Halaman

Selasa, 7 Ogos 2012

Electrocardiogram

sumber

Dah banyak hari ibu_suri mengadu sakit dada sebelah kiri. Aku mula berfikir yang bukan-bukan. 

Aku ajak ibu_suri pergi rujuk ke Hospital Bukit Mertajam.

"Tak mau. Takut nanti kena tahan di wad."

"Kalau tak ada apa-apa takkan depa nak tahan. Tapi kalau betul-betul ada masalah, nak buat macam nana. Lebih baik duduk di hospital dari duduk di rumah. Abang bukan doktor. Boleh buat apa kalau you asyik mengadu sakit dada."

Lepas berbuka tadi akhirnya ibu_suri setuju untuk dibawa ke Klinik Utama. Ini adalah klinik panel. Hampir seluruh keluargaku selalu ke klinik ini jika tak sihat. Semua staf dan doktor di sini aku kenal belaka.

Tapi malam ini dokotor dan staf yang merawat ibu_suri adalah baru. Tak pasti samada depa tahu latar belakang ibu_suri yang OKU.

Bila doktor suruh masuk ke dalam bilik supaya pemeriksaan menggunakan alat Electrocardiogram, ibu_suri tiba-tiba menyoal;

"Ha..? Siapa nak check I?"

"Saya!" ujar staf perempuan.

Doktor itu seperti memahami beredar keluar dari bilik. Aku yang duduk menunggu di luar sempat lena beberapa kali dek lamanya menunggu.

4 ulasan:

Anonymous one berkata...

Semoga sabar dan tabah elalu IM

kakcik berkata...

Semoga keadaan ibu_suri baik2 saja. InsyaAllah.

nur berkata...

semoga ibu suri sihat2 aja..

insan marhaen berkata...

AO,
InsyaAllah... Muga Allah kekalkan kekuatan dalam diri IM!

kakcik,
ALhamdulillah, buat masa ini ibu_suri lebih mudah dijaga berbanding dulu.

nur,
IM selalu berdoa begitu disetiap kali sujud terakhir solat IM!