Semalam, aku ajak ibu_suri makan kat Restoran Nasi Kandar Popular di pekan BM. Dah lama tak pekena roti canai konon nak jaga kesihatan. Bagi aku, roti canai kat sini sedap.
"Roti canai 2 biji . Bulat-bulat, tak mahu potong." seruku pada mamak yang memang sudah arif dengan kehendak aku.
"Ali cafe tarik satu. Kecil punya, haa...."
Bila aku tanya ibu_suri nak makan apa, ibu_suri geleng kepala. Heran juga aku. Takkan tak mahu makan. Aku order tosai dan teh tarik. Paling tidak tosai lebih baik berbanding roti canai kerana dimasak tanpa minyak.
Pelik juga kan, kalau anak orang Penang yang dulunya pantang sebut nasi kandar mesti pilihan nombor wahid. Namun sejak mengalami stroke lansung mengidap mood disorder dah tak minat lagi nasi kandar. Malah kekadang seperti bercerai talak 3 lagaknya.
Justeru itu acapkali bila kami keluar makan, kami selalu singgah kat restoran tomyam saja. Namun bila dah selalu sangat, cemuih juga. Bukan tak ada kedai Melayu yang jual nasi ala kampung tapi jauh dan tak banyak.
Makan di Restoran EMKAY KLASIK |
Nak tahu, kat sini ada satu restoran di Pokok Sena - EMKAY KLASIK namanya. Konsep hiasan kedainya adalah karya P Ramlee. Dan pelanggan juga dihiburkan dengan alunan lagu-lagu P Ramlee.
Di Sngai Dua, ada kedai yang menjual sateh dan koay teow kerang berkonsepkan hiasan dinding potret L Ramlee bersama Orkes Teruna Ria. Aku agak... agak ajelah, yang membakar sateh itu mungkin bekas ahli Orkes Teruna Ria itu.
Kalaulah abah aku masih ada dan aku bawa dia ke sini untuk makan-makan, mungkin gembiranya dia sambil mengimbau kenangan lamanya...
6 ulasan:
hehehehe
kebetulan semalam saya pun dok sarapan roti canai..
minta 2 keping...(ingatkan kecik2.. tapi besar..)
makan sekeping jer..
tapi minta garing2.. tak bulat pun takper janji garing..heheheh
kat kulim ada restoren Bonda...nama menu mcm nama filem2 P Ramlee..hiasan pun mcm dalam filem P Ramlee...
Saya dulu masa kecik2 di Penang memang suka nasi kandaq. Tapi bila dah berumur ni cuba hindari nasi kandaq kecuali bila mengidam sangat2 macam org mengandung try juga sepinggan...Kalau ke Penang (sebelah pulau) memang tak lepas pekena nasi kandaq di 'Line Clear'...
Makchaq dan anak2 minat sangat nasik kandaq, tapi taun ni baru sekali dapat makan.
Lepas mak & abah x dak kami sangat jarang balik penang, tak dak tempat nak tuju. Nak tumpang rumah adik2 susah jugak, anak2 dah besaq2.. satu bilik x celuih
makchaq...kalau tak celuih..mai singgah rumah cheq
ibu n abah,
IM juga selalu pesan kat mamak tu - lambat takpa, janji garing!
kamsiah,
kat mana tu? tadi adatanya kat kawan-kawan, depa tak tahu pun
jay ar,
IM sesekali pi juga line clear. tapi pada IM nasi kandar dia biasa jerr.
mak chaq,
rumah kat penang memang kecik je. tu pun kira ok, ada jugak rumah.
kembara diri,
rumah IM pun boleh gak...
Catat Ulasan