Ahad, 11 November 2012

18 Orang

Aku telalu malas nak berjumpa Akhmal di Penjara Sungai Petani sebenarnya. Tapi hati seorang ibu tetap mahu tatap wajah anak yang walaupun telah banyak mengecewakan hatinya. Dipaksanya aku bersiap untuk pergi.

Bercakap melalui intercom dan memandang hanya melalui dinding kaca sudah cukup untuk membuatkan seorang ibu menjuraikan airmata.

"Kenapa hang nampak kurus? Makan tak sedap ke?"

Alhamdulillahnya ialah tempoh 12 bulan yang dijatuhkan ke atas Akhmal menjadi 6 bulan saja setelah ditolak tempoh tahanan reman dan tahanan selepas itu.

"Berapa ramai kamu dalam satu sel?"

"18 orang!" Aku mengangkat kening. Ingatkan masa aku belajar dulu dalam satu bilik ada 6 orang sudah kira ramai.

"Macam-macam jenis orang ada. Orang tua dan muda dari Akhmal pun ada. Yang duduk kat rumah kita pun ada sini. Macam-macam kes ada. Kes bunuh orang pun ada." Terang Akhmal bila aku korek-korek situasi di dalam.

"Ada dapat 'barang' di dalam?"

"Tak ada. Akmal pun dan lama tak hisap rokok. Dah berhenti dah. Tidur pun atas simen."

Apa-apa pun, terbang juga RM100 dari kocek aku untuk membeli barang-barang keperluannya. Selepas ini aku cuma boleh datang sebulan sekali saja berbanding sebelum ini, seminggu sekali.

12 ulasan:

Anonymous one berkata...

Mungkin memang begitu hati seorang ibu, dikecewakan ttp optimis anaknya mampu jadi yg terbaik, kasih dan sifat yg Allah kurnia tidak terdapat pada org lain.


ibu AO pun begitu.. AO pun banyak salah, ibu AO ttp memberi nasihat yg sama hampir 30 tahun !

moga akhmal tersentuh dgn sifat pemaaf ibu suri, sb AO tahu jika seseorang memaafkan AO...AO lebih mudah untuk menjadi yg terbaik, untuk lebih berbakti.

❤Kamsiah❤ berkata...

alhamdulilah kalau dia mapu berhenti merokok setelah berada didalam tu...semoga dia mendapat pengajaran serta keinsafan...semoga dia lbh menghargai kasih sayang seorang ibu dan ayah...

Kakcik Nur berkata...

Semoga bila keluar nanti, Akhmal akan menjadi lebih baik dai sebelumnya. InsyaAllah.

Norhaizan hakim berkata...

Diharap Akhmal sudah mampu menilai baik dan buruk serta bertekad untuk kembali ke jalan yg lurus!

norh berkata...

moga Akhmal dapat belajar sesuatu di sini..

keluarga-amri berkata...

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

insan marhaen berkata...

ao,
sebab itu darjat ibu 3 kali lebih mulia dari darjat seorang ayah di sisi anak.

kamsiah,
harapnya begitulah walaupun keluar masuk sel ni dah beberapa kali dah sebelu ini.

cuma kali ini paling lama.

norhaizan,
harapnya begitulah. dan doa IM pun tidak pernah putus ke situ walaupun harapan itu belum nampak nyata.

norh,
IM pun pesan dia begitu. mau dia berfikir tentang siapa dirinya selama berada di dalam.

Ibu n Abah berkata...

Alhamdulillah...
Kasih ibu dan ayah.. Biar apapun..

hrusli61 berkata...

Sebenarnya kita semua belajar dalam pengalaman ini. Belajar menerima hakikat. Belajar sabar. Belajar membuat tindakan yang sewajarnya.

Baik saya yang perlu kita siapkan ialah selepas ini. mari kita buat perancangan 6 bulan mungkin tidak lama dan akan berlalu dengan pantas.

Kita sama-sama ada anak dengan kenakalan masing-masing mari kita berdoa agar anak-anak ini dan kita sekeluarga selamat di dunia dan akhirat nanti.

roslaini saad berkata...

Salam...
saya kagum dengan ketabahan Insan Marhaen...bukan saja berhadapan dengan isteri yang sakit..tapi terpaksa juga berhadapan dengan masalah anak anak.... semoga Allah SWT terus memberi kekuatan pada IM

Jay Ar berkata...

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul kan IM? Semoga yg sdg menghadapinya akan sentiasa tabah dan yg memerhatikannya akan menjadikan ia satu iktibar....

insan marhaen berkata...

ibu n abah,
kasih ibu sepanjang hayat. kasih ayah sepanjang jalan.

hruslih,
memang selalu memikirkan masa depan Akhmal. risau juga..

roslaini,
permaalahan Akhmal mula saya pikul bila dia disahkan mengalami sindrom disleksia ketika tahun 5.ibu_suri pula sejak diserang ahmar sejak 2008. tuhan saja yang mengetahui semua itu IM harungi sendirian..

jay ar,
memang antara tujuan IM menulis segala peristiwa dalam hidup IM ini secara telus selain untuk merawat hati juga untuk iktibar kepada yang membaca, itupun jika dia mengambil sikap 3 jari..