Isnin, 25 Jun 2012

Selagi Hayat Ada

Ramai yang bertanya , bagaimana keadaan ibu_suri sekarang ini?

Kalau nak dibandingkan dengan 4 tahun dulu, memang hari ini kondisi ibu_suri adalah lebih baik. Maksud aku, kalau dulu dia cepat marah dan merampus kini lebih terkawal emosinya. Kini dia lebih ceria. Lebih mesra dengan keluarga dan jiran.

Ertinya, walaupun aku letih dan hampir jemu mengurus emosi dan kebajikan dirinya untuk 4 tahun lamanya namun keadaan sekarang ini 1000 kali lebih baik berbanding dulu yang begitu menekan perasaan aku. Bagi kalian yang pernah mengikuti tulisan-tulisan aku beberapa tahun dulu tentu maklum keadaan ibu_suri di tahun-tahun mula dia menghidap stroke yang kemudiannya bertukar menjadi bi-polar disorder.

Hospital Bukit Mertajam tahun 2010

Sekarang ini doktor mengesahkan beliau hanya menghidap mood disorder dan ubat-ubatan yang dia makan setiap 2 kali sehari ini nampaknya begitu berkesan mengawal struktur kimia dalam badannya sekaligus mengawal emsoinya agar selalu stabil.

Pada yang kurang biasa melihat karektor ibu_suri sekarang ini tentu rasa sedikit pelik. Jika hendak order makan, aku kena sabar bertanya apa yang dia mahu. Kekadang kesian bila melihatkan pelayan restoran menunggu lama sambil memegang pen dan kertas untuk mencatat.

Kekadang lain yang dia sebut lain pula yang dia mahu sebenarnya. Maka, aku terpaksa order sekali lagi dan yang dah terhidang aku memakannya walaupun dah kenyang. Itu belum bab nak memandikan beliau; jika mengalami masalah susah buang air besar atau tak boleh mengawal buang air kecil. Belum lagi cerita pasal setiap kali hendak keluar bersiar, aku kena pilih baju mana yang dia berkenan, makanan jenis apa yang sesuai dengan seleranya dan hendak beritahu yang bagaimana jika ada berita-berita sedih yang datang berkaitan dengan dirinya atau keluarga.

Apa-apa pun sebenarnya, untuk menjaga individu seperti ibu_suri ini memerlukan sabar, lapang dada dan ketenangan yang extra hebat. Doktor pernah beritahu bahawa penjagalah orang yang paling penting bagi pesakit seperti ibu_suri. Jika aku tidak menjaga ibu_suri sebaiknya, nauzubillah... doktor beritahu bahawa ibu_suri boleh menjadi seperti orang yang tidak siuman di tepi-tepi jalan itu.

Justeru, aku masih dan insyaAllah akan setia, tabah dan tidak berganjak dari terus menjaga dan bersama ibu_suri semata-mata kerana aku terikat dengan aqad yang aku lafazkan di hadapan Kadi di 27 tahun yang lalu. Aqad itulah janjiku dengan Tuhan untuk menjaganya selagi ada hayat.

16 ulasan:

kakcik berkata...

Allah akan terus mengurniakan IM dengan rasa sabar yang tinggi itu. InsyaAllah.

Ariff Budiman berkata...

Salam
Sebenarnya akad itu bila di teliti kita akan berfikir banyak kali utk melakukan perkara lain. Janji kita dengan. WN doakan semoga Allah terus berikan kesihatan yang baik kepada IM untuk terus menjaga Ibu Suri. Entah kenapa tiba2 terkenangkan si dia sewaktu di uji...

Dinar berkata...

mmg betul kena extra hebat...moga IM menuai hasilnya di sana..INSYALLAH

insan_marhaen berkata...

KAKCIK,
MEMANG BEGITU DOA IM SELALU DI SETIAP KALI SUJUD TERAKHIR SEMBAHYANG.

ARIF,
BENAR, KESIHATAN IM & IBU_SURI ADALAH YANG PALING PENTING. IM DOAKAN SYRUGA JUGA BUAT ISTERI WN YANG DAH PERGI ITU...

DINAR,
HARAPNYA BEGITULAH WALAUPUN IM TAHU AMAL IM TAK SEBERAPA!

Kakzakie berkata...

Hebat kan IM. Kalau calang-calang lelaki tak terpikul semua ini. Kakak yg dari dulu mengikuti waktu blog lama hingga tukar blog ini betul banyak beza ibu_suri - inilah balasan dari kesabaran IM yg tinggi..

S..U..D..@..I..S berkata...

Subhanallah
Insyaalllah anda dipnjangkan kekuatan kehebatan ini....

faizah berkata...

InsyaAllah IM, dgn niat dan tekad yang baik itu, Allah akan kurniakan kekuatan dan kesabaran. Walaupun IM tidak dapat aktif dalam apa yang menjadi kecenderungan IM, apa yang IM lakukan ini tetap besar ganjarannya di sisi Allah. IM insan terpilih untuk melalui cara ini.

insan_marhaen berkata...

kakzakie,
tkasih kerana setia dengana blog IM dan mengikuti setiap perkembangan hidup IM dan ibu_suri.

sudais,
IM pun selalu berdoa begitu. hebat sebenarnya tugasan ini!

faizah,
yelah... IM sebenarnya rindu pada rencam hidup masa lalu tapi terpaksa akur dengan hakikat hari ini.

NoorVictory berkata...

Semoga ibu_suri cepat sembuh dan semoga Allah merahmati keluarga IM selalu. Beruntung ibu-suri.=)

Semoga IM terus tabah menghadapi ujian Allah..

ku-cit berkata...

bkn senang nak jumpa lelaki yg sesabar mcm ni..tahniah IM..

Maiyah berkata...

salam..

sy kagum ngan IM.. smoga ibu suri semakin mmbaik

Deru Ombak berkata...

Semoga sentiasa tabah.. :)

Juju berkata...

IM,
Insyaallah selagi hayat dikandung badan selagi itu ibu suri akan dijaga sebaiknya. Semoga kuat dan tabah menghadapi segala cabaran hidup.

Anonymous berkata...

Alhamdulillah. Sesungguhnya kesetiaan, pengorbanan, susah payah anda tidak akan sia-sia. nantikan ganjarannya kebahgiaan kekal abadi ditamanNYA.

insan_marhaen berkata...

NoorVictory,
Terima kasih atas doa.

ku-cit,
Sebenar masih ada yang lebih sabar dari IM. IM pernah jumpa dan selut mereka ini...

Maiyah,
IM juga harap Maiyah semain baik dan positif dalam hidup.

Deru Ombak,
IsyaAllah, IM masih kuat dan masih tabah.

Juju,
Gimanapun hidup ini mesti ditempuh. dan sebaik-baik tempuhan ialah dengan sabar dan berfikiran positif.

Tanpa nama,
Harapan IM begitulah.... ganjarannya di 'sana'...

Murni Alfathunnisa berkata...

Alhamdulillah..keadaan ibu suri bertambah baik. Sedikit sinar di situ kan...:-)

Mudah2an Allah terus mengurniakan kesabaran & kekuatan buat IM & keluarga..insyaallah.