Halaman

Selasa, 5 Jun 2012

Tertidur Di Kerusi


Memang letih dan bosan menunggu yang kekadang berjam-jam. Tapi itulah hakikat yang terpaksa ditempuh. Selalu dia mengeluh.... 

"Ayah, lambat lagi ke. Lenguh kaki Akhmal ni!"

"Sabar aje la Akhmal. Nak buat macam mana. Bukan kita aje yang sakit."

Dia cuma letih dan bosan menunggu tetapi masih ada tempat untuk mengadu. Tetapi aku? Sendirian saja merenung bimbang dan menyerap rasa keresahan.

'Kalau dah tau letih, bosan dan sakit begini, lain kali naik lah motor tu laju-laju lagi, ya!' begitu bentak hatiku tapi tak terlontar ke telinga Akhmal. Tak tergamak.

Pendekata, hospital dan klinik seperti sudah menjadi sebahagian dari skrip kehidupanku sejak ibu_suri di hinggap mood disorder dan kini Akhmal yang perlu menerima rawatan orthopedik!

Tapi bila sesekali fikir, barangkali Tuhan tahu bahawa inilah tazkirah yang paling baik buat aku. Kalaulah aku dikelilingi dengan kemewahan kemungkinan besar aku akan lupa daratan.

Dek terlalu lama menunggu kekadang sempat aku tertidur di kerusi!

9 ulasan:

kakcik berkata...

InsyaAllah, dugaan itu mendekatkan IM dengan DIA.

shahirahkhairudin berkata...

kan IM. beruntung lah kita sebab diduga dengan kesusahan. kalau diduga dengan kesenangan dan kemewahan entah bagaimana.

Kamsiah berkata...

bila kita dalam kesulitan...berada di hospital...baru kita sedar..ada insan yg lbh malang dari kita...

siti murni berkata...

menunggu di hospital memang sangat-sangat menduga. tengok orang lain tak sihat...kita sekali turut stress. tapi apakan daya..setiap kesakitan tu adalah ujian Allah buat kita...ada rahmat disebaliknya.

Temuk berkata...

Bila kita atau ahli keluarga menghadapi masalah kesihatan dan kita menguruskannya, barulah kita lebih tahu masalahnya, kompleksiti prosedurnya, risikonya, dan macam2 lagi. Pengalaman beberapa bulan membantu urusan rawatan kakak yang diabetik di Perak, telah dipotong kaki, serta bermasalah buah pinggang dan darah tinggi, membuat saya yang tinggal di Selangor ni memang keletihan. Tapi alhamdulillah tetap gembira, kerana diizinkan-Nya membantu. Daya tahan & kesabaran IM memang "splendid"!

makchaq berkata...

Mudah-mudahan Akmal dapat pengajaran...jadikan dia lebih hati2 bawak motor

Menunggu kat hospital memang boleh buat orang demam jadi baik..

Tapi dari situ kita tau betapa berat tugas doktor.. kita dok tunggu pun penat.. depa yang dok kerja lagi la penat kan...

S..U..D..@..I..S berkata...

kadang tunggu 2jam setengah jumpa dok tak sampai 10 min...5 min pun ada

Azian Elias berkata...

salam kenal..


kenapa kaki tu?

Mak Wardah berkata...

Dah lama takmjwngok blog IM.

Harapan saya semuanya sepat sembuh dan dipermudahkan Allah. IM sabar ya...