Hampir seluruh masjid telah di arah meletakkan Palestin sebagai tajuk utama khutbah Jumaat. Ada juga yang menyusuli dengan bacaan Qunut Nazilah semasa dirakaat kedua solat Jumaat.
Aku berjamaah di Masjid Saidina Umar Al Khattab, Bayan Baru hari ini. Khatib membacakan surah Al Zalzalah di permulaan khutbah. Surah ini mengingatkan aku semasa mula-mula berjinak dengan kumpulan nasyid Al Muhajjir. Aku yang mendeklamasikan sajak itu semasa membuat persembahan di Tapian Gelanggang Batu Uban sebelum kuliah Dr Danial bermula; Ahad jam 3 petang.
Jika diamati surah itu menceritakan bagaimana seluruh isi bumi akan dikeluarkan dan apa yang ada di atas bumi akan berterbangan seperti kapas di udara bila saja kiamat datang. Bagi yang merenung tentu terasa amat gerun jika bila berada di dalam suasana itu.
Sebenarnya kalau kita analisa pun, usah kata kiamat. Esok lusa, kalau kita ditakdirkan mati pun, siksaan kubur yang menanti lebih dasyat daripada yang kita pernah alami di dunia.
Abah aku menemui Ilahi pada 2008. Baru-baru ini kawan aku juga pergi meninggalkan anak dan isteri buat selamanya. Bukan mustahil selepas itu giliran aku sedangkan persiapan untuk menemui Tuhan masih 0.00000 peratus.
Sempatkah aku menebus segala dosa lalu kita dalam masa yang pendek ini?
6 ulasan:
Jika kita mahu ambil iktibar dari surah zalzalah.. Nescaya kita lebih menginsafi diri kita...
Israel terus menyombong diri dgn bongkaknya membunuh rakyat palestine... Memang nerakalah tempat yg kekal buat mereka..
jika diamati surah alzalzalah, memang gerun dan insaf.
Kita tahu, kita akan dijemput Allah pada bila2 masa, tapi kita masih sering menangguh utk membuat persipan ke sana(termasuk saya).
Salam Hari Asyura.
mmg akan insaf kalau kita baca surah dgn tahu maknanya
Dulu Masa bekerja di Bayan Lepas..masa time jumaat selalu akan singgah sembahyang jumaat di masjid Bayan Baru...
Memang mengingati kekurangan bekalan ke alam sana, rasa sangat gerun. Bertambah gerun setiap kali menyambut tarikh hari jadi krn tiada sesiapa menjamin ini bukan sambutan hari jadi terakhir kita...
Ao pun memikirkan hal yang sama. Adakah cukup amalan AO untuk berjumpaNya nnti.
Catat Ulasan