Sabtu, 3 November 2012

Airmata


Semalam, tepat seperti yang kujangka, majestrit menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan bermula dari tarikh ditangkap. Aku nampak riak kehampaan di wajah Akhmal. Aku sendiri yang mulanya mempersiapkan diri untuk bersahaja dalam menerima apa saja keputusan mahkamah ini akhirnya tidak dapat menyembunyikan kesayuan seorang ayah.

Menuruni tangga mahkamah, otakku ligat menyusun ayat yang bagaimana berita ini akan aku sampaikan kepada ibu_suri yang sabar menunggu di ground floor. Sengaja aku tidak mahu ibu_suri memasuki bilik mahkamah dan mendengar keputusan mahkamah secara lansung kerana kesan itu lebih memilukan.

"You duduk kat sini saja. Tangga nak naik atas tu tinggi. Nanti you sakit lutut pula. Susah nanti," Begitu akalku memujuknya.

Namun di dalam kereta, kepiluan hati seorang ibu tidak terbendung. Airmata ibu_suri tumpah juga.  Merah mukanya menahan sebak.

"Tak mengapa. Mungkin itu lebih baik bagi dia. Kalau dia bebas pun mungkin dia akan ulang perangai lama. Setahun tak lama mana," pujukku.

Aku tahu dalam keadaan begini aku tak boleh biarkan ibu_suri sendirian di rumah. Lepas sembahyang Jumaat aku perlu bawa dia berjalan-jalan. Teringat Kancil aku yang sudah tiba masanya untuk dibuat premium service. Petang ini adalah waktu terbaik.

Seperti selalunya, akulah yang perlu menampilkan wajah dan mood selamba dan ceria untuk membantu mengujudkan suasana emosi ibu_suri yang stabil.

11 ulasan:

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum...

Moga keputusan mahkamah itu mendatangkan kebaikan kepadanya..

❤Kamsiah❤ berkata...

IM..semoga hukuman tersebut akan memberi keinsafan padanya kelak..

Kakcik Nur berkata...

Semoga pelajaran yang Akhmal dapat nanti memberi keinsafan dan kebaikan buat Akhmal.

Sham berkata...

Aduh banyak saya ketinggalan kisah sahabat ni...moga2 akhmal mendpt pengajarannya...

Ariff Budiman berkata...

Semoga keputusan ini mendidik hati2 kita. Hanya Allah saja yang tahu atas sebab musababnya. Walaupun berat kita terpaksa dengan bersangka baik terhadap Allah. Allah saja yang tahu naluri seorang ayah dan ibu. Moga anak2 mengerti akan setiap tindakan mereka

JR berkata...

Semoga segalanya menjadi iktibar buat kita. Mungkin anak2 yg menghuni penjara kita boleh beri semangat utk mereka menjadikan penjara sbg universiti kedua bagi mendidik diri. Jika bekas banduan spt Dr Mohamed Morsi kini jadi presiden Mesir, Anwar Ibrahim jadi Ketua Pembangkang dan Ibrahim Ali jadi ketua Perkasa, org lain juga boleh mencipta nama jika keazamannya kuat utk berjaya...

Anonymous one berkata...

la tahzan IM, moga akhmal menjadi org yg lbh baik slps ini.

ao sendiri banyak berubah slps membuat kesalahan.. moga akhmal pun begitu..

a'aa ada entri tp asyik tak siap2 hehe ,, nnti saya menulis ya IM. :)

Sham berkata...

beres sahabat...blog anda telah dilinkkan...

hrusli61 berkata...

Entah mengapa hati ini menjadi amat pilu mendapat berita Akhmal ini. Begitu anak ini menjadi ladang pahala untuk kita. Itu yang dinasihati oleh Dr Muhaya.

Jangan berhenti bermunajat kepadaNya. Kita sama-sama ada anak yang pernah membesar bersama dan masing-masing mempunyai kenangan manis bersama mereka.

Cuba beri fokus kepada ibu_suri dan dakwah ummah. Pasti Allah SWT permudahkan nanti. IM Masih ada Along dan Angah untuk disantuini.

Jurnal Murahan berkata...

Ujian yg berat, bersabarlah

dhiashahida berkata...

Allah xturunkan dugaan melebihi mampu si penerima dugaan...