Ahad, 4 November 2012

Berus Gigi

Usai riadah di Tasik Mengkuang, aku bersolat Dhuha di surau Petronas Tanah Liat. Lansung aku mengepam tayar dan memeriksa tahap minyak enjin dan air radiator. Memang begitu selalunya rutin aku hujung minggu. Sasaran aku ialah Kancil aku ini mesti selalu tip top untuk kemana saja pada setiap masa. Maklumlah, menjaga ibu_suri ini antaranya ialah kena selalu bawa dia bersiar.

Aku teringat pinta ibu_suri bahawa berus giginya perlu diganti. Gemar ibu_suri pada jenis berus gigi memang yang ini saja - Morning kiss Deluxe.  Tanpa membawa cermin mata aku masuk ke Mesra Mart dan membelek berus gigi jenis lembut. Susahnya nak memastikan mana satu yang perlu dipilih buatkan aku sedikit geram.

'Apa punya tur la pekerja sini. Pi buboh label harga tang perkataan ni buat apa. Kan susah pelanggan nak tahu jenis lembut ke atau keras.'


Terpaksa aku menyelak sedikit label yang dilekat hampir dengan kepala berus gigi untuk membaca tahap keras berus gigi itu yang terletak di belakang.

Dikaunter, aku melahirkan rungutan aku kepada staf dengan niat supaya dia tahu permasaalahan dari sudut pelanggan bila membelek barangan yang berlabel sebegini.

"Ahh... pak cik boleh tengok kat belakang. Lagi besar tulisan dia pak cik boleh baca."


Laa... tersengih ajelah jawapnya aku ini. Betul juga. Tulah.. cuma guna satu arah pemikiran je tanpa cuba berfikiran secara luar kotak. 

"Oo... terima kasih.  Pak cik belajar satu ilmu baru hari ini," ujarku sambil senyum. Nasib baik aku cakap baik-baik dengan mereka tadi.

Tapi, tatkala menguak pintu cermin Mesra Mart yang berat itu aku masih berfikiran bahawa sepatutnya staf yang bertanggungjawap melabel dan menyusun berus gigi itu perlu melihat dari sudut mesra pengguna. Tak heranlah kalau aku lihat tadi kedudukan berus itu bercampur aduk berbanding sebelum ini yang rapi disusun oleh staf itu mengikut barisan warna.

7 ulasan:

Anonymous one berkata...

Biasalah kita buat kesalahan kecil ini IM... saya sendiri selalu careless /....

berus gigi perlu di tukar 3 bulan sekali.. hehe :)

insan marhaen berkata...

ao,
sebenarnya mesej yang ingin paparkan ialah;

1. setiap teguran mesti disampaikan dengan cara baik
2. setiap khidmat kita kepada orang lain janganlah dibuat mengikut citarasa kita tetapi sebaliknya kena put a leg in their shoe
3. sesuatu pengetahuan yang baru walaupun kecil sebenarnya menjadikan hari ini kita lebih baik dari semalam
4. latih otak kita berfikir secara luar kota
5. jika kita menjaga seseorang yang di bawah tanggungjawap kita dengan ikhlas maka apa yang kita perbuat untuknya juga akan bernilai dengan keikhlasan juga.

gitu, adanya..

❤Kamsiah❤ berkata...

bila beli berus gigi...saya biasanya picit2 nak tau keras,sederhana atau lembut...walaupun dah baca labelnya

Kunang-Kunang berkata...

IM,

Budak tu kena ambik perhatian pd komen pelanggan.

Norhaizan berkata...

kalau price tag tu kat tempat lain, ada pulak customer tercari mana pulak price tag ni?

Anonymous one berkata...

Terima kasih IM atas penjelasan :)

JR berkata...

Alhamdulillah pekerja-pekerja di Kedai Mesra dekat rumah saya sangat mesra pelanggan. Pernah satu kali bila ada seorang pelanggan naik angin kerana satu kesilapan teknik saya pula yg membela pekerja yg kena marah, kerana saya tau ia cuma kesilapan teknik...dan yg lebih penting pekerja2 di situ rata2 memang mesra pelanggan, kena marah pun masih senyum...