Ahad, 10 Jun 2012

Rujuk Pakar

Sebenarnya entri semalam hampir mahu aku padamkan dari paparan blog sebab seperti terasa isinya keterlaluan. Bagaimanapun bila melihat respon yang boleh aku kira ramai, aku biarkan saja di situ.

Kekadang menulis ini jika terlalu mengikut emosi, begitulah jadinya. Bila dah tertulis dan dibaca oleh ramai orang, bukan seperti perahu terlajak yang boleh ditarik semula. Jika respon dari tulisan itu negatif, terpaksa menelan hakikat pedas dan payaunya.

Hari ini pun dek terlalu dipegu emosi letih, jemu dan tekanan, aku hampir menyebabkan Akhmal membentak rajuk. Rajuk yang aku kira bahaya jika dibiarkan meletup.

"Janganlah usik ibu tu. Ibu kan sakit gigi. Orang yang sakit gigi ni bukan boleh bising atau diganggu."

Tapi Akhmal tidak peduli. Diusiknya seperti dia mengusik anak menakannya yang kecil-kecil itu.

"Susah melayan 2 orang yang sakit seperti hangpa ni!" rungut aku.

"Arghhh... Akhmal kalau tak sakit, Akhmal buat sendirilah ayah. Akhmal tak harap orang lain lah..."

Aku terdiam seperti dipukul. Aku tahu aku tersilap walaupun mungkin niat aku tidak sebegitu. 

"Ayah cuma menyuarakan apa yang ada dalam hati ayah saja..."

Dan selepas itu aku stop. Akhmal pun bungkam. Cuma yang terdengar suara desit ibu_suri menahan sakit yang sebenarnya bukan sangat berkaitan dengan gigi tetapi gusi. Itu apa yang diberitahu oleh Dr Ameen yang apabila berjumpanya mesti di dahului dengan salam. Yang tahu akan latar belakang komplikasi ibu_suri. 

Doktor menyarankan aku merujuk ibu_suri kepada pakar gigi di klinik gigi kerajaan di Mak Mandin. Memang, jenis sakit-sakit yang dihidapi oleh ibu_suri ini hampir kesemuanya perlu dirujuk kepada doktor pakar.

11 ulasan:

Dinar berkata...

Salam, mak IM mesti bangga kalau dia terbaca "entri semalam" tu.. tahniah kerana sentiasa ada ibu di hati, itu dah cukup membahagiakannya!!

norh berkata...

IM cuma insan biasa yg kadangkala goyah walaupun sedia kuat....jangan salahkan diri..

Faizah berkata...

Kita paham keadaan IM... jgn risau. Dlm masalah sedikit pun kekadang terkeluar juga rungutan... ini kan dlm keadaan IM.

insan_marhaen berkata...

dinar,
ya.. mak IM adalah idola dalah kehidupan IM yang penuh ujian ini.

norh,
buat masa ini IM tetap konsisten dengan tanggapan bahawa ini ujian Allah. tidak sekali-kali kesal dengan diri sendiri.

faizah,
hmmm... banyak lagi yang terpendam di hati. itu terpacul sedikit kerana dah tak tahan...

S..U..D..@..I..S berkata...

kadang2 kesabaran kita teruji dengan sedikit sebanyak tekanan. Moga IM lulus semua ujian

Murni Alfathunnisa berkata...

Entri semalam tu pada hemat saya..tidak lah melampau IM.
Memang selayaknya kita selalu menjengah ibu. Menatap wajah ibu juga sudah pahala. :)

LadyBird berkata...

smg 2 2 cpt sembuh.. ameenn..

makchaq berkata...

Sekurang2nya bila diluahkan apa yg terbuku dihati dpt kurangkan tekanan.. jadi kuranglah mudarat pada diri...

Kalau org yg menjaga pun turut sakit lagi susah....

Semoga dipermudahkan segala urusan IM

Granny Hani berkata...

Speechless...May God bless you.

NzA berkata...

begitulah bila hati sedang marah....sekurang2nya hati kita akan terasa lega sedikit bila dapat diluahkan....

Temuk berkata...

InsyaAllah yang pakar mampu membantu kita dengan lebih berkesan & memuaskan, walaupun ada kalanya itu tidak semestinya berlaku. Namun, walau apa pun, mungkin kita akan berasa lebih puas hati kerana telah berusaha mendapatkan bantuan daripada orang yang kita anggap terbaik. Salam bahagia, IM.