Sabtu, 23 Jun 2012

Macam Ultraman

Beberapa kali terganggu solat Isya' bila ibu_suri tak henti-henti ketawa dan tidak boleh menahannya walaupun dia mencuba.

" Dah lah tu. Abang nak sembahyang ni, " lalu sekali lagi mengangkat takbir tetapi aku masih juga...kih! kih! kih!

" Kenapa abang selalunya tak angkat tangan masa rukuk? " tanya ibu_suri sebelum itu.

" Angkat tangan tu sunat saja kecuali masa Takbir sembahyang rakaat pertama, " terangku pada ibu_suri yang akhir-akhir ini kerap bertanya bila melihat sesuatu perbuatan dalam sembahyangku tidak seperti yang biasa dia lihat orang lain melakukannya.

" Di masa kita takbir pertama itulah perlunya niat kita jatuh ke dalam hati. Takbir pertama itulah pemisah antara dunia luar kita dengan dunia kita bertemu Allah, " terang ku lagi.

" Takbir yang lain, macam bila nak rukuk atau bangun dari rukuk tu cuma sunat saja. Nak buat ok. Tak mahu buat pun ok. Macam jamaaah Tabligh, depa tak takbir masa rukuk. Kita tak bolehlah kata depa tu tak betul. "

" Cara Takbir yang paling baik ialah angkat tangan separas bahu. Tapak tangan menghadap kiblat. Macam ni... " Aku menunjukkan kepada ibu_suri.

" Jangan angkat takbir macam ultraman pulak. " Aku pun menggayakan takbir dengan mengangkat tangan kemudian menyilangnya seperti Ultraman hendak melepaskan api dari sisi tangannya kepada raksaksa.

Di sinilah mulanya secara spontan ibu_suri ketawa terkekeh-kekeh dan tak boleh berhenti....

Aku sendiri pernah melihat ragam takbir mereka yang bersembahyang jamaah di masjid. Yang mengganggu konsentrasi aku juga hingga terkadang aku memejamkan mata supaya tidak hilang fokus...

Aku percaya, bukan ibu_suri saja yang akan ketawa. Kalian juga akan ketawa terbahak-bahak bila melihat video ini diminit ke 2...




sila off  butang LAGU MARHAEN

4 ulasan:

kakcik berkata...

Kakcik pun terkekek sewaktu membayangkan cara mengangkat tangan seperti ultraman itu!

aku HIV positif berkata...

walaupun biasa dengar ceramah yg share lebih kurang je ragam takbiratul ihram tu tetapi tiap kali menonton video ustaz azhar tu tetap buat saya tergelak.
kirim salam kepada ibu suri.

LadyBird berkata...

salam uncle... teringin nk tgk ibu suri gelak.. mesti uncle happy bile ibu suri gelak kan... :)

insan_marhaen berkata...

kakcik,
macam macam ada kalau nak lihat perangai manusia ni. kekadang tu tak terfikir dek kita...

AHP,
gelak tu gelak juga. gelak kat diri sendir sebenarnya...

ladybird,
ibu)_suri gelak kekadang seperti anak-anak kecil!