Rabu, 17 Oktober 2012

Strike


Ralit aku melihat orang lain bermain bowling yang sesekali strike dan ada juga tersangkut bola di lorong tepi pin. Rakan usrah yang sepatutnya datang jam 9.30 malam masih juga tak menampak diri. Ntah aku silap haribulan atau memang mereka tak datang, aku pun tak pasti. Nak talipon bertanya, talian Celcom aku dah disekat sebab bil tertunggak 3 bulan.

Bila Angah tanya sebelum aku keluar tadi; kenapa aku pinjam talipon dia, aku cuma jawap - talipon ayah masuk air!

"Kenapa ayah tak pi bayaq?"

Aku cuma diam. Tak perlu jawap apa-apa.

Sebenarnya dah lama aku tak main bowling kat Ampang Super Bowl, Summit ni. Teringin pula aku nak ajak Angah, Along, Akhmal, Ayu dan ibu_suri ke sini satu hari nanti. Bagi aku bemain bowling boleh dijadikan satu aktiviti luaran untuk merapatkan ukhuwwah kekeluargaan sambil melapangkan fikiran. Aku memang tak pandai menjatuhkan kesemua pin serentak malah pernah tersungkur ke lantai kerana bola melekat dijari.

Ha..ha..ha..

8 ulasan:

Abd Razak berkata...

Aduhai, dah jatuh tersungkur tu pasti riuh jadinya..

Norhaizan hakim berkata...

Memang seronok bawa famili pergi main bowling..suami baru je plan nak bawa kami pi sana hujung minggu ni..dah lama jugak kami tak have fun main bowling!

Kakcik Nur berkata...

Kakcik pun tak pandai main bowling. :)

Ibu n Abah berkata...

hahahahah...
lawaklah IM...
main bowling ni memang best (jika semua pin jatuh)
hari tu waktu reunion bersemangat nak main bowling..siap beli bola dan kasut... bila main baru sedar... umur dah meningkat... badan pun dah tak kuat....
kena wasiat bola dan kasut pada anak sajalah nampaknya...

❤Kamsiah❤ berkata...

biasanya saya ke Giants kulim...tp tak pernah main...jadi tukang sorak dan tukang kutuk ja anak2 main ...

JR berkata...

Saya tak reti main boling (maklumlah org kampung..). Jadi saya merapatkan hubungan kekeluargaan melalui aktiviti joging beramai2 satu keluarga setiap Sabtu. Lepas joging beramai2 pi pekena breakfast...Hari2 lain pun saya joging juga tapi cuma berseorangan...

Mario berkata...

hehe...yelah...main boling ni byk ketawa...ekeke

Anonymous one berkata...

Samalah saya pun IM :)