Selasa, 16 Oktober 2012

Fobia


Seorang lagi kawan sekerjaku bernama Azmi atau lebih biasa digelar Pak Ngah dimasukkan kehospital kerana mengalami strok hingga lumpuh seluruh badan. 

Pak Ngah memang sakit sebelum ini hingga melayakkannya mendapat pencen ilat dan berihat di rumahnya di Alor Setar. Dia dikejarkan kehospital kelmarin tapi hari ini dikhabarkan agak kritikal dan doktor menyuruh keluarga membawanya pulang ke rumah saja. Ayat doktor yang begitu secara otomatis memberi pemahaman bahawa kalaau ada sesiapa yang ingin menziarahinya eloklah disegerakan. 

Kalau tak salah beliau juga adalah setempat kerja dengan ibu_suri sewaktu aku masih baru di Hitachi (sekarang bernama Renesas). Dia adalah juruteknik di IC assembly line. Kemudian dia dipindahkan ke bahagian workshop hinggalah ke tahap beliau tak mampu lagi bekerja. Itu cerita 20 tahun dulu.

Bila aku maklumkan berita ini kepada ibu_suri, sebaliknya respon spontan ibu_suri persis anak yang takut pada gelap malam.

"Abang, I takuttt... " sambil dia memegang dadanya sendiri. 

" Tak ada apa-apa la... Itu dah takdir untuk dia. You nak risau tak tentu pasal pula buat apa.. "

Aku faham. Bagi orang yang sakit seperti ibu_suri, berita negatif seperti ini memang mengfobiakan. Terasa seperti gilirannya pula semakin dekat. Seperti pula gilirannya itu berada di mana-mana di sekelilingnya.

Justeru itu tidak semua berita kurang enak boleh disampaikan kepada ibu_suri secara straight foward, begitu saja. Aku selalu pesan pada anak-anakku agar berhati-hati dalam hal ini. Dan kerap juga berlaku; berita kematian atau sakit kawan dan saudaranya tidak aku beritahu ataupun beritahu setelah beberapa hari berlalu.

Perkara yang sama juga mak aku alami dan lakukan terhadap abah aku semasa abah aku masih dalam rawatan dari skizofrenia, dulu!

4 ulasan:

❤Kamsiah❤ berkata...

salam
kdg2 yg sedang sihat tetiba sakit..yg sakit dgn izinNYA sihat kembali...
bila jasad makin dimamah usia...kudrat makin tak seberapa...penyakit pulak bertimpa2..dikala itu perhatian dan sokongan insan2 terdekat paling diperlukan...

Ibu n Abah berkata...

IM..
Takziah buat kawan IM. Dugaan kita ni berbeza2 kan?

pB berkata...

Takziah buat kawan IM.


JR berkata...

Betul tu..bapa mentua saya dulu (kini dah aruah) bila diberitau berita kematian rakan-rakan karibnya dia boleh jatuh sakit..Kalau nak beritau kena secara paling diplomasi...