Isnin, 26 November 2012

Koay Teow Kerang

Gerai Koay Teow Kerang yang terletak di simpang 3 antara Jalan Permatang Rawa ke Bangunan AEON/JUSCO adalah antara lokasi yang kami suka singgah. Makan di tempat terbuka seperti itu sesekali mendamaikan juga.

Walaupun malam-malam begini tak elok makan berat tetapi untuk memenuhi mahu seorang isteri yang bersindrom seperti ibu_suri kekadang aku terpaksa pasrah. Lebih baik dari dia tak tahu apa yang hendak dimakan dimana akhirnya aku terpaksa menghabiskan masa dengan pusing sana sini mencari gerai yang dia bersetuju.

Teringat pesan Nabi riwayat Abu Dawud dan Ibnu Majah;

'Engkau beri makan isterimu bila engkau makan dan engkau beri pakaian bila engkau berpakaian. Jangan engkau pukul wajah dan jangan engkau jelekkan dan jangan engkau boikot kecuali di dalam rumah.'

Justeru itu aku tetap sabar, cuba memahami dan menerima seadanya dia. Aku tahu bukan sengaja dia mahu jadi begini. Ini adalah ketentuan Allah. Dan sewajar aku dan dia bersyukur kerana dia masih boleh makan dan minum tanpa perlu disuapi.

Dan rasanya, sejak aku berkahwin hingga hari ini, tidak pernah aku menjentiknya walau sekali. Apatah lagi menjeleknya di depan ramai orang. Sememangnya aku pun tak reti begitu!

6 ulasan:

Kakcik Nur berkata...

Pastinya ibu_suri sendiri tidak ingin keadaan dirinya yang begitu terjadi. Tapi kita manusia yang tidak berdaya berbuat sekehendak kita tanpa izin dariNya...

Norhaizan hakim berkata...

Semua yg berlaku itu ada hikmahnya...Saya rasa IM sendiri menginsafi tentang perkara itu. Saya sangat bertuah bertemu (di alam maya)insan sehebat IM..bukan mahu memuji sekadar memberi sokongan moral...itulah gunanya teman kan?
(Teringat Mee Udang di Sg Dua..memang awesome!)

Anonymous one berkata...

Baiknya IM :) moga bahagia hingga syurga ya IM.

mama maman aka yana berkata...

mengembirakan org lain pun dpt pahala kan Im.. hehe

Jay Ar berkata...

Itulah pengorbanan yg terdaya kita sbg manusia lakukan: menggembirakan hati org yg dekat dgn kita, walaupun sebenarnya di kala itu kita taklah gembira sangat...Semoga Allah akan mengampuni dosa kita...

Ibu n Abah berkata...

Alhamdulillah...
Untung ibu suri mendapat suami yg dpt menjaga keperluannya walau apa keadaannya sekarang....