Halaman

Ahad, 7 Oktober 2012

Pancit


Semalam aku balik kampung. Mak beria-ia benar mahu aku temani dia menyelesaikan isu tanah 3 ekar yang pajakkan oleh adiknya kepada pengusaha kelapa sawit. Kata mak, dah banyak bulan hasil perkongsian tidak dibayar.

Dalam perjalanan ke Slim River tiba-tiba tayar kereta pancit. Huu.. Memang susah hati dibuatnya sebab nak mengurus mak yang lumpuh sebelah badan dan ibu_suri perlukan kesabaran dan kekuatan. Mujurnya hal ini berlaku di stesyen minyak.

Berpeluh-peluh juga aku. Nasib baik salah seorang pekerja minyak yang aku agak dari Bangla dan seorang polis trafik membantu. Aku cuba rilekskan perasaanku kerana aku tahu perkara utama yang perlu ada dalam usaha kita menangani apa juga permasaalahan ialah ketenangan berfikir.

Alhamdulillah, dalam setengah jam proses menukar tayar gantian selesai. 

Dalam kereta aku beritahu kepada mak;

"Mujur saya tergerak hati nak tengok tayar tadi di Petronas. Kalau dibuatnya pancit masa di lebuhraya, naya kita."

"Syukur pada Tuhan." sela mak.

"Sebenarnya mak, pada pengamatan saya, adanya mak dalam kereta ini membuatkan Tuhan menggerakkan hati saya untuk singgah di Petronas dan check tayar kereta tadi. Hal begini pernah terjadi masa radiator Kancil saya bocor dulu. Masa itu saya bawa ibu-suri. Kalaulah dibuatnya radiator saya bocor tanpa saya ketahui di tengah jalan gelap....!"

Ya.. memang aku percaya Tuhan itu mengasihani hambaNya yang ikhlas berbuat sesuatu dan memberi yang terbaik. Rahmat yang diberinya kepada aku tadi bukan sangat kerana aku tapi kerana adanya mak dan ibu_suri yang kurang upaya!

10 ulasan:

Abd Razak berkata...

السلم عليكم ورحمة الله

Alhamdulillah atas rahmat kasih sayang~NYA, semua yang terjadi atas kehendak~NYA jua..

Kunang-Kunang berkata...

Salam I'M

Alhamdulillah ada yg sudi menolong.

❤Kamsiah❤ berkata...

salam
pertolonganNYA seringkali datang ketika kita benar memerlukannya..disaat itu,hanya kesyukuran yg tak terhingga kita ucapkan..

faizah berkata...

Alhamdulillah..

JR berkata...

Alhamdulillah IM dan semua di dlm nya selamat. Kdg2 anugerah Allah itu tiba di saat tak terduga yg menambahkan keyakinan kita tentang kekuasaanNya....

Norhaizan hakim berkata...

Jenguk IM sambil laya lagu biar pape asal bergaye..eh macam tau pulak teman orang perak!

Maiyah berkata...

Alhamdulillah..
sy pun brhrp
x jd pape masa bwa kete
dah le xleh jln.. slalu gak
terfikir tp tawakal je lah
Allah kan ada :)

pB berkata...

IM adalah seorang suami dan anak yang sangat sangat baik

Aku Bapak berkata...

teringat tayar kereta Bapak pancit kt Jalan Timur-Barat. mujur ada pakcik yang menolong.

terpaksa bawa kereta guna tayar spare slow-slow patah balik sampai pekan Gerik.

nasib baik kedai tayar buka walaupun hari tu Krismas. rupanya banyak kereta yg senasib...

Ibu n Abah berkata...

Alhamdulillah...
terlepas dari bahaya...