Isnin, 29 Oktober 2012

Follower ke 118

Malam ini aku terpanggil untuk menulis tentang follower aku yang ke 118. Yang membahasakan dirinya Cik Wawa. Dari raut wajahmya aku kira dia masih sunti; masih jauh lagi perjalanan hidupnya.

Pola penulisannya lebih kurang seperti aku juga; lebih selesa menulis tentang diri sendiri secara telus dan jujur.

Dari nama blognya - AKU GADIS CEKAL sudah dapat di duga gaya tulisan yang bagaimana menjadi alirannya.

Berlandaskan pengalaman aku yang lebih 50 tahun hidup di muka bumi ini aku seperti faham benar rencah hidup anak seusianya. Aku menganggap apa yang dilaluinya itu jika di depani dan digarap secara tabah, berani dan positif akan menghasilkan dirinya sebagai insan yang berjaya dalam hidup, berani dan berkarisma. Yang penting dia mesti terima hakikat dirinya seperti adanya dia dan menerima hakikat bahawa kehidupan ini adalah untuk orang yang kuat asa seperti dia. InsyaAllah, Tuhan sentiasa bersama dengan orang yang tabah dan berserah kepadaNya. Pengalaman aku berkata begitu.

Maaf kerana aku menulis tentangnya tanpa izinya juga. Apapun, aku kagum dengan gadis seperti dia yang tahu bahawa dia perlu tabah jika ingin terus hidup. Dia sebenarnya matang. Aku berdoa muga di hujung perjalanannya kelak dia akan bertemu dengan cahaya yang terang.

Jika aku menjadi idolanya maka aku ingin beritahu dia bahawa selagi ada nafas kita selagi itu harapan kita masih ada. Enjoykan hidup kita dan hadapilah dunia dengan senyum dan dada terbuka.

Bak kata orang Iban - agi idup agi ngelaban!

9 ulasan:

dhiashahida berkata...

follower yg ke 119..:)

❤Kamsiah❤ berkata...

semua follower blog kita,ada keistimewaan tersendiri,kan...

Anonymous one berkata...

Alhamdulilah... moga cik wawa tabah mcm IM juga

Norhaizan hakim berkata...

Nak menjenguk cik wawa..

Temuk berkata...

Semoga dia memang dan akan terus "cekal". Kecekalan juga tangga kejayaan.

mama maman aka yana berkata...

KEHIDUPAN TAKKAN SAMA SETIAP INSAN.. DUGAAN ITU MEMANTANGKAN KITA..:)

JR berkata...

Semoga dik Wawa sukses selalu dan dipermudahkan Allah menjalani dunia serba caca merba ini....

Cik Wawa berkata...

trima kasih smua atas d0a2 dari kalian. sungguh wawa amat terharu. Ya, hidup ini pnh dgn ranjau & duri. kerna itulh kta msti tabah & cekal. Bak kata IM, "...memegang utuh kalimat sabar & tawakal." Wawa doakan agar kalian smua sntiasa dalam redha & rahmat Illahi...

TUN TIJAH berkata...

Assamuallaikum, saya slalu juga baca blog ini. Petang ini blog berubah wajah. Sangat ceria dan suka dgn lagu itu. Izinkan saya untuk terus mengikuti blog ini.
Semoga tuan tabah meneruskan perjuangan hidup bersama family. Kadang-kadang perjalanan hidup ini memang melelahkan.
Wassallam