Halaman

Ahad, 18 November 2012

Pizza



Semalam Along belanja makan Domino's pizza. Kebetulan dia dapat kupon diskaun. Katanya: dia cuma perlu bayar 20 ringgit je untuk dapat sepapan kupon.

Aku memang tak pernah makan pizza Domino ni. Pernah sekali dulu makan kat Pizza Hut. Tu pun, lepas ibu_suri bising-bising kata harganya mahal, lansung tak jeru dah. Kalau pun teringin, beli Zan's Pizza kat Pasar Tani setiap hari Rabu depan taman. Tapi yang selalunya, masa ibu_suri masih ok dulu, dia buat sendiri. Sedap atau tidak, dari air tangan isteri sendiri, untuk kami sekeluarga kira ok la...

Mulanya aku enggan nak beri ibu_suri makan sebab dia baru saja cabut gigi petang sebelumnya. Tapi.. ibu_suri ni kalau bab makan, tak boleh ditahan-tahan. Kalau dah dia suka, sakit-sakit pun di kunyah juga. Sementara ubat tahan sakit masih berfungsi, ok la.

Sekarang ini dah masuk hari ke 2, ibu_suri masih mengadu sakit gigi. Kebetulan semalam, masa doktor gigi menggoyangkan gigi geraham itu, aku terdengar bunyi - kuk!.. Haa.. sahih lah, satu dari kaki gigi ibu_suri patah.

"Tak apa. Dalaam sebulan 2 nanti baki gigi yang ada dalam gusi itu akan timbul. Masa tu nanti awak datang ke sini. Saya akan cabut."

Dalam tak berapa konfiden dengan kenyataan doktor muda itu, aku bawa balik ibu_suri terus ke rumah. Aku dapat rasakan akan ada masalah selepas ini. Maklumlah, nak jaga ibu_suri yang punyai sindrom mood disorder ni bukan semudah yang dilihat.

Apa pun, 2 keping saiz 12" dan sekeping saiz 9" memang berbaloi juga untuk kami 5 orang. Tapi, yang sebenarnya, aku masih lagi terasa lapar sebab 3 potong yang aku makan itu tidak cukup kenyang. Aku ingatkan orang di belakang.

Cuma aku terfikir juga: Domino ni dari asal dari negara mana? Itali? Amerika? Ataupun Israel? Arghh....

11 ulasan:

Ros Illiyyuun berkata...

Assalamualaikum...

Pizza buatan sendiri memang sedap, boleh letak 'toping' yang kita suka je :)

Kakcik Nur berkata...

Kakcik tak pandai nak buat pizza sendiri...

Norhaizan hakim berkata...

senang jer buat pizza ni kakcik.Beli jer roti pita di mana2 hypermarket, guna sos pasta, mozarella cheese dan apa topping yg kita suka..kosnya jauh lebih murah dari di beli dan rasanya masih enak!

Jay Ar berkata...

Isteri dan anak2 JR suka pizza, bila meraikan sesuatu dah tau dah kena beli pizza utk mereka. Kdg2 isteri buat pizza yg 'ibu' nya dibeli di kedai kek. Malangnya JR sendiri tak suka pizza, rasa rugi tenaga sebab hampir hari2 joging tiba2 masukkan pula kolestrol pizza ke dalam tubuh...rugi saja penat2 bakar lemak!

Anonymous one berkata...

Tak pastilah IM darimana datangnya Domino ni. Macam burger king juga AO xpasti ..

❤Kamsiah❤ berkata...

sekali sekala layan pizza boleh la..kerap sgt mau pokai dibuatnya...mahal...

saifudin berkata...


salam super sahabat,
tetap semangat dan sukses selalu ya
ditunggu kunjungan baliknya :)

Murni Alfathunnisa berkata...

tak pernah rasa domino pizza. ada yang kata lebih sedap dari pizza hut..citarasa masing2. kalau boleh buat sendiri..lagi bagus.

lyza berkata...

Assalamualaikum
Salam perkenalan dari saya.. 1st time singgah sini, follow sini juga.. :)

Saya tak suka sangat dengan pizza.. anak2 plak klau makan pizza suka makan topping je.. roti terbuang.. pembaziran betul.. tu yang malas nak makan pizza skg nie..

TUN TIJAH berkata...

hari ini balik ipoh dan dah ada domino's pizza depan megopleks..anak2 suka tapi saya kureng.

NoorVictory berkata...

Kalau pizza, saya suka kat Domino, kalau spaghetti plak, suka kat pizzahut. Heee

Tapi kat tempat saya takde DOmino's Pizza. :(