Khamis, 4 Oktober 2012

Guruh


Baru balik dari usrah. Aku lihat ibu_suri wajah bersahaja duduk menonton tv. Setelah selesai meletak beg dan makan, aku membuka laptop.

"Hmmm... Tak habis-habis dengan laptop dia." Seperti merungut terhadap Angah. Ayu sibuk membasuh dan mengekap pinggan mangkuk.

Tak lama..

"Abang, simpan mug minuman ni." sambil menyua mug ke arah aku. Aku bangun lalu membasuh di singki dan meletak di rak. Kembali semula mengadap blog di laptop.

Tak lama..

"Abang, ubat I..." Aku mengangkat tangan memberi isyarat tunggu sekejap.

"Sikit-sikit tunggu sekejap. Kalau dah mengadap laptoppp..."

Malu pada menantu jika biarkan ibu-suri terus mengomel aku ambilkan ubat dan secawan air. Kemudian bersila kembali menyambung catatan di blog Hujan Petang. Tapi...

"Abang, jom masuk bilik. Main komputer dalam bilik lah.."

Susah payah aku bangun dan setting semula laptop di bilik.  Jarum jam bergerak pantas.

"Abang, baju I kat luar tak gantung balik."

Aku mula mendengus. Nak keluarkan perkataan kemarahan dari mulut memang tak boleh.

"Ooo... main komputer takpa. I suruh sikit nak marah dah..." Aku bingkas bangun. Bimbang juga akan meletup kemarahannya. Aku terpaksa pendamkan kelat di hati. Kemudian duduk semula untuk menyiapkan suntingan klip video untuk lagu sisipan blog.

"Bila nak tidur ni?"

Aku tengok jam. Memang pun.... dah 1.30 pagi. Hujan mula turun dengan lebat. Mesti tiris lagi bumbung rumah aku ini.

"Esok jangan merungut dengan I kalau lewat bangun pi kerja ya..!" 

Tajam muncung ibu_suri. Aku cepat-cepat meletak noktah pada tulisanku. Guruh berdentum sahut menyahut. Tak mahu pula nanti guruh itu hinggap di katilku ini.

Memang payah kalau punyai isteri yang terlalu banyak bergantung pada suami hatta untuk mengambil secawan air. Semasa dia sihat dahulu tak pernah aku terfikir akan ter'beban' begini!

7 ulasan:

Kakcik Nur berkata...

Kenangkanlah kebaikan dan segala yang telah dilakukannya sewaktu dia sihat dulu... InsyaAllah, akan sejuk hati IM. :)

Norhaizan hakim berkata...

setuju dgn kakcik Nur...bukan kerana kami juga bergelar isteri,memang sudah termaktub,isteri itu anugerah dari Allah.
(Teringat Abil dan Gee..bagaimana kalau kita ditempat mereka?)
Bersabarlah IM!

❤Kamsiah❤ berkata...

mungkin dia rasa terpinggir atau tak dipedulikan bila IM mengadap lappy...

JR berkata...

Istri adalah ciptaan terindah Allah buat suami. Hargailah dia dlm apa jua keadaannya. Dan istri juga dlm apa jua keadaannya perlu juga menghargai suaminya. Segalanya lengkap melengkapi...

NUR berkata...

BersabarlAh IM

Anonymous berkata...

setiap orang lain pula dugaan yang diberikan oleh pencipta. kata hanya dapat berdoa dan bersabar..

Temuk berkata...

IM
Sekalipun orang marah kepada kita, tapi selagi dia masih bercakap-cakap, masih berbahagialah kita sebenarnya. Apabila orang tidak memarahi kita, tapi sudah tidak berkata-kata, yang ada hanya gerakan tubuh badan, tidak berbahagialah kita.