Halaman

Rabu, 21 November 2012

Rumah Sendiri

Simpang masuk ke Taman tempat aku tinggal

Aku dapat rasakan bahawa Angah perlu segera mencari rumahnya sendiri tak kira sewa atau beli. Walaupun ini agak sedikit kontra dengan kehendak ibu-suri namun aku rasa sementara hubungan kekeluargaan antara kami dan menantu masih intim, Angah perlu bertindak memiliki hidup sendiri. Kata orang, jauh-jauh bau wangi; dekat-dekat bau tahi.

Aku sendiri pun sebaik saja mendirikan rumahtangga dengan ibu_suri, mak selalu berpesan supaya segera hidup berdikari. Hingga mak aku tega sediakan aku beberapa peralatan dapur seperti talam, pinggan dan cawan sebagai bekal asas bila memiliki kehidupan sendiri. 

Mak aku lebih arif akan konflik hidup bersama mertua. Aku sebagai anak yang sulong pernah melihat airmata mak mengalir kerana menahan hati dengan sikap opah yang mungkin tak sebulu dalam beberapa perkara dengan mak.

Aku sendiripun mutakhir ini dapat merasakan bahawa menantu aku bagai ada yang kurang selesa bila berada di rumah. Maklumlah, dia seorang berkerjaya. Bila balik tentu letih. Sebolehnya mahu bermain dengan anaknya sendirian. 

Tapi ibu_suri seperti yang aku ceritakan sebelum ini; bukan tidak memahami tetapi lebih merasakan bahawa dia juga mahu bermain dengan cucu yang hanya dapat dia lihat bila malam hari sahaja. Siangnya, dia akan bersaorangan di rumah dan cucu berada di bawah seliaan pengasuh.

Sikap dan ragam ibu_suri hanya aku sahaja yang faham dan tahan untuk menanganinya selama 5 tahun ini. Barangkali tidak pada menantuku yang masih muda dan sedang belajar realiti hidup. Aku tidak salahkan dia, tidak juga ibu-suri. Begini adalah kehendak Tuhan dan lumrah alam.

Tapi ntah dimana aralnya, banyak rumah dah Angah tanya, kebanyakannya cuma hendak jual. Kalaupun ada yang nak bagi sewa, harga sewaan atau lokasinya tidak sesuai. Angah cuma mampu membayar sekitar RM300 sebulan dan lokasi rumah lebihkurang hampir dengan rumah pengasuh.

Aku berdoa muga di kesementaraan Angah masih mengintai rumah sendiri, hubungan menantu dan kami tetap baik. Dan pastinya akul adalah pemain utama dalam gelanggang ini!

6 ulasan:

❤Kamsiah❤ berkata...

simpang tu..saya tau hehe..

ibu suri kalua tak menentang pun,pasti berat hati melepaskan anak menantu hidup berasingan...

Norhaizan hakim berkata...

Eh...ramai2 kat simpang tu tunggu apa yek?
Saya setuju dengan IM. Saya sendiri pernah tinggal dgn mertua selama 9 tahun. Hubungan sayavdgn mereka baik tapi macam ada kekurangan pada kehidupan saya sendiri. Semoga ibu-suri faham, mereka perlu ruang mereka sendiri.

Ibu n Abah berkata...

IM...
baik dan lembutnya hati 'bapa mertua' ni...
IM memang seorang bapa dan bapa mertua yang prihatin...
Semuga ibusuri akan paham.. In Syaa ALLAH.

Kakcik Nur berkata...

kakcik juga lebih suka sekiranya anak menantu punya 'kehidupan' sendiri sebagaimana kakcik dan suami bermula dulu...

Jay Ar berkata...

Ibu mentua JR sekarang tinggal dgn keluarga JR selepas kematian bapa mentua tahun lepas. JR melayan mak mentua spt ibu sendiri, malah akan menegur istri jika dia terkasar dgn ibunya..JR rasa yg selalu jadi masalah ialah hubungan menantu pompuan dgn mak mentua..maklumlah sama2 pompuan, sensitif terlebih sikit....

insan marhaen berkata...

kamsiah,
Itu memang IM dah jangka. IM perlu bersedia melayan keluhannya berjauhan dari cucunya nanti.

norhaizan hakim,
ada kemalangan di situ. seorang remaja dilanggar oleh lori kuari. sadis!

ibu n abah,
IM selalu berdoa muga dijadikan bapa dan mertua yang akan dihormati oleh anak dan menantu.

jat ar,
IM juga cuba menghormati mertua IM dan menjaga hati merekasebaik mungkin. taraf mertua sama dengan ibubapa kita sendiri.