Halaman

Ahad, 4 November 2012

Kek

Seharian ibu_suri berkeadaan sugul. Hajatnya untuk menjenguk Akhmal di Penjara Sungai Petani tidak kesampaian. Sengaja aku tidak mahu bawa dia ke sana minggu ini. Aku dapat agak situasi akan lebih emosional sebab Akhmal baru saja dijatuhkan hukuman Jumaat lepas. Biarlah tunggu seseminggu lagi baru bawa ibu_suri ke sana.

Aku teringat hari ini Hari Lahir dia. Aku minta Angah belikan kek.

"Beli kat Secret Recipe. Agak-agak saiz yang cukup untuk kita makan 4 orang." 

"Mahal ayah!"

"Tak ngapa. Ayah bayar nanti. Tapi ingat, jangan beli perasa cokelat. Vanila atau strawberi..ok!"


Memanglah dulu aku bukan reti bab-bab sambut Hari Lahir ni. Mak dan abahku orang susah di kampung. Hidup semuat  pakai dan secukup makan hari-hari saja. Ada lebih pun untuk bayar yuran sekolah.

Tapi sejak ibu_suri menghidap mood disorder ini, membeli kek sempena Hari lahir seperti satu kemestian. Berat 1 kg dengan harga RM35 beli dari Nash Donuts, Perda, aku kira berbaloi juga. Aku tahu, bukan sangat kek yang mahal itu yang diharapkan oleh ibu_suri. Penghargaan dan kemeriahan dari anak dan cucu itu yang dihajatinya. Bagi aku pula, keceriaan yang terbit dari wajah ibu_suri itulah penyejuk segala lelahan menjaganya.

8 ulasan:

Anonymous one berkata...

May Allah bless you ibu suri :)

al-lavendari berkata...

selamat ulangtahun kelahiran Ibu_suri .. semoga sentiasa dalam rahmatNya.

maaf saya bertanya .. siapa dan apa kes Akhmal itu ? (nampak sangat saya tak ikut perkembangan)

Norhaizan hakim berkata...

Selamat hari lahir untuk ratu hati IM..
Saya rasa semua orang suka kalau hari istimewa mereka diraikan.

❤Kamsiah❤ berkata...

secret recepi mmg mahal...tp sedap hehe..

semoga ibu suri diberi kekuatan dan semoga usianya diberkati..

JR berkata...

Selamat ulang tahun kelahiran yg ke....buat Ibu Suri. Semoga ada suatu hari bahgia lalu Allah turunkan keajaiban menyembuhkan penyakitnya, aminn..

Anonymous berkata...

selamat hari lahir ibu suri.semuga kembali sihat.

kalau semalam besday ibu suri,ari ni 5 nov pula besday anak sulung saya yg ke 28

p/s sy yg bernama kak wati TGP

insan marhaen berkata...

ao,
tk atas doa.

al-lavendari,
tk atas ucapan. Akhmal dipenjara atas kes memiliki syabu.

norhaizan hakim,
tk atas ucapan. wanita hampir kesemuanya begitu. tetapi lelaki tidak semua. ie: IM...

kamsiah,
mahal tapi sedap tak apa. juga kek ibu_suri semalam tu tak boleh makan banyak. rasa mual.

jr,
tk atas doa. sakit seperti diidapi ibu_suri ini hanya keajaiban saja yang bisa menyembuhkan. ubat yang dimakan sekarang sekadar menstabilkan emosi yang ada saja.

kak wati TGP,
tk atas ucapan. SHR juga buat anak sulong.

ingatkan tidak lagi mengikuti blog IM.

norh berkata...

Selamat hari lahir buat ibu suri..