Halaman

Jumaat, 2 November 2012

Pelanduk


Ada rasa gentar jauh di hatiku, sebenarnya. Bukan sangat sewaktu akan mendengar keputusan majestrit yang aku jangka adalah negatif. Sememang 0.11 gram Syabu itu ada di tangannya sewaktu polis menahannya untuk siasatan di kawasan rumahku. 

Aku tak sanggup melihat bagaimana riak kehampaan yang akan memancar dari wajah Akhmal. Dan pastinya sebek dan airmata yang akan terbit dari wajah ibu_suri.

Namun dalam semua situasi ini, akulah yang mesti menerimanya dengan cekal. Ini bukanlah kali pertama Akhmal dihadap ke muka pengadilan dan dijatuhkan hukuman. Dia pernah di hantar ke Pusat Tahan Air Hitam dan ke Sekolah Tunas Bakti, Taiping.

Aku pernah berkali-kali memberitahu Akhmal bahawa apa yang berlaku ke atas dirinya ini bukan salah orang lain tapi diri sendiri yang cari. Namun dia tidak pernah serik. Baiknya cuma sebulan namun selepas itu dia ulang semula sikap tidak eloknya itu. Aku juga pernah mengingatkan dia bahawa 'pelanduk selalu melupakan jerat'.

Apapun, doaku cuma: jika Allah berkata - bebas itu baik buat dia, alhamdulillah. Jika penjara itu pula baik buat dia, aku terima seadanya. 

6 ulasan:

Granny Hani berkata...

saya doakan yg terbaik buat Akmal..

Kakcik Nur berkata...

Sama2 kita doakan semoga Allah memberikan keputusan yang terbaik buat semua.

Norhaizan hakim berkata...

walau apa pun keputusannya, semoga ibu suri mengerti, itulah yg terbaik untuk Akmal.
untuk akmal semoga ada sinar di hujung perjalanan dia..semoga ada doa di antara teman2 yg makbul... siapa tahu kan?

❤Kamsiah❤ berkata...

apa yg ALLAH telah tetapkan..itu yg terbaik utk kita hambaNYA...

Ibu n Abah berkata...

IM...
Mmg tidak mudah hendak menghadapi semua ini..
Semuga ALLAH berikan kekuatan untuk seisi keluarga...

roslaini saad berkata...

Semoga IM terus tabah dengan ujian Allah ini... dan diberi kekuatan untuk membantu Akmal.. jangan lemah semangat, jangan patah hati..jangan putus asa... saya sendiri faham kerana saya juga berhadapan dengan kerenah anak yang buat kita pening kepala...cuma situasinya berbeza.