Jumaat, 29 Jun 2012

Persiapan

Jam 3 petang nanti aku akan bertolak untuk menghadiri program mukhayyam anjuran IKRAM Pulau Pinang. Kali ini aku tidak diberitahu dimana program ini dan apa yang perlu di bawa. Persis satu misi rahsia pula. Sami' na wa a tho' na saja. Berbekalkan pengalaman perkhemahan yang pernah aku lalui, aku bawa sekadar yang aku mampu. Pun sebenarnya aku belum buat apa-apa persiapan. Siang nantilah kot...

Cuma ada 2 pesanan dari urusetia yakni bawa jeket dan insect repellant. Lain macam bunyinya nih! Mungkinkah lokasi kali ini ada pacat? Arggghhhh....

Aku kerah Along untuk balik.

"Along ada temuduga Jumaat pagi. Petang baru boleh balik!"

Along pandai masak. Jadi jika dia balik sementara masih belum dapat kerja ni, bolehlah dia uruskan makan minum dan ubatan ibu_suri.

Sementara Akhmal aku suruh dia buat dressing sendiri ke atas luka di kakinya. Baik pula jururawat di Klinik 1Malaysia, Perda itu dengan memberikan beberapa pek kain kasa dan sebotol cecair pencuci luka.

Walaupun ibu_suri merengek merayu supaya aku tidak pergi tapi aku kuatkan semangat. Sebenarnya mukhayyam adalah salah satu program wajib jamaah yang mesti aku jalani selaku madu'. Proses pentarbiyahan sebegini adalah perlu bagi memperlengkapkan diri sebagai dai'e. Walaupun aku tidaklah sehebat mana tapi usaha itu perlu. Lantaran Allah tidak bertanya apakah kita telah berjaya menjadi dai'e tetapi akan bertanya apakah kita telah berusaha ke arah itu?

Link
Kemenangan Ikhanul Muslimun dalam pilihanraya Mesir bebaru ini menambah kuat azamku supaya komited dengan pentarbiayahn diri dan wala' kepada arahan jamaah.

Melihat kepada keperibadian Mohammed Morsi, presiden baru Mesir ini memberi satu macam inspirasi jua!


14 ulasan:

Kunang-Kunang berkata...

Semoga Allah berikan kekuatan dalam meneruskan apa jua misi.

aku HIV positif berkata...

menyertai majlis ilmu memang antara sumber kekuatan dalaman kita.
nak tunggu betul2 free, sampai ke sudahlah tak dapat join.
makin tua, makin sibuk, pelik betul... :)
moga IM sekeluarga sentiasa dalam rahmat Allah

Temuk berkata...

IM
Semoga beroleh manfaat, kejayaan dan keberkatan dari Allah.

insan_marhaen berkata...

kunag-kunang,
itulah doa IM selalu ke hadrat Allah swt.

AHP,
selagi ada masa dan kesempatan kita gunalah sebaiknya dan jangan bertangguh. esok belum tentu milik kita.

temuk,
terima kasih atas doa. muga begitu juga kepada tuan!

LadyBird berkata...

smg dpt pergi... :)

al-lavendari berkata...

semoga program mukhayyam yang diikuti dapat berjalan dengan lancar dan mencapai matlamatnya.

Murni Alfathunnisa berkata...

semoga mendapat program tu berjalan lancar...dan IM sama2 mendapat manfaatnya..

Dinar berkata...

tahniah Presiden Morsi...ikhwan muslimin tlh melalui perjuangan dan jihad yg panjang...

Dinar berkata...

tahniah Presiden Morsi...ikhwan muslimin tlh melalui perjuangan dan jihad yg panjang...

insan_marhaen berkata...

ladybird,
alhamdulillah, IM selamat pergi dan balik. pergi dengan kepuasan hati dan balik tanpa ada apa apa yang meresahkan.

al lavendari,
mukhayyam dengan sahabat-sahabat ni memang best kerana ukhuwwahnya hebat.

murni,
mukhayyam ini antara agenda jamaah yang pastinya ganjarannya di dunia dan akhirat.

dinar,
harap 'IM' di malaysia juga akan berjaya satu hari nanti...

Wanpetunjuk berkata...

IM...dah balik?. Semoga memperoleh manfaat dan boleh dikongsikan utk tatapan pembaca.... :)

mama maman aka yana berkata...

moga2 dpt menempuh segala ujian ye im... :-)

aku HIV positif berkata...

ziarah menjengok berita terbaru.
moga sentiasa dalam rahmat Allah demi urusan dakwah dan fardhu kifayah

Maiyah berkata...

salam..
perjuangan xkan trhnti