Halaman

Jumaat, 16 November 2012

De Pauh Garden

Semalam, Angah ajak makan di Restoran De Pauh Garden yang terletak kat Permatang Pauh sempena meraikan ulang tahun Angah yang ke 25. 

Dulu, di umur ini aku baru saja berkahwin dengan ibu_suri sedangkan di umur ini Angah sudah pun ada seorang anak.

Along, entah bila akan datang jodohnya...

Marissa dan ibu_suri

Along

 "Yang tak ada," keluh ibu_suri, "cuma Akhmal saja..." Haaa.... Dah mula la tu...!


Angah dan Ayu

Ayu dan Marissa

Sesekali bila melihatkan makanan yang berlambak di meja, teringat Palestin yang sedang di serang oleh Israel. Sayangnya, aku tak dapat bersama rakan-rakanku di Perhimpunan #save Gaza di SINI. Namun aku percaya, Allah akan memelihara mereka. Palestin adalah ujian Allah kepada kita - umat Islam sebenarnya!

5 ulasan:

Anonymous one berkata...

ya, sian mereka di gaa, syria, rohingya

Norhaizan hakim berkata...

ok tak menu di sana? Kalau best boleh ajak cik abang singgah situ(dah bosan makan kat Kapitan!)

Begitulah hati seorang ibu..

Setuju..Palestine merupakan satu ujian untuk kita semua! Menitik airmata tengok foto2 Gaza di fb.

Jay Ar berkata...

Palestin...kita cuma boleh simpati, mengutuk dan berdemonstrasi. Tapi suara simpati dan kutukan kita tak sampai ke Israel pun, kalau mereka dengar pun ada mereka kisah? Mungkinkah ada pejuang kita yg berani ke Palestin utk mengajar Israel? Cuma jangan jadi seperti pejuang Islam Malaysia yg berjuang di Afghanistan menentang komunis Russia dulu, tapi bila pulang ke Malaysia ditangkap dan disumbat ke Kamunting atas alasan berjuang dengan militan Taliban...

makchaq berkata...

Sesekali meraikan dengan makan2 kat luaq memang seronok..
Hati mak IM... memang sentiasa ingat kat anak.. terutama waktu makan.. semoga Akhmal sedaq dan berubah...

insan marhaen berkata...

ao,
disamping perkataan kesian mari kita doa untuk mereka, beri sumbangan melalui NGO Aqsa syarif dan boikot barangan Yahudi.

norhaizan,
menu ok. cuma mungkin sikit mahal tapi still ok. IM makan cendol pulut. sedapp....

jay ar,
jangan lupa jika kesemua kita boikot barangan mereka sepeti TESCO, McD, boleh tutup juga macam restoran ikan bakar sekincin tuu..

makchaq,
betoi tu. IM bukan tak ingat tapi dah letih...