Selasa, 20 November 2012

Beza Pandangan

Berehat sebentar selepas membuang undi 2008 yakni beberapa
 bulan selepas di serang  minor stroke

Kelansungan dari tulisanku kelmarin di sini, aku ambil keputusan untuk ambil cuti semalam. Aku perhatikan ngerang ibu_suri masih ada akibat sakit gigi maka aku berkeputusan untuk merujuk semula ke Klinik Ameen., Seberang Jaya.

Dan seperti yang aku jangka, pagi ini Dr Ameen memang bertugas. Aku percaya kepada pengalaman dan kepakaran Dr Ameen untuk memberi aku sedikit kepastian.

"Gusi dia tak ada apa yang abnormal. Cuma luka sedikit itu biasa. Saya akan beri antibiotik yang kuat sikit. Tak ada apa. Jangan risau."

"Pasal baki tunggul gigi yang masih ada di dalam itu pun tak mengapa. Ianya akan timbul sendiri secara biologi."

"Berapa lama?" Tanyaku.

"Dalam 3 - 4 tahun akan datang. Its alright. Jangan risau yang tu." Aku mengangkat kening. Kata doktor yang mencabut gigi ibu_suri itu hari  1 -2 bulan. Macam mana ada percanggahan pandangan sesama doktor ni?

RM10 jugalah harga antibiotik dan pain killer yang perlu aku dapatkan mengikut saranan dr Ameen. Memang aku pun percaya bahawa dalam kes ibu_suri yang menghidap berbagai komplikasi penyakit ini, sakitnya memang memakan masa untuk sembuh. Dan untuk memastikan sakitnya itu cepat sembuh, emosi ibu_suri perlu dijaga dengan baik dulu. Dan untuk memahamkan dia kenapa sakit giginya lambat baik seperti orang lain, aku menggunakan pelbagai cara menerang, memberi contoh dan meyakinkan dia bahawa sakit giginya itu adalah normal.

Hujan lebat sepanjang hari mengiringi aku yang terpaksa melayani kemahuan ibu_suri;

"Hari ni kan you cuti. Bawalah I jalan-jalan jauh sikit. Pi Alor Setar ke.... Nak makan laksa."

Aku tarik nafas panjang. Hanya aku saja yang faham kerenah ibu_suri ni dan hanya aku saja yang rasanya cukup sabar menjaganya.

Semasa menyusuri jalan memasuki lebuhraya Utara Selatan, aku terpandang seorang yang tidak siuman berdiri tepi jalan memerhati kenderaan lalu lalang sambil bercakap sorang-sorang. Aku teringat pesan doktor Psikiatrik yang pernah merawat ibu_suri dulu;

"Kalau awak tak jaga ubatan dan diri isteri awak dengan baik, bukan mustahil dia akan bergelendangan di keliling pekan tanpa seurat benang di badan!"

8 ulasan:

Jay Ar berkata...

Hanya suami yg berjiwa besar spt IM dpt menghadapi dugaan sebesar itu..harap tabah selalu...

❤Kamsiah❤ berkata...

semoga IM terus sabar dgn berbagai karenahnya...bg org yg sakit,kasih sayang dan perhatian dari org tersayang adalah satu terapi...

Granny Hani berkata...

Akak pun suka laksa..Sokong ibu_Suri!
IM, bertuah ibu_suri dapat suami macm IM ni..

Ibu n Abah berkata...

In syaa ALLAH..
Ibu suri dijaga dengan baiknya dan tidak akan menjadi seperti itu..

Kakcik Nur berkata...

Semoga Allah terus merahmati kalian.

makchaq berkata...

Syukur ibu_suri ada IM untuk jaga dan layan dia..

Sedap ka laksa Aloq Setaq? Pakchaq tak pernah pulak rekomen, Makchaq suka laksa Padang Kota, tak tau la ada lagi ka dak..

a.samad jaafar berkata...

Ya Allah..tersentuh hati saya membaca catatan ini..

Norhaizan hakim berkata...

Allah memang menganugerahkan seseorang yg amat istimewa untuk ibu_suri. saya yakin, kasih sayang adalah penawar paling ampuh untuk ibu_suri!