iqamah. Sekejap-sekejap mereka baca ayat Qursi dan ntah ayat dari surah atau juzu' mana. Sesekali mendengus dengan kuat.

"Benda tu ada sepasang. Jantan ditingkat atas dan betina di tingkat bawah," jelas ustaz R. "Yang betina tu memang dah lama duduk di sini."

Sebaik tiba di rumah aku tidak terus masuk. Aku lepak-lepak dulu di luar. Petua orang tua-tua, patahkan dahan pokok bagi menandakan kita sudah sampai di rumah. Bimbang juga sebab aku bukan arif sangat dalam bab makhluk ghaib ni. Sementelah pula dalam rumahku ada cucu kecil. Malah ibu_suri juga bukan kuat semangat.

Aku terus capai tuala dan mandi sebersih-bersihnya. Aku ambil wudhu dan tak banyak berbual, terus tidur. Tak siapa di dalam rumah itu tahu kenapa aku balik lewat melainkan mereka menyangka aku perlu siapkan kerja sebab ada IQA odit pada esok hari!

12 ulasan:

Deru Ombak berkata...

Assalamualaikum IM
Lama saya tidak menarikan jari di sini.
Bab makhluk ghaib ni, saya hanya mendengar cerita,
Tak pernah lagi terlibat secara langsung melihat cara
Mengusirnya.

Kembang juga tengkuk saya membacanya.

** selamat berhari minggu IM. :)

kakcik berkata...

Kakcik baca pun rasa tegak bulu roma.

NzA berkata...

moga ikhtiar yg dibuat menemui jln yg trbaik dgn izin Allah........

Ibu n Abah berkata...

IM..
Jika tak kena sendiri... Susah nak percaya..
Tapi jika boleh takmo lah rasa dan nampak sendiri...
Mohon dijauhkanlah dari terjumpa ....

aku HIV positif berkata...

semua langkah yang sepatutnya IM lakukan sebelum masuk rumah telah IM lakukan. lebih elok juga buat solat sunat dan mengamalkan amalan sunnah lain sebelum tidur seperti membaca 3 qul dsbnya sebagai pendinding.

Ariff Budiman berkata...

Salam
Langkah terbaik sebelum kita measuk kedalam rumah ialah membaca ayat qursi dan 3 qul. kemudian hembus di belakang sebab setiap benda pasti ia mengikuti kita. kalau badan kita kaut tak apa. Tapi kalau ada sesiapa yang tidak sihat di dalam rumah sudah pasti ia begitu senang di ganggu. Ini pengalaman saya la.Kalau ada yang lain IM nak buat tak kisah ler.

LadyBird berkata...

xnak tgk, xnak terlibat.. huhuhu.. menakutkanlah citer uncle im.. smg mrk cr tempat penginapan yg lain nanti..

Temuk berkata...

As-salam. Seorang pengamal perubatan Islam di kawasan saya berkata lebih baik kita tak nampak benda-benda ghaib ni sebab boleh jadi amat menakutkan. Ada yang beritahu ayat kursi bagus dibaca untuk mengelakkan gangguan makhluk halus.

Citarasa Rinduan berkata...

salam rejab ke 27 Im..

subhanallah.. ayu nie bab2 alam yang itu seriau..

sungguh...

moga semuanya dipermudahkan

dan thanks syer info ttg patahkan dahan2 tu ya

MulutPayau berkata...

Assalamualaikum IM..

Saya pernah tengok kawan berubat krana diusik makhluk ghaib...
Mmng mnakutakn walau 'benda' tu tak menampakkan diri....

makchaq berkata...

Alhamdulillah ada yg ada kepakaran untuk memulihkan keadaan begini....

ujang kutik berkata...

Sdr IM,

Saya ada pengalaman.Seorang kawan ambil gambar saya di pejabat (4.00 petang).Apabila dilihat gambar tersebut ada wajah seorang wanita dengan rambut mengurai.

Saya tidak merasa takut kerana hari siang.Masih menjadi misteri samada betul-betul imej makhluk halus atau proses teknikal kamera yg tidak disengajakan.Wallahuaklam.