Ahad, 21 Oktober 2012

Syukur

Baru balik dari riadah di Tasik Mengkuang. Walaupun badan terasa amat malas untuk pergi, aku paksakan juga.

Di bilik, ibu_suri masih tidur. Aku biarkan dia begitu. Hampir 2 hari lalu dia lansung tidak tidur. Bimbang juga pada tekanan darah tingginya. Semasa pemeriksaan di klinik, bacaan sistoliknya adalah 200. Pembantu Perubatan pun terkejut dan segera menyuruh ibu_suri memakan sejenis pil untuk mengurangkan tahap tekanan. Hal itu saja memakan masa setengah hari kami di sana. Doktor tak henti-henti menjeling aku.

Akhir-akhir ini pula kerap hujan. Bila hujan begini yang membimbangkan aku ialah bumbung yang bocor. Semakin serius nampaknya. Tak tahu bila aku punyai bajet untuk membaikinya.

Tapi walau apa pun aku bersyukur atas apa yang aku ada dan lalui selama ini. Emosi ibu_suri juga semakin stabil berkat konsisten memakan ubat epilim, sertraline dan risperidone. Sebenarnya, kalau tidak kerana kesabaran yang kuat dan kental ini, sudah lama keluarga aku berantakan. Bukan mudah hendak menjaga seseorang yang mengalami bi-polar disorder seperti ibu_suri 2 tahun dulu.

Apa-apun jom layan klip video cucu kesayangan ibu_suri ini yang dulunya sedang belajar meniarap. Kini dia sudah pandai merangkak dan sedang belajar berdiri.

9 ulasan:

Kunang-Kunang berkata...

Salam IM
Semoga sihat.

Alhamdulillah ibu suri stable keadaannya.

Sayang kak ani tak dapat nak tengok video cucu kesayangan ibu suri kerana internet tak berapa elok.

Anonymous berkata...

Alhamdulillah ibu suri bertambah baik emosinya. Cucu IM dan ibu suri ni sgtlah comel. Dia jadi terapi perasaan ibu suri. Kami yg menonton video ni pun amatlah geram menengok sicomel ni.

Ibu n Abah berkata...

Alhamdulillah...
Seronok diberi peluang menjadi atok n nenek...
Keletah cucu jd penghibur...

Norhaizan hakim berkata...

Comel cucu IM.
Alhamdulillah, keadaan ibu suri yg stabil. keadaan spt dia memang kena regular mengambil ubat yg dimsarankan doktor.

JR berkata...

Bila melihat atau mendengar org sakit, bersyukurlah pd Allah krn kita belum dimasukkan dlm golongan mereka yg sakit. Semoga ibu Suri akan sembuh pd suatu hari dan IM akan sentiasa tabah menghadapi ujian Tuhan...

a.samad jaafar berkata...

moga ulah cucu itu menjadi penawar lara abg IM..semoga ujian yg ditimpakan itu akan segera berlalu..

ghost writer berkata...

saudara sentiasa tabah. aku sendiri tak leh bayangkan gimana hidup aku yang hanya bergantung dengan ubat2an. harapan? semangat? ya mungkin perlu ketika itu, tapi berapa lama mampu bertahan. jiwa begini seharusnya dihormati.

makchaq berkata...

Syukur ibu_suri makin dah stabil kesihatannya. Comei Marisa... La ni mesti makin buas.

Rumah kalau atap genting bila bocoq memang jenuh nak pebaik, rumah arwah mak berapa kali buat x jadi, last2 tampung dengan simen..

abu muaz berkata...

lama tak singgah sini.
cucu ni ubat juga .