Halaman

Selasa, 13 November 2012

Pandan

Aku menulis ini sambil menunggu nasi yang ditanak itu masak. Harum daun pandan yang aku bubuh bersama ke dalam periuk begitu semerbak menandakan tidak lama lagi nasi itu boleh dikarih.

pokok pandan di belakang rumah
Petua mencampurkan daun pandan ke dalam tanakan nasi ini diajar oleh mak semasa aku remaja dulu. Bila hari ini aku terokai khasiatnya melalui laman sesawang seperti di sini, baru aku tahu rupanya...wow... Ciptaan Tuhan yang satu ini amat hebat!

Seusai riadah di Tasik Mengkuang bersama blogger JH tadi, aku singgah solat Dhuha di Masjid Jamek Kg Mengkuang. Lansung singgah di Pasar Mini Sri Penanti membeli ikan duri masin untuk digoreng. Beriya-iya ibu_suri meminta aku menyediakannya bersama menu tengahari ini. 

Sebelum di goreng aku rendam dulu supaya dagingnya lembut dan masinnya berkurang. Cabai kering dan bawang sudah siap dimayang menunggu goreng saja. Bila di taburkan ke atas ikan duri masin nanti tentu menambah  gecar.

Sebagai aksesori tambahan aku beli telur jenis Omega 3 untuk dibuat masak dadar. Aku dan Along memang gemar makan telur dadar tapi tidak Angah yang lebih gemar masak ala mata kerbau. Walaupun telur Omega 3 ini harganya mahal sikit tapi demi kesihatan.. kenapa tidak.. kan? Kata Puan Maimon - staf di klinik ofisku: Omega 3 baik untuk jantung. Berbanding ikan kecil seperti kembung yang hanya mengandungi protin; ikan bersaiz besar seperti tenggiri banyak mengandungi Omega 3.

Bila sudah siap memasak nanti barulah aku pergi mandi dan solat Zohor. Dengkur ibu_suri yang teratur alunnya terdengar dari bilik, menandakan ibu_suri baru dapat memicing mata setelah semalaman tidak dapat tidur. Nampaknya, aku kena makan dululah sebab perut dah mula berkeriut nih!

11 ulasan:

Ibu n Abah berkata...

IM
nanti bolehlah bertukar2 resepi dengan IM :-)

zul permatang badak berkata...

sedap nasi harum daun pandan.....

norh berkata...

tak pernah try lagi masukkan pandan dlm nasi..boleh jugak ye guna pandan yg subur sangat kat belakang rumah ni..

Anonymous one berkata...

AO belajar bubuh daun pandan dari Mak Su AO ketika belajar di bandar besar dulu, Mak Su AO belajar dari ibu mertuanya di kampung :D.

insan marhaen berkata...

ibu n abah,
IM takada resipi bagus untuk dikongsi. sendiri punya resipi merapu je untuk sendiri makan.

zul,
harum dan berkhasiat untuk buang angin dalam badan.

norh,
elok tu daripada terbiar begitu saja. pandan mudah membiak.

ao,
ini petua zaman berzaman. terfikir juga kalau ada kilang memproses pandan untuk buat pelbagai produk pandan boleh juga IM buat kebun tanam pandan sebab pandan ini mudah membiak tanpa kos tinggi.

Jay Ar berkata...

Saya juga jika tanak nasi sesekali memang taruh daun pandan...harum macam bau nasi lemak!! Malah dalam kereta pun saya masukkan daun pandan utk mengusir bau yg tak menyenangkan di dalamnya...

❤Kamsiah❤ berkata...

pokok seribu guna,dari akar hingga kedaunnya..
kecik2 dulu masa masak air,mak selalu masukkan akar pokok pandan..wangi ja bila minum...
air sirap pun sedap bila ditambah daun pandan,kan...
saya biasa guna daun pandan utk mewangikan kabinet dapur...disamping sbg ubat penghalau tikus..

ujang kutik berkata...

Sdr IM,

Satu catatan rutin hidup yang santai dan sedap dibaca.

pB berkata...

assalamualaikum


pandai IM masak ....
pB tak suka makan telur Omega 3

Anonymous berkata...

Sayang pokok pandan kat rumah kena tencing dengan tuceng... hik hik...

insan marhaen berkata...

jay ar,
ibu_suri ada cuba letak bunga kerak nasi ke dalam kereta tapi IM tak berapa suka sebab sepah. maka sama juga dengan rincihan daun pandan atau bunga rampai.

kamsiah,
betul tu. boleh guna untuk menghalau serangga dalam almari juga.

ujang kutik,
IM memang tak pandai nak tulis yang hebat-hebat..

tanpa nama,
pokok pandan IM pun kekadang kena berak dengan kucing juga.